Hari Khamis pasar malam berdekatan dengan rumah. Balik kerja, Encik Suami teruslah singgah membeli. Saya kirim beli kacang kuda, ada pula buah berangan katanya. Tak jadilah beli kacang kuda, beli buah berangan je.
Lama tak makan buah berangan. Rasanya kali terakhir beli buah berangan tahun 2022. Itulah kali terakhir beli buah berangan untuk arwah abah masa balik kampung. Buah berangan kegemaran abah. Masa sakit dapat makan sikit, kurang berselera. Tapi tetaplah jamah rasa sikit.
Buah berangan ni sentiasa mengingatkan saya tentang arwah abah. Dari saya kecil arwah abah suka beli buah ni. Kalau nampak orang jual, mesti beli. Dah jadi kegemaran satu keluarga dah.

Saya pun begitu juga. Kalau balik kampung tu, nampak orang jual mesti nak beli untuk abah. Sekarang tidak lagi. Tengok buah berangan pun rasa nak nangis. Rinduuu...
Encik Suami beli 100gram RM10. Dapatlah berbelas ketul macam tu. Boleh tahan mahal juga harga buah berangan ni sekarang ye. Isi dia macam kering sebab bukan masak kaedah rebus. Tapi masih lembut dan cukup empuk.
26 Comments
lama tk mkn buah berangan
ReplyDeletesaya x pernah makan rasanya.. kalau pernah pun, x ingat macam mana rasanya..
ReplyDeleteLama dah tak makan buah berangan, hampir lupa macam mana rasanya.
ReplyDeleteFiza makan buah berangan ni mesti sambil bernostalgiakan.
eh ammi pun last beli buah berangan untuk ayah mentua. "kat jusco nanti ko belikan abah buah berangan la, beli sikit je abah teringin", katanya. Huhuhu...
ReplyDeleteSedapp buah berangan lemak2 gitu
ReplyDeleteSelalu sebut buah berangan org kaitkan dgn suka berangan he hee
Kadang-kadang makanan yang nampak biasa itulah paling kuat membawa kita kembali kepada momen kecil bersama insan yang dirindui.
ReplyDeleteAl Fatihah (dibaca).
ReplyDeleteMakan buah berangan, jangan berangan jauh-jauh ye.
sedapnya
ReplyDeleteHaaa.. akak pun kalau jumpa mesti nak beli.
ReplyDeleteSedap arr lemak² manis.
Lama tak makan buah berangan. Dapat yang empuk mmg sedap.
ReplyDeletesusah la nak jumpe orang jual buah berangan kat tempat saya. mmg tak pernah jumpa kot sepanjang saya dok sini... cerita pasal kacang kuda, tiba2 teringat kacang kuda pasar malam juga, lama tak membeli.. next time pergi harus beli
ReplyDeleteKita sama, setiap kali makan buah berangan, mesti teringat abah. Akak rasa itulah penyebab Pizzah kali terakhir beli beberapa tahun lepas ni. Kadang, makanan yg mengingatkan pada seseorang kita jarang beli sebab sedih teringat.
ReplyDeleteKita baru makan buah berangan beli di Hatyai baru ni.. sedap gilerrr.. makan panas-panas, perghhhh
ReplyDeleteLamanya tak makan buah berangan. Pernah beli kat Genting Sempah.
ReplyDeleteSusah dah jumpa orang jual buah berangan bakar sekarang. Mungkin sebab mahal tidak banyak permintaan.
ReplyDeleteAbah dan makanan ni memang tak boleh dipisahkan kan ? Memori saya pun selalu akan ingat abah balik petang bawak makanan favourite kita.
ReplyDeleteDulu buah berangan ni banyak jual kat supermarket jual sekalu dengan keledek rebus... sekarang kurang nampak dah franchise tu...
ReplyDeleteChestnut atau buah berangan ini jarang ada di Indonesia. Kalaupun dijual, dalam bentuk mentah.
ReplyDeleteMakanya saya selalu makan ini tiap traveling saja. Apalagi pas winter, tiap liat ada penjualnya, pasti beli
Memang menggamit memori silam betul kalau terjumpa orang jual buah berangan bakar dalam pasir hitam 🥹
ReplyDeletesaya tak pernah makan buah berangan. sebab risau rasanya tak sedap. hahah
ReplyDeleteBaca entry ini terus KSarie terfikir eh bila kali terakhir makan buah berangan kan? Macam kena cari nampaknya ni
ReplyDeleteAgak2 lepas makan ini angan2 akan menjadi kenyataan tak?
ReplyDeleteLama jugak tak makan, memang sedap makan panas-panas. Tapi tu lah, banyak angin akan keluar lepas makan buah berangan ni hehe.
ReplyDeleteLama tak makan buah berangan ni. Mereka goreng dalam kopi kan?.
ReplyDeleteTak berapa gemar makan buah berangan ni tapi kat pasar malam dekat rumah saya ada org jual jugak. Pernah terbaca kat Threads ada sorang user ni cerita mak dia suka sangat makan buah durian tapi sejak mak dia pergi, lama jugak dia tak beli dan makan buah durian sebab setiap kali dia nak makan, dia teringat dekat mak dia & terus nangis huhu. Al-Fatihah buat arwah abah Pizzah.
ReplyDeleteMakan buah berangan ralit. Tapi dapat yang susah nak kopek tu memang potong.
ReplyDelete