Oh Gigi

Thursday, August 21, 2014

Hidup seseorang takkan lengkap tanpa sakit gigi. Kalau dah sakit boleh buat stress dan rasa nak jadi hulk je kan. Dan sakit boleh sampai ke kepala tu. Pernah rasa?

Oh gigi...Beberapa bulan yang lepas pergi buat tampalan kat klinik gigi swasta tapi selepas beberapa bulan tampalan tu broken, terus jadi sakit. Bayar punyalah mahal tapi takde quality..Dua ratus lebih jugaklah habis,nak gigi eloklah kononnya malas nak tunggu since klinik swasta je pun yang bukak on weekend. Klinik kerajaan nak tunggu weekdays baru boleh pergi. Hubby pulak susah kot nak dapat cuti. 

Since selasa dapat cuti so pergi jugaklah klinik kerajaan. Risau jugak nak kena cabut gigi, dulu masa kecik je pernah sekali cabut. Now dah besar ni takut lah pulak kan. Mana taknya yang nak cabut tu gigi geraham kecil atas tu. Memang dah takde function bila dah broken better cabut dari sengsara menahan sakit.

jenis gigi
Alhamdulillah so far lepas bius dan cabut memang tak rasa sakit pun.Cuma bile nak cucuk bius 2 tempat tu memang rasa sakit sikit la. Lepas cabut darah pulak tak henti keluar, dah rasa telan air liur perisa darah pulak dah. asyik tukar kapas je la kat rumah. malam sikit baru okay darah dah mula berhenti. Cumanya sekarang terasa sakit lagi walaupun dah cabut..Mungkin amek masa untuk pulih kot. nasiblah tak demam. Harap okay je dapat habiskan puasa enam lagi 2 hari ni je lagi. Dah makan ubat tahan sakit pun tak de kesan...Dugaan =__=' Bertabahlah...


Bye bye gigi geraham kecilku yang telah berkhidmat selama ni...jasamu dikenang. Oh Gigi memang sakit kalau kamu sakit...

gigi pra molar
Notapink : gagahkan juga buat kerja even doktor kata rehat je jangan buat kerja berat ye. Mood design pun kelaut dah ni..Sorry customer.

Korang ada petua nak hilangkan sakit lepas cabut gigi?

21 comments

  1. mmg skt jgk lps cabut..denyut2 kn? amk msa utk elok mcm biasa.. rest ye

    ReplyDelete
  2. Lya tak cabut lgi gigi geraham yg tumbuh ujung2 gusi ni.

    ReplyDelete
  3. akak belum ada masalah gigi ni lagi...hu hu hu, get well soon fizah...

    ReplyDelete
  4. sakit kedua lepas sakit tahan nak beranak ialah sakit gigi..
    mmg sengsara.. dulu pernah kena.. tobat terus jaga gigi elok2 hahaha..

    ReplyDelete
  5. kdg skit smpai rasa takleh wat kerja lain..huhu

    ReplyDelete
  6. pwrnah rasa.. huhu last last cbut. gigi yg ada skng ni kna jga bebetul. nnt abis xde gigi haha

    ReplyDelete
  7. Last sakit gigi 5 6 bulan yanglepas ..pergi klinik dr cakap gigi ada lubang halus kat dalam ..tak nampak ngan mata kasar ..Tapi bila makan jer sakit ..rupanyerr dah ada lubang yg halus menapak kat dalam ..huhuhu nak tampal tak boleh kena cabut ..geraham pulak tu huhuhu..sakit gigi ni klaua kena tuhan jer la yg tahu sakitnyerr ..kalau ada yg buat lawak rasa nak bagi penamporrr je

    ReplyDelete
  8. Moga cepat sembuh ya Fiza ...Tabahkan hati tau

    ReplyDelete
  9. sy pnah jgak sakit gigi sampai rasa denyut2 kt kepala.. sampai x bole nk tido mlm tu.. tpaksa tggu pagi bru bole gi klinik utk treatment, huh...

    ReplyDelete
  10. Bru lpas cabut mggu lpas.. Smpai skg dok ngilu lagi bkas tu..

    ReplyDelete
  11. sabar fiza..shida kalo sakit gigi mmg xbt pe dah baring jer..shida gigi sensitive..bila sakit..ya allah menusuk!

    ReplyDelete
  12. Dah lama x rasa sakit gigi...harap2 x kena lg dh...

    ReplyDelete
  13. bila gigi skit memg sume xkena..smoga cpt smbuh

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.