Home

Cara Bijak Jimat Tenaga Elektrik

Thursday, May 07, 2020

Sejak PKP dilaksanakan, kita semua memang terkurung je lah dalam rumah tak kemana-mana kecuali mereka yang keluar bekerja. Tak bosan ke duduk terperap dalam rumah je? Gila tak bosan sampai rasa dah menyampah nak tengok handphone pun ada. Rasa macam terlalu lama bersosial di alam maya. Handphone pun kejap-kejap charge. Cepat benar habis bateri. Macamana cara bijak jimat tenaga elektrik kalau macam ni gayanya.

Komputer pun ON terlebih masa berbanding biasa. Air cond pun bekerja lebih kuat. Kalau dulunya ON air cond masa tidur malam je. Kononnya nak jimat lah. Bila duduk terkurung, musim panas pulak tu kan. Siang pun ON tapi kena had masa juga. Kalau ON 24 jam matilanak nak membayar bil elektrik. Silap-silap pengsan tengok bil elektrik nanti. Tak dapat nak bayangkan berapa banyak penggunaan bil elektrik musim PKP ni.

Dalam tempoh PKP ni memang tak ada bacaan meter elektrik dan tak ada bil elektrik macam biasa. Bil bulanan akan di kira mengikut anggaran penggunaan bil sebelumnya. Sebelum PKP haritu nak daftar myTNB tu tapi ada problem pulak lepas tu PKP pulak kan. So staff TNB kata hold dulu sampai sekarang ni. Bila berdaftar tu senang lah nak check bil bulanan sebab selama ni cuma bayar bil online ikut bil melalui transfer online internet banking je.

Syukur jugalah TNB ada berikan diskaun bermula 1 April sehingga September 2020 ni secara prorata mengira penggunaan elektrik. Lepas tempoh PKP baru bacaan meter sebenar di buat di kediaman masing-masing. Antara diskaun yang diberikan oleh TNB boleh baca di bawah ni. Belek-belek entri lama jumpa tips ni rasa macam nak berkongsi tips cara bijak jimat tenaga dari TNB. Harap bermanfaat lah.

  • 3 juta pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200kWh akan menerima diskaun 50 peratus.
  • 1.5 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 201 kWh hingga 300kWh akan menerima diskaun 25 peratus.
  • 2.2 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 301kWh hingga 600kWh akan menerima diskaun 15 peratus.

Cara Bijak Jimat Tenaga  Elektrik

Cara Bijak Jimat Tenaga  Elektrik dari TNB


1. Cabutkan plug yang tidak diguna untuk jimat lebih tenaga
2. Cara efisien menggunakan mesin basuh adalah membasuh dengan muatan penuh
3. Pastikan penapis penyaman udara kekal bersih untuk lebih jimat dan lebih sejuk
4. Sejukkan bilik dengan lebih cepat dan jimat dengan menutup tingkap dan pintu apabila menggunakan penyaman udara.
5. Mentol jimat tenaga kurang menggunakan tenaga dan tahan lama
Ketahui lebih lanjut di www.tnb.com.my

Dari sumber lain

Cara Bijak Jimat Elektrik secara UMUM

1. Tutup dan keluarkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti pemain DVD, pemain VCR, television, and radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat dan tidak dimatikan. Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20 % tenaga berbanding kegunaan biasa.

2. Pertimbangkan untuk menukar model lama peralatan elektrik anda, terutamanya jika ia lebih lama daripada 10 – 15 tahun. Model lama secara biasanya menggunakan lebih daripada 3 kali tenaga model-model baru.

3. Gunakan cat yang cerah untuk bilik. Ia membantu pemantulan cahaya daripada lampu yang dipasang.

4. Apabila anda membeli belah, pastikan anda menggunakan kaedah 2 tag harga. Tag pertama akan meliputi merupakan harga pembelian – anggap ia sebagai modal awal. Tag harga kedua adalah untuk kos operasi peralatan ini sepanjang jangka hayatnya. Anda akan membayar tag harga kedua setiap bulan melalui bil elektrik anda untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.

5. Bersihkan peralatan anda lebih kerap. Setelah peralatan mula digunakan, kotoran akan mula terkumpul di atas permukaan peralatan dan mengurangkan kerja (output) perkakas ini ataupun memaksa perkakas ni bekerja dengan lebih kuat untuk melakukan kerja, ini menggunakan lebih banyak.

6. Rujuk kepada label kecekapan tenaga apabila membeli peralatan elektrik . Produk-produk ini akan di label daripada 1 hingga 5 bintang, di mana 5 bintang membawa maksud lebih cekap. Label ini dihasilkan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (kini untuk peti sejuk sahaja); walau bagaimanapun, label ini bukan sesuatu yang mandatory untuk pengeluar peralatan ini. Sila rujuk kepada buku panduan kami untuk melihat label-label yang digunakan pakai di peringkat antarabangsa.

7. Jangan bazirkan air . Pembaziran air membazir tenaga kerana salah satu pengguna tenaga yang besar di beberapa Bandar adalah untuk membekalkan serta merawat air sisa.

8. Tempatkan papan atau almari kayu di dinding, terutamanya yang menghadap sinaran matahari yang terus . Ini adalah sebab kayu boleh menyerap haba, dan secara tidak langsung mengurangkan kepanasan dalam bilik.

Cara Bijak Jimat Elektrik untuk Pencahayaan, Komputer dan Skrin TV

1. Bertukarlah kepada lampu kalimantang dan juga lampu kalimantang mampat untuk pencahayaan dalaman 
. Lampu-lampu ini mahal sedikit daripada lampu mentol biasa, tetapi ia menggunakan hanya suku daripada tenaga yang digunakan oleh lampu mentol biasa serta mempunyai jangka hayat 10 kali ganda daripada lampu mentol biasa.
2. Gunakan cahaya semulajadi untuk cerahkan bilik . Buka langsir pada waktu siang berbanding membuka lampu.
3. Gunakan lampu meja di mana pencahayaan anyak diperlukan . Ini mengelakkan penggunaan pencahayaan sekeliling bilik.
4. Penggunaan komputer riba (laptop) atau skrin rata komputer . Komputer riba menggunakan hampir 30 % kurang tenaga berbanding komputer meja (desktop).

Cara Bijak Jimat Elektrik untuk Peti Sejuk Beku dan Peti Sejuk

1. Biarkan peti sejuk dimuatkan tidak melebihi dua per tiga (66.7 %) penuh dan ruangan sejuk beku 3 suku (75 %) penuh, serta tutup semua cecair serta bekas makanan dalam peti sejuk . Makanan yang tidak di tutup dan peti sejuk yang kosong mengambil lebih banyak tenaga untuk menyejuk.

2. Jangan membuka pintu sejuk beku atau peti sejuk dengan kerap . Berfikir dahulu dan rancang apa yang perlu di ambil keluar. Membuka pintu dengan kerap menyebabkan kehilangan udara dan ini akan menyebabkan lebih banyak tenaga digunakan untuk mengawal suhu udara dalam peti sejuk atau sejuk beku.

3. Pastikan anda defros (mencairkan ais) peti sejuk atau sejuk beku secara kerap atau bila perlu . Kawasan sejuk beku yang mempunyai ais yang banyak akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyejuk, dan ini akan menyebabkan penggunaan tenaga yang lebih banyak. Banyak model baru peti sejuk dan sejuk beku datang dengan defros automatik, pengguna dinasihatkan membeli dengan betul.

4. Anda tidak boleh menyimpan barangan yang panas terus ke dalam peti sejuk . Ini akan menyebabkan peti sejuk bekerja lebih untuk memastikan keadaan kembali sejuk, senantiasa pastikan makanan sejuk dahaulu sebelum di simpan dalam peti sejuk. Jangan meletakkan peti sejuk berdekatan dengan kepanasan seperti sinaran matahari dan juga berdekatan dengan dapur. Sentiasa pastikan terdapat ruangan sekeliling peti sejuk untuk pengudaraan . Jangan rapatkan peti sejuk kepada dinding.

Cara Bijak Jimat Elektrik untuk dapur, tandas, bilik

1. Seterika pakaian yang banyak sekaligus . Ini boleh mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan.

2. Jika anda menggunakan mesih basuh dengan kerap, mungkin anda patut membeli mesin basuh muatan depan . Ini kerana ianya 15% lebih cekap tenaga dan menggunakan 40% kurang air daripada mesin basuh muatan atas. Walau bagaimanapun, mesin basuh muatan depan lebih mahal daripada muatan atas.

3. Pastikan mesin basuh digunakan dengan muatan penuh . Ulangan basuhan dengan kuantiti pakaian yang sedikit hanya menggunakan lebih banyak tenaga.

4. Hanya didih air yang diperlukan dalam cerek . Mendidih air yang lebih dan tidak menggunakannya hanya membazir tenaga.

5. Tutupkan suis kipas apabila anda tiada dalam bilik . Kipas hanya mengurangkan kepanasan dari badan, ia tidak dapat mengurangkan suhu bilik. Maka, membiarkan kipas berfungsi tidak dapat menjadikan bilik sejuk.

6. Gunakan tenaga semulajadi untuk pemanasan . Ia mungkin mahal sedikit untuk memasang peralatan ini tetapi ia adalah sumber yang boleh diperbaharui dan tiada bil elektrik untuk ini. Sebenarnya, ia adalah lebih murah untuk memasang sel solar untuk pemanasan berbanding sel solar untuk penjanaan elektrik. Dalam kes-kes tertentu, bagi penggunaan yang tinggi, adalah dinasihati supaya sel solar untuk pemanasan dipasang untuk tujuan ini, dalam jangkamasa 10 tahun beberapa ribu ringgit dapat dijimatkan.

7. Tetapkan suhu penyaman udara pada 24 – 26 ºC berbanding kelembapan relative (relative humidity-RH) di antara 60% dan 70%. Perubahan daripada 20 ºC kepada 24 ºC dapat menjimatkan tenaga hamapir 33%. Tingkap dan pintu mesti sentiasa di tutup rapat untuk mengelakkan udara sejuk daripada terbebas. Pakaian yag sesuai dengan cuaca . Ini dapat mengurangkan keperluan untuk suhu yang rendah bagi penyaman udara. Pemakaian kot atau blazer dan beberapa lapisan pakaian menyebabkan kita merendahkan suhu penyaman udara

Dah dapat dah segala point-point cara untuk jimat tenaga elektrik tu? Kalau dah dapat bagus lah dan boleh lah di amalkan kalau nak berjimat cermat kecuali kalau memang terlebih bajet belanja untuk bil. Yang Fiza rasa paling jimat adalah penggunaan mesin basuh sebab dalam seminggu cuma 2 kali basuh baju. Sabun basuh baju pun jimat macam tu.

Lagi satu, iron pun tak guna lansung. Barangan elektrik yang melibatkan pemanasan dan penyejukkan agak menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Betul kan? Sebab tu kalau guna pemanas air ke, air cond ke kalau tak gunakan dengan bijak akan menyebabkan bil elektrik bertambah banyak. 


38 comments

  1. Bila baca pasal defros..peti ais kat umah nih dah macam dok alaska..tebal giler...hehe..tapi dah defros dah..:P

    ReplyDelete
  2. Tips yg sngt beruna untuk dipraktikkan..tq share...

    ReplyDelete
  3. rumah akak ni memang tak de jimat2..main bedal je semua..hahah..
    tapi bil tak la mahal sangt..sebulan 70-80 je.kalau pasang penghawa dingin dia jadi 2 kali ganda.tapi tak pasang pun..ok la kan??

    ReplyDelete
  4. God sharing sis..neway yg cabut plug lau xguna penah praktik 1-2 mggu lps tu habit lama dok biar plug xtercabut dtg kmbali..sshnya nk buang habit cmtu

    ReplyDelete
  5. Wah, thanks share akak. Jimat duit kalau kita pandai jimat elektrik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, boleh jimat elektrik selagi ada caranya kan :)

      Delete
  6. Nice info... Yg cara TNB tu sy try buat.. Mmg jimat byk..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum fiza, nice tips dear. sheila skrg dah alert sket. selalu cabut kepala plug kalau dah tak guna. tiap bulan asyik bayar letrik lebih je, tensi. padahal duk 2 org sampai rm100.. hmmm sheila singgah dan klik tabung fiza sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan, kadang kena check kenapa sampai macam tu. Terima kasih Sheila :)

      Delete
  8. yup, prnh tbaca psl plug tu. lps guna, terus cabut

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu cara yang berkesan untuk jimat penggunaan elektrik.

      Delete
  9. Pengetahuan baru pasal letak almari menghadap sinaran matahari untuk kurangkan kepanasan tu.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba letak almari kayu didinding yang sentiasa kena matahari tu.

      Delete
  10. tengah nervous tunggu jumlah bil elektrik
    tak dapat2 lagi sejak pkp nih
    hahaha

    ReplyDelete
  11. Sama lah, bosan duduk dirumah je, akibat tidak bisa bersosial di alam nyata, bersosial di alam maya hahaha..

    ReplyDelete
  12. tq for sharing..bab peti ais tu ada yg automatic defros ek..senang la kalo camtu....

    ReplyDelete
  13. yayyy thank you for sharing this

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.