Resepi : Donut Gebu Sihatimerahjambu

Thursday, December 12, 2013

Inilah rupa donut yang dibuat semalam.Ni belum goreng lagi sebab nak tunjuk betapa gebunya donut I kan..hihi..second time buat donut ni dah terasa macam okay,saya dah pandai buat donut dengan jayanya.Ni yang rasa nak buat lagi dan lagi.Habislah borong yis mauripan kat kedai tu kan.No lah,semalam sebab teringin nak makan dan kebetulan ada sepeket yis.So dah ada bahan,tunggu apa lagi kan..Berperanglah kat dapur tu.

Rupanya buat donut ni mudah je.Tapi cuma amek mase sikit la.

Bahan²
500g tepung gandum
air
1 packet yis mauripan + 1 cawan air + 1 sudu besar gula (*Campur semua bahan² kacau seketika dan biarkan sehingga berbuih/kembang naik berkali ganda)
6 sudu besar minyak masak
6 sudu besar susu pekat
garam secukup rasa

Cara²
Masukkan tepung gandum dan garam,kemudian masukkan susu pekat dan gaul rata,Setelah itu masukkan yis mauripan yang dah kembang bersama air dengan gula td (*yang berbuih kembang tadi) dan gaul rata. Kemudian masukkan minyak masak dan last skali masukkan air.Gaul adunan dan uli sehingga menjadi doh,

Jangan sampai doh melekat di jari. Kalau masih melekat tambahkan tepung.Setelah di uli dalam 5 minit,Tutup doh dengan plastik dan biarkan selama 30 minit.

Biarkan doh naik dua ganda dari size asal.Then bolehlah buat doh kecil² dan bentukkan menjadi donut. Nak dapatkan bentuk yang cantik,ratakan doh dan tekapkan dengan cawan.Dapat bentuk bulat yang cantik dan buatkan lubang di tengah.Tak nak lubang pun takpe,macam big apple kan.Tak nak bagi doh melekat kat dulang,boleh taburkan tepung.

Dah siap membentuk,bolehlah goreng dengan api yang perlahan ye.Jangan sampai hangus pulak sebab donut ni mudah hangus base on experience..hihihi..okay selamat mencuba resepi mudah ni request dari kawan.So alang² dah mintak share je la. Fiza google dan ikut cara sendiri je la.

Nak sedapkan donut cara tradisional boleh blend gula kasar dan tabukan atas donut.Nak cara moden,celupkan donut dengan coklat atau sukakan yang spicy boleh sira dengan sambal.Pilih mana yang berkenan dan buat sendiri :p

10 comments

  1. emmm donut2..hehe suka2...baru je cerita pasal donut..hehe:D

    ReplyDelete
  2. wah dah expert wat donut...letak planta lagi best kot dr ltak minyak masak...:)

    ReplyDelete
  3. alala gebunyee...makan dgn penuh kasih syg laa gini ;)

    ReplyDelete
  4. wah besnye donut die
    salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni ye

    ReplyDelete
  5. hari ni sy buat roti bkar... lbih kurg aje cara nk buat donut..,

    ReplyDelete
  6. Wah,nampak best je donut tu akak. Dah la tengah mengidam donut ni huhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.