Lain Macam Mood Lepas Bercuti Raya

Hai. Selamat pagi. Baru nak kembali update blog setelah blog terabai seketika selepas cuti raya lama. Lain macam betul mood lepas bercuti raya ni. Mood apa? Mood sedikit malas dan sedikit kurang idea untuk update blog. Nasib  baik sempat juga lah schedule entri sampai raya kedua hari tu. Lepas tu terus menyepi sampailah ke hari ni. Biasalah kan, bila lama bercuti nak mula bekerja semula memang agak lemau sikit. Well, dua tiga hari yang mendatang kita meroket semula update entri mana yang patut.

By the way, mood raya sebulan masih on lagi kan selagi belum habis raya sebulan. Masih merindui segala menu raya lemang ketupat semua tu. Raya pertama dan kedua tak makan sakan sangat sebab perut tak berapa nak bekerjasama dengan baik. Sakit perut akibat makan macam-macam. Jadinya bila beraya makan sekadar jamah je. Cukup sekadar merasa. Bila dah banyak hari raya berlalu, teringin pula nak makan semua tu puas-puas tapi mood beraya macam kurang je pula. Haishh..lain macam betul mood lepas bercuti raya ni. Semua serba tiada mood.


Tiada mood mungkin sebab cuaca agak panas lately dan mungkin disebabkan itu juga cepat rasa penat gara-gara selepas raya baru nak mengemas rumah. Letih juga nak mengemas rumah sekali harung buat semua benda. Baru nak switch on mood raya di rumah sendiri pula.

Plan lepas raya selain nak meroket update blog, jangan di lupakan puasa enam dan lepas tu membakar lemak yang dah diternak banyak dalam badan ni. Nak bakar lemak punyalah susah. Nak tambah lemak, sehari dah cukup untuk tambah berkilo-kilo. Musim raya ni yang Fiza sendiri rasa sangat kurang minum air masak. Nampaknya kena kerja kuat lagi untuk misi cabaran untuk kurus.

Camne mood lepas bercuti raya kau orang? Confirm tak boleh move on lagi dengan cuti raya kan. Kalau dpat cuti sebulan lagi untung! Mana mungkin lah kan. Mungkin dalam mimpi je dapat bercuti sebulan beraya tu. Jom lah kita mengesot sikit-sikit dari tak move on lansung.

15 comments:

  1. mood tak berapa nak ada tapi since raya keempat dah naik keje, so kira dah move on la ni

    ReplyDelete
  2. Hehehe sama la kite fiza.. rasa nak cuti lebih lama.. hiks..

    ReplyDelete
  3. Habis je cuti raya, kerja berlambak... huhu...

    ReplyDelete
  4. mood macam biasa,tapi macam terlebih rajin je...heheheh

    ReplyDelete
  5. Bila mood raya cuti panjang ..lepas tue nak masuk kerja ..ya Allah dya punya mood keseganan memang ada ..jenuh tepis

    ReplyDelete
  6. mood akan kmbali..selamat hari raya fiza

    ReplyDelete
  7. Kena adakan mood jugak walaupun takde. Isnin sampai Jumaat kerja, weekend kita pi rayalah. Heheheee, amik balik mood tu!

    ReplyDelete
  8. xde mood raya, ari raya pertama pun ada submission. Eh thesis sape tu fizah?

    ReplyDelete
  9. updating blog aida tu, mcm biasa. tenggelam timbul, fiza :)
    mcm fiza blogger tegar memang akan terasa la blog sepi, kan.
    lately aida ada simptom malas upload gambo tau.
    hadoi lah...

    ReplyDelete
  10. mood banayk makan kuih raya + open house ni hehe..

    ReplyDelete
  11. masi d awang awangan bila dekat opis even da masuk syawal ke brapa ari ni xD

    bru bkesempatan blogwalking ari ni since kblkngn ni perhatian ju pada blog xbrapa konsisten =)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.