Kotak Misteri Berwarna Coklat

Hari Khamis minggu lepas, tengah sibuk memasak kat dapur. Husband balik dari membeli barang masuk rumah dengan barang barang dan sebuah kotak misteri berwarna coklat. Katanya ada parcel kat dalam pagar masa nak masuk tadi.

Sambil sibuk kat dapur berfikir sorang-sorang. Ada beli apa ye? Seingat Fiza last week tak ada membeli apa-apa pun! Produk review pun dah lama dah pencen. Jauh sekali nak dapat.

Settle kerja kat dapur, terus tengok kotak tu. Lahhh... dari _____ (isi tempat kosong) rupanya. Ape ni abang pos laju. Pin pin tak ada, pon pon pun tak dengar. Ke main campak je kotak ni dalam pagar?

Ehh, jangan macam-macam abang pos laju. Mujur lah barang dalam kotak bukan sejenis yang fragile. Kalau tidak, hati saya yang fragile.

Kenapa Fiza dapat sekotak parcel coklat ni?

Jawapannya mudah. Tanpa berselindung lagi, hadiah ni Fiza dapat disebabkan tersenarai dalam geng kuat komen blog Shida bulan Julai dan Ogos. Alhamdulillah rezeki yang tak disangka. Dari rajin tinggalkan komen, dapat hadiah misteri ni.

Nak tahu hadiah apa, sila halakan cursor pada gambar. Kalau guna handphone, tap kan ajer!


Apakah yang ada dalam kotak misteri berwarna coklat?

Dah hover cursor mouse kat gambar ke belum? Misteri betul dapat hadiah yang kita tak tahu ni. Excited lain macam bila unboxing.

Dalam kotak misteri berwarna coklat ni ada macam-macam ye. Bukan 1 bukan 2 tapi ada 3 hadiah. 
  • Storage basket (canvas) bercorak meow yang comel
  • Face Mask
  • Knitted mask extender/adapter/holder

Terima kasih banyak-banyak untuk blogger Shida Radzuan untuk hadiah ni. Blogger yang dah lama kenal sejak blogging 2009. First time jumpa masa majlis kahwin Shida. Mujurlah masa tu dapat jumpa kejap dan bergambar. 

Shida pun rajin tempah design kat Fiza. Terima kasih banyak-banyak support bisnes design Fiza. Bila Shida dah aktif berblog semula ni dapatlah terjah blog dia selepas menyepi lama juga tu.

Untunglah dapat face mask dan mask extender ni sekali. Face mask sangat berguna sekarang ni. Berharga! Tak pakai face mask tak pasal-pasal melayang RM1000 membayar denda.

Storage basket pun comel. Suka pattern kucing tu. Terima kasih sekali lagi Shida! Semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahi dengan rezeki yang berpanjangan. Aaminnn...

Jom lah terjah blog duniashida.com. Boleh kenal-kenal dan rajin rajinlah tinggalkan komen. Boleh juga berbalas kunjungan.

Rindu pulak nak ke Kaison. Tak berani lagi nak keluar tanpa arah tujuan. Ada urusan baru keluar. Setakat shopping tu, kita shopping online je mana yang tak penting sangat tu. Okay nak selit berita terkini tadi.

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):

PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.

@IsmailSabri60

Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak
dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas
daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk
membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan
kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan
pusat rekreasi adalah ditutup.

Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah
DITUTUP.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis
perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.
• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.
Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan
perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih
dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Terus rasa down bila dapat berita ni, speechless. Makanya kena bertenang seketika dan kemudian berfikir. Pasti akan terkesan disebabkan berita ni. Isk isk...huwaaaa...

Teruskan berdoa semoga terhapus terus wabak covid-19 dari mukabumi. Semoga ada hikmahnya. Aaminnn... Stay safe stay home!


24 comments:

  1. Alhamdulilah,,saya pon dapat hadiah drpd kak shida..murah rezeki dia.. :)

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Hehe tahniah Fiza. Berkat rajin melawat dan komen. Semoga melimpah rezeki Fiza untuk menang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih kak. Akak pun rajin komen :)

      Delete
  3. Alhamdulillah dapat hadiah.. berpkpb lah kita for 2 weeks..semoga semuanya baik2..kpdNya kita memohon dipermudahkan rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki. Harap semua tabah dan kuat menghadapi ujian PKPB. Aaminnn

      Delete
  4. Alhamdulillah..lega fiza dah dpt parcel tu :)
    Alhamdulillah juga fiza suka isi dlm kotak coklat tu :)
    terima kasih juga fiza support shida dari dulu hingga skg ni
    BFF blogger forever :) harap dapat bertemu fiza lg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selamat sampai Shida tanpa rosak. Sama-sama kasih. Harap dapat jumpa lagi nanti. InshaAllah :)

      Delete
  5. kemas bungkusannya kan, hebat shida buat package hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kotak macam ni tahan lasak sikit. Barang pun tak rosak. Good job Shida :)

      Delete
  6. Wah..cantik dan comel hadiahnyaaa....tahniah...

    ReplyDelete
  7. bestkan dapat hadiah dari kawan blogger, comel pouch beg tu

    bermula pkpb... mula lah pening macamne nk jaga Aiyan nanti, semua nya tutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok dapat hadiah. Lama tak dapat hadiah ni.
      tumpang bersedih juga dengan PKPB ni. risau juga.

      Delete
  8. Akk baru nak kenal shida ni, sesekali up entri sesekali berbw..almaklum akk berblog suka2 je, hihi.
    Apa2pun tahniah dpt hadiah, seronok dpt hadiah kan😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh kenal-kenal kak kalau ada masa boleh singgah blog Shida.

      Terima kasih :)

      Delete
  9. tiada kotak yg membahagiakan kecuali kotak yg dihantar posmen dan di atasnya tertulis nama kita heheheh rezeki tu... ;-)

    ReplyDelete
  10. Tahniah! Dapat hadiah comel! Moga ukhuwah antara blogger tambah erat walaupun hanya di dunia maya.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah, cantik hadiahnya tuu da tengok kat IG hihihi...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.