Review The Twilight Saga: Breaking dawn Part I

Ramai dah buat review pasal muvee terhebat ni kan.Fiza pun nak review jugak dari perspektif Fiza la.Lain orang lain pendapat kan..Lepas pergi kenduri semalam terus gerak pergi The Curve.Macam biasalah tengok kat cineleisure/cineplexes cinema dekat area the curve tu.Beli tiket dulu pastu baru boleh citer..

  1. Mula-mula citer dah keluar aksi Jacob yang tengah HOT selepas menerima kad jemputan kawin 'Isabella Marie Swan dan Edward Athnony Massen Cullen'.
  2. Permulaan yang sweet dan romantik dengan perkahwinan Bella dan edward bertemakan garden dengan gaun putih yang gojes tu.simple and wonderful.
  3. Honeymoon bella dan edward di pulau Esme,portugis yang agak terpencil memang ohsem dan sweet sangat yang dihadiahkan oleh carlisle,ayah Edward.
  4. Tapi..honeymoon mereka bertukar menjadi nightmare untuk Edward sebab Bella disahkan mengandung yang bukan normal dan disuruh balik oleh ayah edward.
  5. Kandungan Bella mule menendang-nendang dan pertumbuhan kandungan sangat cepat.
  6. Sedang Bella sarat mengandung,kandungan tersebut makin menyeksakan Bella tapi bella mampu bertahan.Ini membuatkan Edward dan family tidak ketinggalkan jugak jacob yang turut risau tentang Bella yang enggan membuang kandungannya itu.
  7. Pergaduhan antara Jacob dan puak-puaknye tercetus disebabkan Jacob mempertahankan keluarga Edward cullen yang merupakan musuh puak.
  8. Idea jacob memberi bella minum darah menjadi setelah respons positif pada kandungan Bella.dan sejak itu bella diberi minum darah.
  9. Ketika bella jatuh untuk mengambil air minuman berperisa darah tu,Edward sempat menyambut kepala bella dari jatuh ke lantai.Bella melahirkan bayi ajaib yang dikandungnya itu tetapi Bella mati disebabkan pertumpahan darah yang banyak.Sebaran racun vampire Edward dalam badan bella tak mampu menyelamatkan Bella.
  10. Ini membuatkan jacob sedih dan ingin membunuh bayi tersebut kerana menyebabkan kematian Bella.Tetapi setelah melihat mata bayi tersebut ada perhubungan antara die dan bayi tersebut.Jacob dipertanggungjawab untuk menjaga keselamatan bayi tersebut.
  11. Pengakhiran cerita dengan Bella membuka mata yang telah bertukar menjadi merah.maksudnyer?kene lah tengok ye...

Okeh tu je kot review..macam panjang je tapi kalau boleh nak panjang lagi..hahaha..Part yang tak bestnyer part 18SX yang macam banyak je..untuk orang dah kawen takpelah nak tengok kan.Tak baik untuk kesihatan mata.*_*.Aksi tak banyak sangat melainkan gaduh-gaduh jacob dan puak-puak Sam.

Mostly banyak cerita tentang Bella,Edward dan Jacob je.orang lain macam terasa tak wujud je.hahaha..dialog bape kerat je.Tapi kehidupan baru ni sangat best.Tak sabar tunggu Part 2 pulak pasni.Tak rugi tengok twilight yang bersiri ni sebab jalan citer vampire yang best..takde ah asyik nak sedut darah je!.Lepas ni nak membaca novel Twilight lah pulak.Part 2 punye story macam dah tahu sikit-sikit..Mr A dah bace novel tu dah tahu lah citer die camne..semangat dok citer ape terjadi..cesss..menyampah!

Untuk Muvee ni nak bagi 4.5/5 bintang..Korang lak?
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. nasib bintang kita lebih kurang sama. :D

    ReplyDelete
  2. rasa macam nak tengok balik.... agak2 mata bella merah tue kenapa yer? dia jadi vampire ker? didie malas nak bca novel dia...=P

    ReplyDelete
  3. arrghhh saya ingat citer ni kuar 1st disember..
    arrrghhhh malangnya...
    huhuhu

    ReplyDelete
  4. wah dah tgk dah ek fiza? fy belum tgk lagi ^^ hehe

    ReplyDelete
  5. AAaaaa jgn cite..sy nk pergi tgok..=_=

    ReplyDelete
  6. cerita nie best wooo..walaupun aida tak tgk lagi.. hik3. tapi mmg best dan layan kan fieza kan?

    ReplyDelete
  7. Fiza, jom exchange link dgn sy hehehe

    http://jijana.blogspot.com

    n copy button craft work sy www.scrapaperclip.com

    thanks tau tolong...btw vector u amik tempah hehe harituh email you ingat i tak from penang?

    ReplyDelete
  8. sebenarnya orang dah kawen pun tak boleh tengok aksi2 18sx ni..:p

    ReplyDelete
  9. nak tgk gak..tp tak leh..mia kecik g...huhu...

    ReplyDelete
  10. alahai akak memang tak masyuk cerita gini tak tau kenapaler...

    ReplyDelete
  11. lamanya tak g the curve cinelesure! rindu giler 3 tahun duk sana. huhuhu

    18sxxxxx ni yg best tengok ni. hahaha

    ReplyDelete
  12. @DiDiE eLa
    samelah!rase cam nak tengok balek gak..hehe..bella akan jadi vampire..hehe..tunggu part II :p

    ReplyDelete
  13. @farahD
    ok2..nanti fiza roger ye..masih lagi bz sikit -_-'

    ReplyDelete
  14. @ladysara84
    jangan sesekali bawak mia ye sarah..tak baik untuk mia..^__^

    ReplyDelete
  15. tak pernah tengok citer ni..ehh lor thats gurlz dah prgnt?dah kwin ek?hahah..nampak sangat tak pernah tahu.tapi suka tengok pelakon 'shark boy' tuh..hero yang tuh..err memang muka putih melepak like vampire ek?huhuh

    ReplyDelete
  16. wah..review yang sangat detail..
    bestkan muvee ni..*_*

    ReplyDelete
  17. alah shida pon xtgk..tp tak tau kpe cite mcm ni xleh pi....huhuhu...

    ReplyDelete
  18. @MaYa MustWany
    hehehe..kenelah tengok cik must ^_6 dh review sikit tu :p

    ReplyDelete
  19. @Bui Junaidi
    wrappedup movie macam dah bukan review..ahaha..boleh kan..memang best!

    ReplyDelete
  20. start dari yg ni dah macam tak best dah twilight nih

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.