Review | Tisu Basah Oatmeal Therapy Cleansing Tissue

Friday, September 28, 2018

Zaman belum terjebak dengan makeup memang tak kenal lansung dengan tisu basah. Dulu anggap tisu basah ni hanya untuk golongan mak - mak yang ada anak kecil je untuk lap bersihkan baby. Tapi selepas terjebak dengan rajin makeup sikit, mulalah tercari-cari tisu basah yang terbaik untuk membersihkan makeup selain menggunakan makeup remover.

Tisu basah ni bukan setakat untuk menanggalkan makeup tapi multipurpose sangat!. Jadi, lebih bagus ada tisu basah daripada makeup remover tu. Dan tisu basah mudah di bawa kemana saja. Macam Fiza tisu basah bukan hanya letak dalam handbag tapi Fiza akan letak dalam drawer dashboard kereta dan beg telekung.

Tisu basah letak dalam kereta tujuannya mudah untuk cuci tangan kalau makan dalam kereta. Tak perlu lah nak cari air dan basah dalam kereta. Cukup sekadar ada tisu basah masalah tangan kotor boleh settle tanpa perlu fikir air tumpah dalam kereta. Plus, boleh juga bersihkan tangan selepas isi angin tayar atau isi minyak kereta jika terkena kotoran minyak.


Letak dalam beg telekung of courselah untuk bersihkan muka sebelum solat kalau pergi kemana-mana tu. Iyalah kan, biasanya paip untuk ambil wuduk tu penuh je setiap masa. Macam tak seronoklah kalau buat orang tunggu lama kalau cuci muka kat paip air. Jadi, bersihkan dulu muka dengan tisu basah lebih cepat dan mudah. Rasanya memang dah ramai gunakan tisu basah which is more better dan cepat.

Fiza dah cuba berbagai jenama dan jenis daripada beberapa brand untuk baby sampailah ke brand untuk cuci makeup. Sekarang dah ada pelbagai jenis tisu basah. Ada yang ber alchohol, non-alchohol, argan oil dan lain-lain lagi. Setakat yang Fiza pernah juga, tisu basah kleenex dan Oatmeal Theraphy Cleansing Tissue paling best! Tapi lepas dah jumpa tisu basah oatmeal theraphy cleansing tissue daripada Althea ni memang tak cari lain dah. Tapi masalahnya kena order nun jauh dari Korea tu. Nasib juga Fiza order 2 packs haritu masa shopping barangan Althea. Jadi, tak rugilah membeli hari tu.


BAU
Bau tisu basah oatmeal ni sangat menenangkan. Seriously! No wonder lah dia letak nama Therapy kat situ sebab memang kena dengan produk tu. Bau dia sangat lembut dan tak menyakitkan hidung bila bau tu. Pendek kata memang satu theraphy kalau bau dan juga theraphy pada kulit.

Oatmeal extract - Has hydrating and gentle exfoliating properties, also helps soothe the skin
Mung bean extract - Has anti-inflammatory properties to soothe the skin
Papaya extract - Gently exfoliates away dead skin cells for a smooth complexion

TEKSTUR
Tekstur tisu basah oatmeal theraphy tidaklah sederhana tebal dan cukup basah digunakan untuk membersih kotoran. Sejenis tisu yang lembut dan tidak merosakkan kulit muka dengan gosokan yang kuat.

MEMBERSIHKAN KOTORAN DENGAN MUDAH
Kau orang hanya perlukan sehelai tisu basah Calmia Oatmeal Theraphy Cleansing Tissue untuk menghilangkan kotoran/makeup dengan bersih. Lebih jimat bukan kalau sekali hanya guna satu helai sahaja.

MELEMBAP SELEPAS MEMBERSIH
Ada kalanya tisu basah akan meninggalkan kesan kulit muka menjadi kering selepas mencuci. Dengan Calmia Oatmeal Theraphy Cleansing Tissue ni akan meninggalkan kesan kelembapan pada kulit selepas menggunakannya.

PACKAGING
Jenis packaging yang bersaiz sederhana (travel Size) mudah untuk dibawa kemana saja. Mempunyai jenis pelekat yang kuat walaupun dibuka tutup berkali-kali dan masih mengekalkan kelembapan tisu basah dalam pack tersebut.

SELAMAT DIGUNAKAN
Tak semua tisu sesuai untuk semua kulit muka. Kalau muka jenis sensitif kenalah cari tisu basah yang sesuai untuk digunakan. Kalau Fiza elakkan jenis tisu muka yang jenis ber alchohol tu sebab bila guna tisu tu akan menyebabkan kulit rasa pedih. Mungkin tindak balas antara bahan makeup dan alchohol tu. Jadi, pilihlah tisu basah yang mempunyai bahan mempunyai bahan semulajadi dan sesuai dengan kulit.

WHAT'S GOOD
  • A rich, foaming cleanser containing oatmeal extract 
  • Removes dirt, impurities and gently exfoliates away dead skin cells
  • Keeps the skin hydrated to prevent dryness

So far Fiza sangat suka dan berpuas hati dengan Calmia Oatmeal Theraphy Cleansing Tissue ni. Memang best! Harga pun murah RM5/20pcs. Sebab tu Fiza beria nak beli. Ye, tahu kat Malaysia ni banyak lagi yang harga murah tapi setiap kualiti mestilah berbeza kan.

5 comments

  1. Makin banyak pilihan untuk tisu basah nie.. Yang ini pun nampak menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. Sekarang ada banyak pilihan tisu basah. tapi kena pilih yang sesuai dengan kulit dan bajet :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.