Braces Monthly Review Selepas 6 Bulan

Selamat pagi kawan-kawan. Kembali lagi update blog yang semakin sendu ni. Lambat sikit update braces monthly review selepas 6 bulan. Appointment bulan Oktober hari tu. 

Untuk appointment kali ni, saya buat rawatan scaling sekali. Sebelum doktor check gigi, doktor buat rawatan scaling dulu. Terpaling penting ye untuk pemakai braces jaga kebersihan mulut. Kena buat scaling berkala untuk mengelakkan karang gigi dan plaque terjadi. 

Barulah gusi sihat dan dapat dapat mempercepatkan proses rawatan bila tak ada benda asing yang melekat di celahan gigi atau gigi rosak.

Bila dah lama tak buat rawatan scaling ni rasa seram lah pula. Dengar bunyi mesin tu pun dah buat ngilu. Apatah lagi tengah buat rawatan tu. Aduhaiii...kita sabar dok tahan je lah rasa ngilu dengan harapan cepat-cepat doktor buat kerja tu.

Ngilu dia tak tahu nak habaq! Gusi berdarah itu biasa. Tapi rasa lega dan terasa bersih gigi lepas scaling. Oh ya, harga scaling tak termasuk dalam harga braces ni. Kena bayar harga lain. Scaling harganya seratus dan ke atas bergantung kepada gigi setiap individu.

Selesai scaling, doktor cuma ketatkan wire braces dengan gantikan getah O-ring sahaja. Gigi bawah 4 batang depan masih belum tegak lagi. Jarak pun macam dah besar sikit dengan gigi sebelahnya.

Braces Monthly Review Selepas 6 Bulan

Saya pilih getah O-ring warna maroon sekali lagi. Tak tahu dah nak pilih warna apa. Rasa macam sesuai dengan maroon ni je. Warna dia lebih berseri dan tak mudah bertukar warna. Kalau makan makanan berkunyit atau kari tak lah obvious sangat pertukaran warna getah tu.

Setakat ni dah tak rasa sakit dah pakai braces. Boleh makan macam biasa. Cuma makanan keras-keras tu masih berpantang lagi. Dia rasa sakit masa sehari dua awal-awal pakai braces tu je. Nak ketatkan setiap bulan ni tak rasa sakit lansung. Ye, benar tak tipu!

Tahap toleransi kesakitan setiap individu tu berbeza. Sekarang dah jadi rutin setiap kali lepas makan kena guna water flosser untuk bersihkan makanan dari melekat di celah gigi. Kena rajin juga guna string flosser.

Cabaran pakai braces ni selain susah nak mengunyah makanan keras dan tak dapat  menggigit dengan kuat, bibir mudah kering. Kadang boleh jadi terluka bila bergesel dengan bracket besi. Rajinkan juga pakai lip balm.

Progressnya tak banyak berubah bila pakai conventional braces ni. Kena sabar. Hilang nikmat makan sebab banyak kena pantang. Tapi itulah tak kurus-kurus juga. Makan tetap berselera. Kah!

Dari segi penjagaan gigi, agak seksa juga kalau nak memberus tu. Tak boleh semberono gosok. Ada berus gigi khas dan  juga dengan bersihkan celah-celah bracket juga. Ye, benda tak mudah tapi bila kita tenang dan sabar boleh jadi mudah. Tak gitu?

Pepatah Inggeris mengatakan "Beauty is pain". Sangat tepat!

14 comments:

  1. Ngilukan buat scalling ni. Adoi, paling takut laaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Ngilu tak tahu nak cakap. Nak tak nak, sabar je lah kita tahan ngilu tu. huhu...

      Delete
  2. bertabahlah...nak cantik gitulah.
    ammi ni dari sehari ke sehari nak buat scaling...bila cuti manjang je lupa. bila kat office baru nak teringat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya begitulah cerita dia. Hehe..pasni jangan tangguh lagi. Buat reminder siap-siap.

      Delete
  3. Berapa lama kena pakai braces ni? Sakit sangat ke atau sakit sedikit je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut perancangan 2 tahun lebih macam tu. Apapun tengok progress juga. Sakit masa mula-mula pakai je sehari dua. Awal awal tu memang tak boleh gigit makanan lansung. Kena makan bubur je. Tapi lain orang, lain tahap toleransi sakitnya.

      Delete
  4. Betul Fizah : Beauty memang betul-betul pain.
    Dah rasa tiga bulan berturut-turut appointment gigi setiap minggu sampai tekanan darah naik mencanak-canak setiap kali jumpa doktor gigi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdebar lain macam kalau nak jumpa doktor gigi ni kan Kak Amie. Mahunya tak naik BP tu. Seram dan risau betul dibuatnya. Nak tahan sakit tu satu hal lagi. Bertabah dan bersabar je lah untuk dapat gigi sihat dan cantik. Harap tak buat masalah lagi lah nanti.

      Delete
  5. Memang kak. Krn saya pernah mengalami, paham sangat lah sakitnya macam apa , terlebih kalo baru di kencangkan 😅.

    Kenapa yaa sampai skr alat scaling tuh tak bisa dibuat tanpa suara. Suaranya itu betul2 bikin merinding 🤣. Itulah yg buat saya msh takuuuut nak scaling 😱. Macam trauma jadinya 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit ketatkan ni tak sakit pun. Awal-awal pakai braces tu yang tak tahan tu. hihi...

      Kann..kalaulah ada mesin yang tak berbunyi macam tu mesti semua orang rajin nak buat rawatan scaling. Dengar je pun dah ngilu, inikan kena hadap sampai siap. huhuhu...

      Delete
  6. Takpelah sabar tunggu hasil akhir.
    Tidak sabar ikuri perkembangan Fiza hingga ke akhirnya.

    ReplyDelete
  7. fiza getah ni dia sama macam dgn getah apa ya?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.