Cara Tanam Tauge Mudah dan Cepat Tumbuh

Tauge, sejenis sayuran yang tumbuh daripada kacang hijau yang mudah di tanam di rumah. Bukan je mudah nak tanam, malah cepat tumbuh seawal lima hari. Ya, selepas lima hari dah boleh tuai hasil tanaman tauge.

Yang Fiza tahu, tauge ada 2 jenis iaitu tauge biasa@tauge halus dan juga tauge kasar. Tauge kasar rasanya lebih rasa kacang sebab kacangnya lebih besar daripada kacang tauge biasa @tauge halus. Tauge besar biasanya orang buat lauk je. Jarang sekali campur dengan menu lain seperti tauge halus yang boleh dicampur dengan menu lain seperti kuew teow goreng, mee goreng, mee kari, soto dan sebagainya. Tanpa tauge rasa macam kurang sempurna menu tersebut kan? Tapi kalau kau orang jenis tak suka tauge, takde tauge pun tak kisah.

Kalau kau orang sejenis yang suka tauge, apakata cuba tanam sendiri. Ada banyak cara sebenarnya yang mudah untuk tanam tauge ni. Salah satunya dengan menanam tauge dalam kotak minuman yang telah digunakan.


Bahan-bahan untuk tanam tauge

Kacang hijau 1 senduk
1 Kotak air minuman bersaiz besar yang kosong



Langkah-langkah Tanam Tauge

 1. Basuh bersih kacang hijau

2. Potong bucu kotak untuk memudahkan air keluar selepas siram


3. Kemudian, masukkan kacang hijau yang telah di basuh tadi ke dalam kotak


4. Masukkan sehingga habis 1 senduk kacang hijau tadi ke dalam kotak


5. Siram kacang hijau yang telah dimasukkan ke dalam kotak


6. Biarkan air keluar daripada kotak tersebut


7. Untuk memudahkan air terus keluar tanpa menunggu, letakkan kotak dengan cara senget di dalam bekas supaya air tidak bertakung dalam kotak.


Tips : untuk hasil yang lebih baik, siram 5 kali sehari selama 3 hari berturut-turut. Hari ke empat dah boleh dapat hasil tauge yang segar. Mudah dan sangat cepat cara tanam tauge yang dikongsikan oleh Nurul Nadiah di facebook ni. Bolehlah Fiza cuba nanti sebab Fiza pencinta tauge. Kalau masak goreng tu, suka yang rangup-rangup baru sedap!

Kredit foto : Nurul Nadiah
.

7 comments:

  1. Eyangku sering buat tauge untuk dijual di pasar kak. Gampang banget bikinnya.

    ReplyDelete
  2. bc entry ni sy tingat ms kelas sains ms sekolah dulu hahahah excited sggh bila tgk taugeh dah tumbuh mcm dpt emas kek dah nyer

    ReplyDelete
  3. macam eksperimen zaman sekolah dulu..hehe

    ReplyDelete
  4. menariknya , rupanya tidak boleh direndam nanti tauge busuk , good tips ccl nak cuba

    ReplyDelete
  5. kalau kat rumah boleh kira brapa kali jer beli taugeh, tu pun nak buat tauhu sumbat hehe. sbb hasben tak suka dan budak2 pun tak suka...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.