Resepi Kuih Raya : Semperit Susu Anzalna


Ada yang dah buat kuih raya ke tu? Mesti dah berbalang-balang dah. Kalau belum, cubalah buat kuih raya semperit susu Anzalna ni. Besar sungguh pengaruh baju kahwin Anzalna tu kan. Tahun ni Fiza nampak banyak baju raya jubah, kurung moden yang di inspirasikan dari baju kahwin Anzalna. Sebelum ni ada kek patung barbie baju Anzalna dan kali ni kuih semperit pulak dah. Terkenan betul dah ni dengan tema warna baju Anzalna.

Bagi yang dah pakar buat kuih semperit susu tu, boleh guna pakai idea ni untuk buat kuih semperit lagi menarik. Bagi yang tak pandai buat kuih semperit tu, boleh gunakan resepi yang Fiza kongsikan daripada perkongsian Suraidah Sahar di facebook. Macam menarik je, sebab tu Fiza kongsikan. Kalau nak Fiza buat, macam failed je sebab sebelum ni pernah cuba buat tapi tak menjadi. Sudahnya kecewa berganda-ganda dan putus asa macam tu je la.


Sangat cantik kejadian kuih raya semperit susu Anzalna ni kan. Kalau dah buat cantik-cantik macam sayang pula nak makan. Harap-harap kalau dah cantik tu, sedap juga rasanya kan. Rangup di luar, cair di dalam mulut katanya.

Resepi Kuih Raya : Semperit Susu Anzalna

Bahan-bahan
250 gm buttercup (suhu bilik tapi jangan sampai lembik sangat nanti Bunga tak cntik)
50 gm gula icing (1/4 cwn) - gula pasir yang dikisar halus pun boleh
120 gm susu pekat manis (1/2 cwn)
400 gm tepung jagung
30 gm tepung kastard (1/4 cwn)
1 sd teh esen vanilla
Choc chip utk hiasan

Cara- Cara 
1. Masukkan butter dan gula. Kacau sebati menggunakan senduk je.
2. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla, kacau sebati.
3. Satukan tepung jagung dan tepung kastard. Masukkan dalam adunan. Gaul dengan tangan sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Satu adunan warna pink, satu adunan warna ungu, satu adunan lagi tak perlu letak pewarna.

5. Ambil sedikit adunan dari ketiga-tiga warna, satukan. 

6. Masukkan dalam acuan semperit. 

7. Tekan atas dulang pembakar . Letakkan coklat chip.
*Bakar suhu 180°c 20-25 min api atas bawah.

Nampak mudah je kan. Bilalah nak pandai buat kuih semperit susu ni? Kecewa betul bila failed. Harap ada kekuatan nak mencuba lagi. Rasanya tahun ni kuih raya beli kerepek-kerepek je la kot.

kredit foto dan info: suraidah sahar

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Huishhh lawa betul kombinasi warnanyaa....

    ReplyDelete
  2. Ya Allah ...cantik giler semperit ni haha. Akak nak cuba la buat insyaAllah, tergoda tengok kalerful dia tu ... :D

    ReplyDelete
  3. wah..glamour nama anzalna dengan warna-warna ni

    ReplyDelete
  4. cantikkk...teringin nak buat jugakkkk

    ReplyDelete
  5. memula tak faham jugak kenapa anzalna.. oh br faham sbb baju hehe...

    ReplyDelete
  6. cantik sgt! jijah pun failed buat..mgkin sbb acuan lain kot

    ReplyDelete
  7. lawanya... sebab terlalu busy tahun ni tak buat pun kuih raya beli je

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.