Resepi: Lauk Paprik Campur

Tuesday, January 31, 2012

Nampak menyelerakan tak?Sure lah kan!Yang belum lunch lagi sila tahan air liur sebentar ye.Kalau belum masak meh cuba resepi bujang dan simple ni.Bahan bahan pun tak banyak tapi still boleh rasa kenikmatan lauk paprik campur ni.

Bahan bahan:
3 ulas bawang putih[ditumbuk]
2 ulas bawang merah[ditumbuk]
1 ulas bawang besar[dipotong]
1keping asam keping[ganti daun limau purut sebab susah nak cari]
halia 2cm*agak agak je lah[1/2 ditumbuk,1/2 dipotong halus]
cili api*mengikut citasa pedas[dipotong halus]
cili kisar[3 sudu]
kicap
beberapa cubit garam
air masak[1cawan]
minyak masak

Ayam[di potong kecil kecil]
kubis bunga[dipotong kecil]
carrot[dipotong kecil]
bahan bahan boleh ditambah dan dipotong kecil juga macam brokoli,kacang pea,jagung muda dan sebagainya.Tapi Fiza gunakan 3 yang diatas sebab nak simple je.hehehe

cara cara:
1.panaskan minyak masak
2.Tumiskan bawang putih/bawang merah/halia yang telah ditumbuk 
3.Setelah naik bau,masukkan cili kisar.Kalau tak cukup 3 sudu boleh tambah secukup rasa.
4.Masukkan sekali asam keping/garam dan kicap mengikut citarasa.
5.Dah macam garing sedikit,masukkan ayam dan masukkan air.
6.Biarkan ayam masak sedikit dan barulah masuk kan carrot dan kubis bunga.
7.Masukkan bawang besar/halia dan cili yang telah dipotong.
8.Tunggu sehingga ayam dan sayur masak.Sedia untuk dihidang

Mudah je kan??so para bujangan,boleh lah cuba resepi simple ni.Untuk para ibu ibu sila beri tips lagi ye..hehehe..saya budak baru belajar masak juga..

notapink : Lebih suka masak sendiri dari makan di luar.sedap/jimat dan semestinya kebersihan terjamin.


12 comments

  1. sedapnye! nk try la. :)

    nk tukar banner? tggal komen kt blog saya ye. :)

    ReplyDelete
  2. erk..lapar tetibe...
    sedapnye sis..

    ReplyDelete
  3. rara suke paprik yg nmpk hitam tu.fuhhh sedap nya.

    ReplyDelete
  4. Amboii.. meriah betul ekk dia masak ayam paprik! Memang serius boleh buat orang terteguk air liur ni..

    Thanks sebab sudi share resepi paprik ni... dah lama nak buat tapi asyik lupa jer hahaa..

    InsyaAllah kalau ada masa nak try resepi yang kaw-kaw ohsem ni :)

    ReplyDelete
  5. dahlah xmakan tengahari lagi ni..
    Gulllppp...
    lapar-___-"

    ReplyDelete
  6. nyum nyum ^^ sedap nyeaaaaa :) mahu try2 ! ^^

    ReplyDelete
  7. dah lama kak izan tak masak paprik nih... org bujang pun kadang2 masak lebih hebat dari ibu2 kan!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.