Ayam Haseyo Domino's Buy 1 Free 1

Makan luar? Jarang sekali nak makan di luar kecuali lah kalau keluar dalam masa yang lama. Kadang tu kalau balik lambat pun sanggup masak lauk simple janji kenyang. Ada kalanya ada juga mood tak rajin masak ataupun dah jemu nak masak lauk yang sama. Stress juga tau nak fikir menu masak hari-hari. Kalau masa tak rajin tu datang, mulalah terfikir nak makan apa dan teringin nak makan masa tu. 

Satu hari tu macam tak tahu nak makan apa dah. Nak masak macam malas teruk sangat dan terus fikir makan fast food yang boleh delivery je. Sesekali takpe kan? Jangan amalkan selalu sebab makanan fast food kurang sihat dan kurang juga duitnya nanti. Kalau delivery terus fikir Pizza lah, McD lah. Tapi area rumah Pizza dan McD tak delivery sampai sini pula. Last-last order Domino's Pizza je. Itupun gara-gara Ayam Haseyo Domino's Buy 1 Free 1 tu.


Nak order Pizza, tak pasal-pasal ter order Ayam Haseyo disebabkan Buy 1 Free 1 lah. Penangan barangan FREE ni memang buat kau orang akan membeli tanpa berfikir. Tak yah fikir pun dah tahu untung dah. Bayar satu harga tapi dapat 2. Memang untung sangat lah kan. Lagi-lagi memang penggemar ayam haseyo korea yang pedas manis masam sikit tu. Memang padu betul rasa dia!

Sekali hadap laki bini habis 2 pack ayam haseyo ni. Alah, satu pack 8 ketul je. Saiz seketul tu tak besar sangat pun. Sekali masuk mulut seketul sekejapan je habis. Rasa ayam haseyo ni memang pedas tapi sanggup je hadap rasa pedas tu sebab rasa ayam haseyo sedap sangat. Lagipun Fiza memang suka bahagian kepak. Mahu taknya suka sangat. 


Ayam Haseyo Domino's Buy 1 Free 1 LIMITED TIME ONLY!

Fiza tak pasti sampai bila promosi Ayam Haseyo buy 1 free 1 ni sebab katanya limited time only. Jadi, kalau kau orang peminat ayam pedas manis korea tu, haruslah cepat-cepat order Ayam Haseyo. Malas take away, order online je lebih senang.  Inilah masanya untuk makan banyak sikit makanan favourite kau orang.


Thank you Domino's untuk promosi ni. Walaupun ini bukan iklan berbayar. Nak juga lah promote pada kau orang yang sukakan ayam haseyo tu. Sharing is loving lah katakan.

www.dominos.com.my

10 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.