Resipi Telur Dadar kucai Paling Mudah Bila Mood Malas Masak

Thursday, October 22, 2020

Sumpah rasa malas ya amat hari ni. Kepenatan tak tahu kenapa. Mungkin disebabkan mental terlalu penat. Ye, otak ligat berfikir macam-macam kerja kena buat. 

Kerja memerlukan berfikir ni lebih penat sebenarnya berbanding menggunakan kerja menggunakan fizikal. 

At least menggunakan fizikal lebih sihat jugalah keluarkan peluh dan seluruh anggota bergerak. Gunakan akal fikiran yang melibatkan mental ni boleh stress dibuatnya. Kan?

Hari ni husband off day, jadinya tak perlu bersusah payah cepat cepat siapkan sarapan dan bekal. Santai santai je pagi ni tapi minta husband belikan nasi lemak bungkus je lah sebab rasa macam tak ada kudrat nak memasak pagi ni.

Husband beli 4 bungkus sekali. 2 bungkus untuk sarapan, 2 bungkus lagi untuk lunch nanti. Senang tak perlu masak dengan mood malas ni. Dapat juga rehat masak sarapan dan lunch hari ni. 

So tengahari tadi untuk digandingkan dengan nasi lemak bungkus tu, buatlah telur dadar kucai. Konon letak kucai tu macam rajin sikit lah. Orang korea suka tambah kucai dalam telur dadar. Memang sedap rasanya. 

Ada lebihan sayur kucai tu bawa bawa lah campur dalam telur dadar, salah satu resepi menggunakan kucai.

Resipi Telur Dadar kucai Paling Mudah

Resipi Telur Kucai

Telur, garam secubit, kucai, cili api dan bawang holland. Kucai, cili api dan bawang holland potong dan hiris ikut suka. Campurkan dalam bekas telur dan garam. Kacau rata semuanya.

Panaskan minyak dan curahkan semua adunan telur dengan segala rencah. Taknak bagi telur dadar tu koyak bila terbalikkan, tunggu permukaan bawah tu masak betul-betul. Kemudian baru terbalikkan okay.

Dulu failed gila buat telur dadar ni. Sama macam goreng ikan, hancur ikan kalau belum masak lagi kita dah terbalikkan. Sekarang ni dah pandai lah sikit sikit. Cantik lah sikit kejadian dia.

Tema gambar lain sikit. Biasa dark mode je. Walaupun mendung, gigih juga nak shoot gambar resipi telur kucai ni. Kelam pun kelam lah. Janji nampak hasil telur dadar kucai yang sedap tu sebagai lauk tambah penambah selera.

Malam ni tengah berfikir nak makan apa pulak.. fenin fenin



34 comments

  1. Letak kucai letak jugak udang buang kulitnya..sedap...lagi satu kan akak suka makan telur dadar letak oyster fresh.....perghhhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak udang lagi sedap ye kak. Okay baik nanti nak cuba jugalah. oyster tu payah pulak nak mencari. huhu

      Delete
  2. telur dadar ini selalu jadi lauk penyelamat semasa malas atau untuk tambah2 lauk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Lauk tambahan kalau lauk tak cukup makan ramai ramai tu kan.

      Delete
  3. hari² mkn telor dadar pun boleh... mkn dgn nasik kicap jer pun onnn.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Onzzz sangat kak! Senang kerja masak. Takpayah susah fikir.

      Delete
  4. Kalau tengok orang lain masak, telur dadar pun nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kann kadang rasa orang lain masak lagi menyelerakan. Tukar selera apa salahnya 😉

      Delete
  5. jarang sy bli daun kucai sbb x tau nk buat apa selain kuih teaw n cekodok 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu letak dalam telur dadar ni. dahlah kucai tu selalu dijual secekak banyak. nak masak kuew teow dengan cekodok sikit je pun kan. Boleh juga letak dalam popiah.

      Delete
  6. Menarik fiza! mesti kena cuba telur dadar buh kucai.

    ReplyDelete
  7. uish nampak sedap. tak pernah try lg letak daun kucai. boleh try nnt. Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Extra sedap tambah daun kucai ni. Kalau sejenis suka daun kucai.

      Delete
  8. sedap ni, selalu akak letak daun bawang, lepas ni boleh try letak kucai :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak daun bawang pun sedap kak. Ala ala kucai juga tu

      Delete
  9. best ni x sedar dah makan sayur gak hhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa tak suka sayur mungkin boleh cuba belajar makan sayur dengan cara macam ni kan

      Delete
  10. Setuju sangat bab kerja kalau banyak gunakan mental memamg tekanan habis! Boleh terbawa-bawa dalam mimpi, dan tidur pun tak berkualiti. Lebih baik penat bekerja secara fizikal, bila penat tidur pun kena. Telur dadar tu tetap sedap Fiza. Dah ada kucai, bawang, cili, masuk kuali terbit aroma bawang pun dah rasa sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak amie. letih rasanya terbawa bawa. Banyak rencah tu bertambah sedap tu kak daripada dibiarkan kosong. :)

      Delete
  11. Telur dadar dengan kucai memang sedap! Sebelum ni masa banyak tanam kucai dekat luar selalu buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi sedap tu masak guna kucai tanam sendiri. fresh!

      Delete
  12. Resepi mudah ni. Boleh la ena buat ntk lunch

    ReplyDelete
  13. Betul tu, Fiza. Penat mental lebih melelahkan berbanding penat fizikal. Kadang-kadang tu otak rasa berlapis-lapis sebab banyak benda nak kena selesaikan. Don’t forget to take a break from time to time ya.

    Telur kucai itu sungguh menggoda!

    ReplyDelete
  14. Wah.. best ini.. Sesekali tukar menu macam nie, menarik juga.. Kuning dan hijau..

    ReplyDelete
  15. Saya pun failed masak telur dadar..hahaa.jenis tak penyabor..salunjadi telur hancus terus. Huhu...

    ReplyDelete
  16. Ada tanam daun kucai tapi jarang guna untuk telur dadar. Malas hendak keluar gunting. Hehe.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.