About Me

Pengenalan Penulis
Nama sebenar Azhafizah , Pemilik Blog Sihatimerahjambu [www.azhafizah.com] seorang surirumah merangkap blogger sepenuh masa dan juga sebagai pereka grafik separuh masa. Mula menulis blog sihatimerahjambu sejak dari tahun 2009 dan mula aktif menulis pada tahun 2011 selepas tamat belajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Dalam jurusan elektrik/elekronik di Universiti Teknologi Mara (UiTM Shah Alam). 

Nama Blog Sihatimerahjambu
Sangat suka dengan warna merah jambu dan disebabkan itu blog ini diberi nama dengan blog sihatimerahjambu. Walaupun lebih di kenali dengan blog sihatimerahjambu tapi lebih selesa di panggil Fiza. Suka berkongsi tentang kisah peribadi dan juga gaya hidup yang bermanfaat untuk dikongsikan. Ada kalanya suka berkongsi resepi masakan, hasil kerja seni, tips kecantikan, tutorial blog dan tak lupa juga dekorasi rumah.

Kenali Blog Sihatimerahjambu
Blog Sihatimerahjambu telah di kenali di kalangan blogger sejak dari tahun 2009 dan kini networking blog sihatimerahjambu semakin meluas. Disebabkan blog sihatimerahjambu yang telah lama wujud, beberapa syarikat dalam dan luar negara yakin untuk bekerjasama dalam mengiklankan produk mereka. Jika anda mempunyai produk untuk di iklankan di sini, sila email : azhafizahmdnor@gmail.com atau boleh hubungi di mana-mana media sosial yang terdapat dalam blog ini.

Penulis mengharapkan segala apa yang dikongsikan dapat memberikan manfaat kepada pembaca selain menjalinkan hubungan silaturahim yang baik sesama manusia.





Post Comment
Post a Comment

Komen yang baik-baik dan jaga adab sebagai komentator. Terima kasih.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature