Cara Simpan Serai Tahan Lama

Saturday, April 15, 2017

Bila dah jadi isteri ni, perihal dapur kena ambil tahu. Terutamanya bab petua-petua simpan barang-barang dapur. Barang-barang dapur yang Fiza maksudkan adalah bahan-bahan asas masakan. Kena simpan cara macamana baru tahan lama. Salah satunya serai. Memandangkan duduk taman bandar ni takde tanah depan belakang. Nak tanam serai dalam pasu pun memerlukan ruang juga. Disebabkan ruang takde, memang takdelah nak tanam serai tu.

Jadinya, kenalah cari alternatif lain untuk simpan stok serai. Walaupun bukan hari-hari nak masak gunakan serai tapi nak ke kedai beli serai semata-mata  boleh jadi malas masak. Lagipun serai pun dah mahal sekarang ni. Bila balik kampung memang wajib ambil stok apa yang ada kat kampung. Kalau serai tu memang ambil banyak untuk stok berbulan-bulan.

Sebelum ni Fiza pernah cuba petua simpan serai tahan lama. Caranya bersihkan serai dan masukkan dalam bekas. Kemudian simpan dalam peti ais sejuk beku. Guna cara tu sangat okay tapi kurang fresh sebab mengecut juga akhirnya terlampau beku. Kalau simpan bahagian bawah nanti cepat berkulat.



Lepas tu jumpalah dengan petua baru cara simpan serai tahan lebih lama dan lebih segar. Fiza tak ingat Fiza baca di mana tapi caranya memang Fiza ingat. Caranya sangat mudah. Cuci bersih serai dan masukkan dalam bekas yang diisi air. Kemudian simpan dalam peti ais



Kerja memasak pun jadi senang. Kalau tanam serai pun nak kena gali lagi kan. Bila dah simpan siap-siap macam ni nak masak tinggal ambil je. Jadi seronok nak memasak bila bahan bahan segar je. Masakan pun maintain sedap. Selain serai, dengan cara ini boleh juga digunakan untuk menyimpan halia, lengkuas dan kunyit. Orang duduk bandar boleh lah simpan cara macam ni. Kalau duduk kampung memang stok sentiasa ada kalau rajin tanam.

Setakat ni Fiza dah simpan hampir sebulan. Masih dalam keadaan baik. Kena tunggu lagi sampai berbulan-bulan. Kalau cara ni berkesan memang akan guna cara ini je lah.

With Love,
image

4 comments

  1. lepas ni nak buat..selalu rendam dalam air,letak tepi je..tapi tak boleh lama lah kan

    ReplyDelete
  2. ohh baru tahu ni fiza.. boleh try lah.. tq ye info ni!

    ReplyDelete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu