Udang Galah kampung

Thursday, December 12, 2013

Last week balik kampung segamat masa musim banjir tu.Tapi takdelah banjir sangat...alhamdulillah.Musim banjir ni ramai pulak orang kampung memancing kat sungai tu.Kalau dah pemancing tegar dan kalau dah namanya nelayan,apa ada hal kan.Kalau balik kampung tak sah kalau mak tak masak sedap².Rasanya perut tak sempat rehat,ada je makanan mak keluarkan dan ada je makanan yang di simpan untuk anak² kalau balik.

Kadang² belum sempat hadam breakfast,mak dah suruh siap² makanan tenghari.Makan tengahari pulak kemain sedap² je.Yang memang tak dapat kat bandar.Rezeki minggu lepas balik kampung merasa jugaklah Udang Galah besar.Sekilo RM50 tu..phew~ Kalau kat bandar ni tak dapat harga murah.Mak beli dengan orang kampung.Kali ni dapat banyaklah jugak.Dapat jugak bawak bekal sekor setengah balik rumah.Muat se tupperware Ni ha.Letak dalam mangkuk pun tak muat..

Dari kecik sebenarnya dah biasa makan udang galah kampung ni.Tak selalu sangat tapi ade rezeki tu adalah.Kalau udang galah ni Fiza suka makan ketip dia tu..senang makan.Udang ni ekor dia kecik je so banyak isi tang kepala je.Ada orang tak suka makan otak udang atau tak boleh makan udang kurang cerdik katanya..Itu mitos je kot. Ke?Bila dah abis study je la Fiza di benarkan makan kepala udang ni.


Ni la seronoknya balik kampung.Makanan sedap² yang susah nak dapat kat bandar.Kalau dapat pun harganya sangat mahal.Alhamdulillah rezeki anak² mak kan..Terima kasih mak! Balik dari kampung penuh bonet kete dengan kelapa pandan lah,daun pandan lah,pisang lah..haihh kalau boleh semua mak suruh bawak balik. :)

Kalau dulu sebelum kawin bekalan kecik² je. Dah kawin ni kemain banyak bekalannya.

25 comments

  1. wahh. sedapnya udang galah. suka sgt. hihi.. menabung sini

    ReplyDelete
  2. ahoyyyyy besaq kepala sunggoh udang galah ni! weeee :D

    ReplyDelete
  3. Tadi saya baru jer makan udang, tapi udang biasa jer, bukan yg galah2.

    ReplyDelete
  4. Em,sedapnya udang galah ^_^ tapi adam tak boleh makan seafood huhuhu T^T

    ReplyDelete
  5. sedapp udang galah fiza.. sini udang galah murah2 fresh lagi..

    hari tu makan udang galah.. sekali bentan jijah ni fiza oi..berpeluh2,badan gatal2,nafas laju.. lupa jijah masih dalam pantang lagi..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Sedapnya...dah lama tak makan udangg galah.. :)

    ReplyDelete
  7. besarnye udang..
    bestnye dpt mkn udang besar2

    ReplyDelete
  8. Uishh sedapnya kak, aduhaiii . Baru cakap kat ibu kalau dapat makan udan besar ni masak sambal perghhhh. Nyum nyum. Ehh apasal banyak cerita pasal makanan ? Ekekekeke XD

    ReplyDelete
  9. sedapnya.hehe..sejak dah bergelar puan,makin banyak resipi dikongsi bersama..da boleh tukaq niche blog ni.hehe

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum dan salam singgah pagi dik..wahhh besarnya udang galah tu...akak ni peminat makan udang..

    ReplyDelete
  11. perghh.. dah mengidam ni... mknanya kena cari juga nnt... huhu

    ReplyDelete
  12. sedap nye fizaaa.. besar plak tu.. buat msk lemak pn sedap..

    ReplyDelete
  13. emm nyum2..terliur aih sebut udang galah pun...:P

    ReplyDelete
  14. besaq nya udang.. Liya tak boleh makan udang besaq2 . geli. kalo kecik2 tu makan la.. ^_^

    ReplyDelete
  15. Murah harga. IM allergic dengan udang. Hehe

    ReplyDelete
  16. udang galah sedap tapi tu lah mahal. huhu

    ReplyDelete
  17. rasanya semua mak memang mcm tu kot..hehehe.. nak kasi anaknya cukup makan.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  18. sedapnya udang. mesti banyak isi tu. fuhh.. manis je kan.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.