Asam Keping Buat Sendiri

Friday, July 21, 2017

Tanpa asam keping tak lengkap masakan seharian yang memerlukan asam keping selain asam jawa. Penggunaan asam keping lebih ringkas berbanding asam jawa. Asam jawa perlu dicampurkan dengan air dan ditapis sebab hanya perlukan air asam sahaja untuk masakan. Tapi dengan adanya asam keping sebagai pengganti lebih mudah kerja memasak. Tapi ada juga masakan yang tertentu hanya menggunakan asam keping sahaja ataupun lebih sedap menggunakan asam jawa. Bergantung kepada selera masing-masing sebab kedua-duanya memberikan rasa masam yang leih kurang sama dalam masakan. Betul ke tidak?

Cara masak Fiza, dah tentu Fiza pilih menggunakan asam keping lebih mudah. Tak perlu nak menyiapkan air asam jawa. Tak kiralah masak lemak cili api, goreng berlada, sambal tumis nasi lemak dan sebagainya.  Mesti letak asam keping untuk penambah rasa masam atau nak elakkan masakan berbau hanyir. Aroma masakan pun lebih membangkitkan selera. Kadang-kadang cuci ikan pun boleh menggunakan asam keping.

Biasanya stok asam keping di rumah bekalan dari mak mertua buat sendiri di kampung. Kebetulan ada pokok asam gelugur belakang rumah. Jadi, mak mertua buat sendiri je asam keping. Itupun kena ikut musim buah asam gelugur juga. Kalau takde buah, takdelah stok asam keping nya. 

Asam Keping Buat Sendiri

Pokok asam gelugur ni serbaguna juga. Daun, bunga dan buah boleh di campurkan dalam makanan. Daripada sumber wikipedia pula, asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung. Buah, bunga dan pucukmya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda

Cara nak buat asam keping sendiri

1. Pilih buah asam gelugur yang dah masak berwarna kuning.
2. Basuh dan keringkan sebelum potong nipis.
3. Hiris nipis-nipis untuk lebih cepat kering.
4. Letakkan hirisan asam gelugur di dalam dulang besar dan susun jarak-jarak supaya lebih cepat kering.
5. Jemur di bawah cahaya matahari sehingga cukup kering.
6. Simpan di dalam bekas bertutup dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Kalau rumah kau orang ada pokok asam gelugur, apakata buat sendiri je. Nak buat pun mudah je. Cuma ambil masa untuk proses pengeringan tu je la.

20 comments

  1. Mak Lang akak memang suka buat asam keping sendiri...beli je buah asam gelogor tu..di hiris halus pas tu jemur

    ReplyDelete
  2. Baru baca dah kecur air liur... masam!!

    ReplyDelete
  3. Sebiji buah boleh dpt byk Asam gelugur keinginan. Puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu. kalau potong nipis² lagi banyak dapat

      Delete
  4. macam x percaya benda ni boleh DIY....baru tahu!!!! hihihi

    Jemput join chocolate giveway ni ye di https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

    ReplyDelete
  5. kalau dah ada pokoknya senang buat sendiri kan...jimat pun jimat

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  6. tak pernag buat sendiri. beli jer, RM 2 tu dah banyak dan lama tahan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau xde stok buat sendiri memang beli je kak. memang tahan lama kalau jarang pakai :)

      Delete
  7. Kalau ada sepokok asam gelugur ni,
    berlambak2 boleh buat asam keping.

    ReplyDelete
  8. Mummy suka Asam keping dr Asam jawa... Tapi mcmana rupa asam gelugoq..Maybe pernah tengok tp lupa lak rupa dia camana..ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tahu rupa asam gelugur, boleh klik link pada perkataan asam gelugur dalam artikel di atas :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.