Jenis-Jenis Dekorasi Dan Ikatan Hidden Hantaran

Friday, September 20, 2019

Akhir-akhir ni 'Hidden Hantaran @ Covered Hantaran' menjadi trending dan menjadi pilihan bakal pengantin untuk dulang hantaran. Kiranya style hantaran paling latest lah untuk tahun ni sebab awal tahun Januari haritu pun pertunangan anak buah buat hidden hantaran ni dengan simple pelamin. Walaupun style 'sorok' hantaran ni dah ditelan zaman berzaman lamanya tapi tetap ON!

credit : google

Baru-baru ni je lah keluar semula style dulang hantaran sorok. Mungkin sebab kemunculan makcik makcik bawang yang sibuk membawang dengan hantaran orang. Lantas, muncul lah idea hidden hantaran  ni kes nak sorok segala barang hantaran supaya tak jadi buah mulut orang. Mungkinlah begitu ceritanya kot. Siapa lah yang punya idea nak keluarkan semula tradisi ni memang terbaiklah. Thumbs up!

credit : google

Hidden hantaran jadi misteri lah gitu untuk menutup mulut-mulut makcik bawang supaya tak buat cerita tentang hantaran murahlah, tak sesuailah apa lah. Tapi kalau dah namanya makcik bawang tetap mulutnya tak boleh ditutup. Serba tak kena je semua benda. Bagus juga tradisi sorok hantaran ni digunakan zaman sekarang ni kalau jenis tak nak guna hantaran terbuka.

Nampak Klassik

Hidden hantaran walaupun dah berzaman sejak zaman nenek moyang kita dulu tetap nampak releven di zaman moden ni. Pendek kata, tradisi ni tak lapuk dek zaman. Back to classic! Zaman dulu gunakan kain batik ataupun kain pelikat untuk membungkus dulang hantaran. Dulu hantaran jenis bulat tu dan lepas tu barulah muncul hantaran terbuka guna dulang hantaran tembaga yang sikit punya berat tu. Dan kemudiannya berubah mengikut peredaran zaman guna bekas kaca, dulang kayu dan sebagainya.

credit : google
Bila digunakan semula hidden hantaran dalam zaman moden ni banyaklah perubahan idea hidden hantaran ni dari segi penggunaan material, jenis ikatan dan dekorasi. Kalaulah hidden hantaran ni trend 6 tahun lepas memang Fiza buat. Takpe lah, boleh bagi idea atau buatkan untuk pertunangan dan kahwin orang lain nanti. Fiza rasa hidden hantaran ni macam lebih memudahkan kerja dalam menyediakan dulang hantaran dan jimat juga sebenarnya. Walaupun kalau kira-kira lebih kurang je harganya sebab kain pun costly juga kot kan.

Mudah dan Jimat!

Memudahkan sebab nak menyiapkan hanya perlu bungkus dengan ikatan dan sedikit dekorasi bunga kalau nak letak. Mudah nak bawa juga satu benda yang penting kalau rombongan dari jauh. Barang hantaran pun terjaga rapi dalam kotak tu. Boleh jimat masa nak sediakan kalau nak simple-simple je bungkus. Bahan-bahan pun hanya perlu gunakan bekas/kotak, kain dan juga bunga kalau nak. 

Nak mudah dan jimat guna je apa yang mudah nak sediakan macam kain batik atau kain pelikat macam zaman dulu. Bekas/ kotak tu boleh beli bekas tupperware kedai RM2 tu je. Tapi kalau nak nampak mahal dan mewah, gunalah kain sulam songket ke, satin ke, batik lukis ke kan. Bunga pun boleh guna bunga hidup segar atau bunga plastik. Susah-susah malas fikir bungkus je dengan cara ikatan yang agak style. Kain bungkusan tu boleh juga diguna pakai semula kan.

Jenis-Jenis Dekorasi Dan Ikatan Hidden Hantaran

Untuk hidden hantaran ni lebih baik gunakan kain kapas macam kain batik sebab mudah nak urus dari segi lipatan dan kemasan tu nampak kemas. Biasanya kalau guna kain batik tak perlu dah letak dekorasi macam bunga atau hiasan lain sebab corak pada kain pun dah nampak menarik dah.  

  • Kain batik/bercorak dengan ikatan simple.

credit : google

  • Kain songket dengan hiasan dokoh

credit : google

  • Kain sulaman songket dengan ikatan tali guni

credit : google

  • Kain satin corak dengan ikatan riben dan bunga 

boleh gunakan kain satin tudung bawal. credit : google

Kalau tak nak guna jenis kain bercorak, gunakan kain plain pun menarik. Boleh buat ikut tema warna majlis masing-masing.

  •   Kain satin dengan simpulan seperti sanggul rambut

credit : google

  •  Kain crepe dengan ikatan simpul selit bawah

credit : google

  • Kain satin dengan hiasan bunga

credit : google

Nama-nama di atas Fiza berikan ikut daripada gambar hidden hantaran pilihan Fiza. Kalau ada nama lain sila mention dalam kotak komen okay. Terima kasih pakcik google dan tuan punya gambar. Kalau tak tahu nak bungkus macamana, boleh je tengok kat youtube. Salah satu yang Fiza suka adalah furoshiki wrapping, Japanese style how to wrap boxes. Salah satu tutorial video how to wrap boxes, boleh tengok dalam video di bawah

credit : KyotoDesignHouse

Nota penting : Semua gambar hasil dari carian google. Jika salah satu gambar milik anda, sila tinggalkan link di ruangan komen. Tak perlu cakap plagiat sebab bukan meniru hasil kerja anda untuk bisnes. Cuma berkongsi untuk idea bakal pengantin. Dunia internet luas, pusing pusing situ juga kan. Kadang kadang kita pun tiruvasi idea orang juga. So jika ada, boleh terus letakkan link dan akan di kreditkan kepada link tersebut. Tak perlu ayat berjela, halalkan atau menuduh plagiat. just komen gambar mana dan sertakan link. Mudah dan tak perlu ada isu. that's it.


30 comments

  1. Bagus sebanrnya macam ni, sorok apa yang di hantar, atau barang tu dah bagi awal, so letak aje kotak kosong dan balut, pun orang tak tau kann...
    Ada jodoh anak Sis, nak buat style gini gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa betul tu kak. tak perlu letak barang pun x apa. hihi

      Delete
  2. boleh dijadikan salah satu pilihan untuk kahwin nanti. hehhehe. tak payah nak 'show off' apa isinya. jadi tak perlu lah berbelanja terlebih2 untuk nampak hadiah hantaran itu wow. hehee.

    ReplyDelete
  3. cantik laa trend hantaran macam ni. suka tengok..

    ReplyDelete
  4. cantik dan exkslusif ;)
    memang patut pon buat hidden sbb bakal suami nak bagi kat bakal isteri ...biaq jadi kejutan haaa gitew

    ReplyDelete
  5. wow , saya bookmark post nie . Boleh buat rujukan , mana tau tahun depan kawen. . . Hehehhe , amin . . btw done follow :)

    ReplyDelete
  6. Wah baru tengok kahwin orang cina buat macam nih, tak sangkak budaya kita juga dah berzaman.

    ReplyDelete
  7. sweet je tengok hantaran macam tu.. mesti tak sabar nak bukak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sabar tu sudah semestinya sebab nak tahu hantaran apa.

      Delete
  8. ramai dah buat hidden hantaran. memang okay sangatlah kan utk menutup mulut makcik bawang. hehe

    ReplyDelete
  9. tengok ni teringin nak buat. Tapi tulah jodoh mana ntah tak sampai-sampai.Tak nampak jalan kot jerebu ni. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sabar menanti jodoh ye. Mudah-mudahan bertemu jodoh cepat-cepat.Aaminn

      Delete
  10. Suka konsep ni...at least bleh elakkan dari bawang rangers mengata kan...kalau mcm ni letak barang2 branded pun org takleh nak membawang, barang x branded pun org x yah tau...

    ReplyDelete
  11. Wow nampak cantik juga la balit2jrsenang nk bawa

    ReplyDelete
  12. sy pun plan buat hidden hantaran nanti hehe
    semoga dipermudahkan urusan sy hehehe

    ReplyDelete
  13. menarik juga mcm ni....makcik bawang xleh membawang....:)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.