iPhone 5s gajet impian setiap blogger

iPhone 5s GAJET IMPIAN SETIAP BLOGGER dan juga impian setiap orang di era zaman teknologi serba canggih ni. Kalau di suruh senaraikan gajet impian dah tentulah iPhone 5s mendapat tempat pertama. Semua orang tahu produk keluaran apple memang hebat dari yang lain.

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Banyak faktor yang boleh dibuktikan bahawa iPhone 5s gajet impian setiap blogger yang telah dilancarkan tahun lepas. Terdapat dalam 3 warna iaitu putih (silver), emas dan kelabu.

iPhone 5s


Kenapa iPhone 5s gajet Impian blogger?

  • Design menarik Design iPhone 5s yang elegant dan smart disaluti aluminium premium. Lebih nipis, ringan dan memiliki curve yang menarik.

Blogger berkata :
Sangat cool kalau memiliki iPhone 5s ni. Warna nampak high class dan sesuai di gayakan dan dimiliki oleh blogger lelaki ataupun perempuan. Lagi cool bila update blog guna sebelah tangan dengan gaya santai.

iPhone 5s


  • Kamera : iPhone 5s menggunakan kamera dengan dua flash LED dengan f/2.0 aperture yang memberikan kualiti gambar yang terbaik walau dalam keadaan cahaya yang kurang. Selain gambar, kualiti video juga terbaik dengan video HDR.

Blogger berkata :
Bagi menghasilkan entry yang menarik kena ada sekurang kurangnya sekeping gambar. Dan sekeping gambar tu dah semestinya adalah yang terbaik untuk menjadi santapan mata pembaca. Barulah seronok membaca dan gambar salah satu tarikan buat orang nak baca dan sentiasa singgah ke blog tu. Siang malam tak perlu risau nak snap gambar untuk buat entry sebab hasil gambar dah semestinya bagus. Tak perlu lagi bawak bekal DLSR untuk hasilkan gambar yang cantik. Susah pula tu nak transfer bagai. Snap guna iPhone 5s terus masuk dalam entry. Mudahnya nak update blog dengan gambar cantik kan?

iPhone 5s

  • Size : Size iPhone 5s sangat fleksible mudah dibawa kemana sahaja. iPhone 5s mengekalkan reka bentuk yang sama seperti iPhone 5 kerana apple menampilkan reka bentuk setiap dua tahun. Sebab tu dia nampak "mahal" seperti "keluaran terhad".

Blogger berkata :

Blogger ni jenis tak pandai nak duduk diam. Untuk sentiasa konsisten dalam berblog perlu menghasilkan entry secara konsisten dan kena sentiasa aktif mencari idea. Kalau boleh blog nak sentiasa update. Nampak itu ini mesti nak snap masuk dalam entry. So iPhone 5s kena sentiasa ada disisi. Size kecik dan mudah masuk poket memang sangat membantu. Tak perlu risau pula masuk poket sebab iPhone ni tahan lasak  disaluti aluminium yang premium

iPhone 5s

  • Kelajuan ProcessoriPhone 5s mempunyai dual core processor iaitu A7 dan M7 processor. Penggunaan cip A7  membawakan kuasa pemprosesan 2 kali lebih pantas termasuk sokongan grafik 2 kali lebih laju. Dengan  teknologi wireless LTE yang menghubungkan kepada rangkaian menjadikan lebih cepat. Ini menjadikan muat turun e-mel dan melayari laman web supaya lebih cepat. Kebanyakan muka surat dan e-mel boleh diakses hampir serta-merta. Semua pantas lah kiranya ni.

Blogger berkata :

Bila dah laju processornya memang laju lah publish. Baru semangat nak update blog dan buat entry pun cepat. Memudahkan kerja seorang blogger. Online dengan senang hati. Nak berniaga pun menjadi lebih mudah dan cepat berurusan.

  • Aplikasi iOS 7 Yang Canggih : Produk apple adalah terhad. Disebabkan itu aplikasi iOS terhad untuk apple sahaja yang mampu menyimpan data dan berfungsi dengan lancar. Tiada masalah hang yang biasa berlaku pada smartphone yang lain walaupun banyak install pelbagai application. Mempunyai Operasi sistem multitasking yang hebat dan mudah digunakan. Sumber seperti Gambar dibawah menunjukkan bahawa iPhone 5s adalah smartphone yang paling laju dalam perbandingan ujian keljauan pelayar. Ini bermaksud prestasi iPhone 5s lebih peka dan responsif bagi melayari laman sesawang. 

Blogger berkata :

Tak perlu risau nak install pelbagai aplikasi dan takde masalah hang. Lagi banyaklah media sosial yang blogger boleh gunakan. Laju pulak tu responsif dia kan. Nak melayari internet pun laju je. Performance telah pun dibuktikan.

performance iPhone 5s

  • Ketahanan bateri : Bateri iPhone 5s mempunyai kemampuan sehingga 225 jam dalam mode standby dan ia dapat bertahan 8 jam sekiranya menggunakan telefon ataupun internet.

Blogger berkata :
Salah satu faktor terpenting smartphone bagi blogger adalah ketahanan bateri yang lama. Selalunya kalau melayari internet menggunakan smartphone bateri cepat betul flat. Tak kan asyik nak charge je kan. Memang boleh bawak power bank tapi kekadang rimas juga ye ke hulur ke hilir nak membawa tu. Memang terbaik kalau bateri tahan lama.

  • Sistem Keselamatan : Fungsi sokongan pengimbas cap jari yang dipanggil TouchID yang membolehkan unlock telefon dengan hanya menyentuhnya. Sensor TouchID ini akan terbina pada butang Home apabila pengguna menyentuhnya. Fungsi ini juga membolehkan pengguna melakukan pembelian melalui iTunes tanpa perlu memasukkan kata laluan seperti biasa

Blogger berkata :
Nampak tak betapa pintar applikasi TouchID ni. Tak perlu risau data dalam iPhone 5s terjaga rapi. Hanya boleh dibuka tuan punya sahaja melalui cap jari. Memang pintar. Blogger juga perlu melindungi maklumat kan.
iPhone 5s

  • Mesra pengguna : Produk apple adalah produk hebat yang mesra pengguna. Button home yang lebih ringkas memudahkan segala kerja. Tak perlu nak bekerja dengan button back or cancel seperti jenama lain. 

Blogger berkata :
Ini tak dinafikan sebab produk apple memang berbeza dengan telefon pintar yang lain. Mudah nak guna pun. takde terkial kial nak mencari button lain kan.

iPhone 5s


  • Aplikasi terbaik : Segala aplikasi untuk produk apple adalah terhad untuk produk apple sahaja. Tak boleh di aplikasikan untuk keluaran telefon pintar yang lain.


Blogger berkata :
Selalunya orang yang memiliki produk apple ni mesti dapat aplikasi yang terbaik lebih awal dan kemudiannya baru lah jadi ikutan keluaran jenama lain membuat aplikasi yang sama yang boleh masuk dengan telefon pintar tersebut. Terasa macam first class punya layanan kan. Best kot.

Apa yang boleh Fiza buat kesimpulan iPhone 5s memang sempurna dan memilikinya adalah satu kepuasan bagi seorang blogger. Seseorang  akan sanggup buat apa saja untuk dapat iPhone 5s? Jangan hairan kalau ada yang sanggup beratur tunggu lama semata mata dapatkan keluaran iPhone ni. Nampak tak kesanggupan tu. Demi mendapatkan iPhone ni jugaklah Fiza sanggup menyahut cabaran iPhone5s melalui contest yang dianjurkan oleh denaihati. Korang juga boleh join untuk dapatkan iPhone 5s ni.

Menulis entry adalah cabaran pertama sebagai tiket untuk mendapatkan iPhone 5s ni. Kalau nak kena usaha sedaya upaya kan. Harap ada rezeki kali ni. Dapat jugak merasa memiliki iPhone 5s 16GB buat pertama kalinya. Hari tu takde rezeki nak dapat masa #SBB2014 .

Penaja Utama
http://amariman.com

Penaja Individu
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip : https://www.facebook.com/japanbudgettrip

Arwah Syuhada Baharudin (www.syuhada1981.com @ syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.

image source extracted by google




25 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam singgah blogwalking di pagi sabtu..semoga berjaya dik Fizah...

    ReplyDelete
  2. al-fatihah untuk syu...and happy anniversary to u fiza..all the best

    ReplyDelete
  3. All the best....iphone 5, siapa yang tak nak kan..memang terbaik dan cool sangat..hee ^_^

    ReplyDelete
  4. nakkkkkkk jugak ..btw gud luck yer :)

    ReplyDelete
  5. iphone 5s terbaik, teringin jgak. Gud luck yer..:)

    ReplyDelete
  6. Salam buat Azhafizah.... artikel sungguh mempersonakan. semoga berjaya....

    ReplyDelete
  7. Selamat berjaya dalam kontes iPhone 5s gajet impian setiap blogger buat semua..:)

    ReplyDelete
  8. all the best dlm contest ni ye..

    jemput singgah ke entry penyertaan saya.. :)
    http://nikkhazami.blogspot.com/2014/08/iphone-5s-gajet-impian-setiap-blogger.html

    ReplyDelete
  9. Goodluck fiza..insyallah rezeki fiza sape tahu kan :)
    mudah mudahan fiza.. :)

    shida xsempat join sbb tsalah tarikh..ingtkn 31 rupanya hari ni adeh ^_^

    ReplyDelete
  10. gud luck, fiza ^^

    baru2 ni sy tolong kwn pasang tempered glass utk iP5s, hikk...

    ReplyDelete
  11. mmg impian ni Fiza..
    apa2 pn gud luck to u :)

    ReplyDelete
  12. Semoga berjaya fiza..den pun dah poning nak bila 2nd round ni

    ReplyDelete
  13. iphone 5 s kaler pink ado gakk, tapi.........LIMITED EDITION kate mereka,,wuhooo.. mahal gilosss...kalau lasak gune, mampussss~ hehehee

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.