Kerja memasak ni boleh jadi lambat masak disebabkan menunggu barang dapur/bahan-bahan basah beku macam daging, ayam dan ikan cair selepas keluarkan dari dalam peti ais. Betul tak? Tak semena-mena boleh jadi timbul sifat kemalasan sebab malas nak menunggu.

Kalau boleh nak kerja masak tu jadi senang, barulah rajin nak memasak kat dapur tu. Ini tidak, sejam sebelum masak kena siap-siap defrost dulu. Sempat lah buat kerja apa yang patut dulu. 
Defrost/thawing/nyahbeku
Nak masak udang atau sotong tak perlu nak defrost beria sebab dua dua tu mudah dan cepat defrost. 

3 Cara defrost yang biasa lakukan di rumah

1. Biarkan tanpa letak air.

Keluarkan bahan mentah basah dari dalam peti ais. Letak kat sinki dan biarkan je sampai cair. Effortless method lah orang kata. Cara nyahbeku ayam paling mudah. Berapa lama defrost ayam dengan cara begini lebih kurang dalam 1 jam lebih.

2. Rendam dalam air

Keluarkan bahan mentah, buka penutup bekas dan masukkan air dan biarkan terendam. Tukarkan air rendaman selepas 30 minit. Cara defrost rendam air ambil masa kurang lebih 1 jam. 

3. Microwave

Keluarkan bahan mentah basah, buka penutup bekas dan masukkan dalam microwave. Pilih menu defrost dan defrost selama 5-10 minit. 

Cara defrost ayam beku microwave, cara yang biasa Fiza buatlah kalau nak masak ayam. Stok daging memang tak ada kat rumah sebab bukan pemakan daging sangat. Makan daging bila raya atau kenduri je. Bukan pilihan utama di rumah.

Cara defrost daging guna noxxa tu boleh digunakan jika kat rumah kau orang ada periuk mahal noxxa tu. Cara cepat defrost ikan pun boleh gunakan kaedah menggunakan microwave juga. Tak ambil masa lama.

Nak masak santai-santai tak rushing tu boleh lah guna kaedah biarkan saja dalam sinki dengan bekas-bekas tu tanpa letak air. Atau letakkan air dalam bekas dan biarkan terendam.

Bila nak cepat masak, malas nak menunggu boleh gunakan microwave je terus. Cara cepat defrost ayam!. Tapi yang tak syoknya bila microwave berbau tu. Nak tak nak kena rajin membersih baru terjaga kebersihan dan tak bercampur bau.

Cara defrost daging, ayam dan ikan cepat dan mudah.

Sekarang dah ada cara baru untuk defrost bahan mentah basah dengan mudah dan jimat tanpa tenaga elektrik pun. Bukan baru, rasanya lama dah. Cuma baru pada Fiza sebab baru nak mencuba gunakan teknologi. 

Sesekali kita kena seiring dengan zaman teknologi ni. Asyik tertinggal keretapi je kan. Up to date lah sikit kononnya. Sebab apa baru terjebak? Sebab benda ni bila dah lama sikit dia akan jadi murah. Masa murah ni lah baru berbaloi beli. 

Bagus tak membeli cara Fiza ni. Tapi kemunduran sikitlah. Orang dah mencuba kita baru hegeh-hegeh nak mencuba.

Jadi, macamana cara yang mudah tu? 

cara-defrost-daging-ayam-dan-ikan-cepat

Ini dia dipanggil defrost tray/ defrost board/ thawing board/thawing tray. Gajet terbaru dan paling best untuk mak-mak di dapur. Tak payah rendam air dah!

Rupa dia macam papan pemotong. Tapi bukan dia! Jangan sesekali dibuat papan pemotong sebab tray ni diperbuat daripada aluminium. Tercalar atau rosak akan mengakibatkan tray ni kurang berfungsi dengan baik atau tidak selamat digunakan.

Defrost ni bukan sejenis pakai buang. Boleh digunakan berkali kali sebab boleh dicuci macam cuci pinggan. Kena cuci gunakan span lembut je untuk elakkan tray tercalar atau rosak.

Berapa lama defrost menggunakan defrost express tray

Setakat ni Fiza baru gunakan untuk ikan dan ayam. Untuk ikan tu lebih kurang dari setengah jam. Ayam pula dalam 30 minit macam tu lah. Masa tu dapat dikurangkan lagilah kalau guna kaedah biasa.

Cara Defrost Daging, Ayam Dan Ikan Cepat Dan Mudah

Memang guna mircowave lagi cepat. Tapi kaedah guna defrost ni lagi energy saving dan mesra alam orang kata. Lagipun tak semua rumah ada microwave. Jadi bolehlah gunakan kaedah defrost tray untuk defrost daging, ikan, ayam dan sewaktu dengannya.

Sebab harga dia mampu beli!


Harga Defrost Tray

Harga defrost ni boleh kira mampu milik semua orang. Bermacam-macam harga ada kat shopee tu. Boleh survey ikut bajet yang kau orang ada. Harga juga mengikut jenis saiz defrost tray juga. Yang Fiza beli RM17.70, saiz M (29x20.5x0.2cm)

Berbaloi lah juga melabur membeli defrost tray ni. Sangat-sangat membantu sebenarnya walaupun dia bukan sepantas seminit dua. Janji berkesan dan masa defrost tu dapat dikurangkan.

Cara guna defrost tray

Cara guna dia sangat mudah. Keluarkan barang bahan mentah dan letakkan atas tray. Bila dah terlerai sikit, susun bagi bahan tu terkena semua pada tray. Biarkan sampai sedia untuk dimasak. Pastikan ditutup untuk elakkan lalat bertelur.

Cara defrost ayam yang betul

Tahu tak yang kalau kita defrost dengan cara yang salah akan membuatkan kuman dan bakteria membiak bila bahan tersebut dibiarkan terdedah selepas dikeluarkan dari dalam peti ais.

Bila bakteria dah mula membiak akan menyebabkan keracunan makanan pula. 

Cara yang betul boleh digunapakai boleh ikut cara-cara :
  • Letakkan di bahagian bawah peti sejuk (alihkan dari tempat sejukbeku ke bahagian sejuk biasa)
  • Rendam dalam air yang bersih
  • Guna fungsi defrost jika gunakan microwave
  • Guna periuk tekanan tinggi


Cara defrost yang salah

  • Letak diluar seharian
  • Rendam dalam air panas
  • Gunakan slow cooker
Sumber : Public Health Malaysia

Begitulah ceritanya. Boleh lah mula survey kat shopee sekarang. Mungkin ada yang kata macam tak okay. Tapi pada Fiza so far okay lah membantu juga. Lebih cepat sikit dari kaedah biasa dan jimat penggunakan elektrik juga bila mana tak perlu gunakan microwave dah.

Kau orang masukkan je keyword defrost tray, gerenti jumpa. Better cari yang local seller lah cepat sikit dapat compare dengan oversea memang ada yang murah sikit. Tapi buat masa sekarang, masa itu emas. Tak kuasa nak tunggu lama. 

Kalau jenis tak kisah tunggu lama dan nak murah, boleh beli dari seller oversea. Faham ada yang memang nak berjimat. Ikut cara masing-masing okay.


Jom ngopi! Jom ngeteh! Orang kampung dulu-dulu kalau mengajak minum kopi macam tu lah sebutannya. Orang kampung dan lepak di kopi dah sebati dalam jiwa dah. Sambil main dam haji yang berapa kali turun naik haji.

Di segamat ada cafe yang dinamakan Ngeteh Port. Selalu jugalah lepak situ kalau balik kampung. Tapi tak pernah lah mengopi kat situ. Jadi tak tahu lah style kopi dia macam mana. Nama je ngeteh port tapi ada banyak menu. Menu western dia terbaik sedap! 

Kopi Ala Kopitiam yang dimaksudkan adalah lebih kurang macam Kopi Manshor yang popular tu. Kopi yang dihidangkan dalam cawan kedai kopi bercorak dan ala ala vintage macam tu. Tapi kopi Manshor tu bukan rasa kopi. Lebih kepada rasa koko coklat macam tu. Itu je lah sekali pernah rasa.

Kopitiam Meaning...

Kopitiam atau kopi tiam adalah kedai kopi dan sarapan tradisional yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Perkataan "kopitiam" merupakan gabungan perkataan "kopi" dari bahasa Melayu dengan perkataan bahasa Hokkien bagi kedai (店; POJ: tiàm). 

Dalam erti kata lain, "kopitiam" bermaksud "kedai kopi". Sajian kopitiam biasanya terdiri daripada satu tawaran yang ringkas: beraneka pilihan makanan yang mengandungi telur, roti bakar dan kaya, serta minuman seperti kopi, teh, Milo dan Horlicks.


kopi-ala-kopitiam-kedai-kopi


Sedap tahu kalau mengopi ala kopitiam ni. Teringat pula teh tarik dan roti bun majerin kaya masa minum pagi di Kluang Rail Coffee masa ke Kluang dulu. Dia punya roti bun majerin kaya tu sedap amat sampai menapau sekali lagi sebelum balik rumah.

Best mengopi ala kedai kopi kan.

Cawan Ala Kopitiam

Kat rumah mak ada juga cawan ala kopitiam. Kita pun nak juga gigih lah mencari dalam shopee. Ramai rupanya orang jual cawan ala kopitiam ni. 

Cantik-cantik dan cantik juga harganya. Mostly banyak yang jual loose, set sepasang macam tu. One set pun ada juga tak banyak lah. Kena pandai survey jenis, harga dan juga kena baca review juga.

Cawan Kopitiam Murah Tapi...

Fiza beli one set ada 6pcs dengan harga RM40. Berjaya cari yang murah. Tapi sayangnya corak dia samar-samar dan ada yang terkerat coraknya. Adakah itu dikatakan selari dengan harga?

Nasib baik ada yang okay juga coraknya. Bolehlah dijadikan props juga selain guna untuk kegunaan harian. Motif utama membeli sebab nak buat props. 

Jadi, kena cari corak vintage yang cantik. Samar samar tu memang macam vintage juga tapi corak tu nak juga nampak clear sikit.

Bila beli online inilah risiko dia. tak boleh nak membelek yang mana okay. Reda je apa yang dapat. Haritu masa balik segamat masuk pasaraya Cowboy, terperasan ada cawan kopitiam ni. 

Balik nanti macam kena pergi semula ni. Bolehlah membelek cari mana yang okay. Sekarang ni suka mencari barang barang lama vintage, rustic, legend, oldschool dan sewaktu dengannya.

Ada barang lama tak guna tu bolehlah jual kat Fiza. Jual harga murah murah boleh lah. Mahal mahal takmo beli, bagitau sesiap. Kalau nak sedekah pun boleh. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan...


Kejap je dah hari sabtu. Sekarang tak boleh kemana-mana bila hujung minggu tiba. Tiada lagi keterujaan bila hujung minggu. Duduk je lah diam-diam kat rumah kalau tak ada urusan penting.

Zaman kanak-kanak dulu, balik sekolah hari jumaat tu dah riang ria dah sebab esok cuti. Kemain seronok sebab boleh berlamaan main tak perlu fikir kerja sekolah semua tu.

Teringat zaman kanak-kanak ni, mengingatkan juga biskut butang warna warni yang menarik. Asal warna warni ni memang budak-budak sukalah.

Biskut Butang

Biskut butang dikenali juga dengan nama biskut aiskrim, biskut gula icing dan biskut warna warni. Ada nama panggilan yang lain lagi tak?

Bahagian bawah dia biskut berbentuk sedikit lonjong. Topping atas tu gula icing keras yang pelbagai warna. Ada warna pink, putih, kuning dan hijau. Suka betul makan yang gula atas tu. 

Suka juga makan biskut butang kosong je. Dua dua pun suka. Jadinya dalam bekas tu tak ada lah tinggal biskut je.

Sebetulnya memang kena makan sekali ngap macam tu. Barulah boleh balance kan rasa gula yang manis tu dengan biskut. Tapi iyelah dulu budak-budak, makan manis manis je tahu. 

Biskut Butang
Biskut butang, dapat dari doorgift majlis kahwin
 

Siapa suka makan biskut butang warna warni ni, angkat tangan! Dulu suka lah sekarang biasa biasa je. Perasan tak kalau jajan lama-lama ni rasa dia pun dah berubah walaupun pek lama tapi rasa authentic zaman dulu tu dah tak ada. 

Amboii macam hebat betul boleh ingat rasa yang zaman dulu tu. Yakinnya kamu!

Yelah perubahan zaman kan. Mestilah rasa dia tak kekal sama. Pasti ada perubahan rasa tu. Yang sekarang ni topping gula tu macam so so je manis dia. Sedang sedang aja. Tak manis sangat. Mungkin dapat yang kurang manis atau rasa dia memang tak manis dah. Entahlah...

Sekarang dah tak susah nak jumpa biskut butang ni. Ada orang dah pandai buat biskut butang guna acuan biskut butang. Tapi bentuk biskut dia lain sikit lah. Ada juga yang buat biskut butang coklat rice. Boleh pelbagaikan ikut suka. Boleh juga dijadikan biskut raya.

Cara buat biskut butang : Resepi Biskut Butang

Bahan-bahan
250gm tepung gandum
60gm tepung jagung
20gm serbuk koko
300gm mentega
100gm gula aising
200gm coklat butang berwarna warni
2 sudu makan susu segar

Cara Penyediaan
1. Pukul mentega bersama gula aising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan campuran tepung gandum dan jagung berselang seli dengan susu segar. Adun sehingga sebati.
3. Setelah itu masukkan adunan ke dalam beg paiping.
4. Paip adunan menggunakan muncung (nozzle) paiping berbentuk bintang di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis.
5. Seterusnya tekankan coklat butang berwarna warni di atasnya.
6. Akhir sekali, bakar pada suhu 160ºC selama 18 minit.

Kredit resipi : Resepiana.com

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 3 | Hujan lebat, operasi mencari Esya dan Adib yang hilang masa nightwalk malam tadi terhenti disebabkan hujan turun dengan lebat. Laporan polis sudah pun dibuat. Mereka semua menanti esok paginya untuk meneruskan pencarian Esya dan Adib.

Gara-gara kenakalan Adib mengusik menyamar jadi hantu, sudahnya Esya dan Adib ketinggalan  dari kumpulan dan sesat. Mereka tak dapat keluar disebabkan hujan lebat diluar. Terpaksalah mereka bermalam di dalam gua.

Masa ini lah Adib gunakan masa untuk mendekati Esya. Adib mula berkongsi cerita tentang hobi photography yang diminatinya. Cerita kenakalan zaman sekolah Adib memang kelakar. Memang nakal betul Adib suka pedajalkan orang.

Apa lagi yang dibualkan Adib dan Esya ni, kenalah sambung tengok Episod 3. 

Tonton Online Lelaki Lingkungan Cinta Episod 3

Tonton Online Drama Lelaki Lingkungan Cinta

SENARAI PELAKON DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Naim Daniel sebagai Adib
Shasha Abedul sebagai Esya
Ismail Izzani sebagai Zambri
Shalma Eliana sebagai Salina
Cik B sebagai Maria
Imran Aqil sebagai Hardy
Aniq Suhair sebagai Arep
Aresya Rania sebagai Esya

PELAKON TAMBAHAN : Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Izzrin Irfan, Asha Merican, Aisar Khaled, Chemat Raja Lawak, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff

Slot Lestary TV3, Pukul 9 malam setiap hari rabu hingga jumaat.
Bila baca menu sambal petai tu pun dah boleh buat kecur air liur dah. Betul tak kawan-kawan yang suka makan petai sekalian. Sejenis Fiza ni boleh makan petai bila petai tu dimasak sahaja. 

Contohnya buat sambal petai, sambal udang petai, ikan bakar petai cuma nasi goreng petai tu je tak berapa suka. Petai kalau dimakan ulam mentah begitu je memang tak berani nak makan. Rasa petai dia terlalu kuat.

Petai

Nama saintifik bagi petai adalah parkia speciosa. Sejenis ulam yang popular di Malaysia dan digemari oleh pencinta ulam. Pokok petai tumbuh di serata Asia Tenggara dan tinggi pokoknya boleh mencecah 30m tingginya.

Di Malaysia kita panggil petai dan di Indonesia di sebut pete/petah dan juga petai sama macam di Malaysia.

Petai in english : stinky beans/garlic bean/petai bean/twsites cluster bean/
Petai in tagalog : petai kupang. 
Petai in tamil : yongchak 
petai in chinese : Chou dou/cong dou/
Petai in Thai : pa-tao/ kato/sato/sator/sataw
Petai in Javanese : petai gede/segobang

Dulu, petai hanya digemari dan dinikmati oleh orang kampung. Tapi zaman sekarang orang bandar pun dah mula suka ulam petai. Selera masing-masing kan.

Sayur petai bukan sekadar dinikmati sebagai ulam ulaman, boleh dijerukkan dan dibuat lauk makanan harian. Paling popular sambal petai lah kan. Sambal petai, lauk tradisional yang membuatkan lebih tambah selera makan.

Kalau ada depan mata mampu memusnahkan diet, tak mampu nak tolak weiii..

Sambal petai ikan bilis rangup, sambal petai ikan bilis cili api, sambal petai ikan bilis tempoyak, sambal hijau ikan bilis petai, itu antara menu-menu sambal petai yang biasa dijadikan lauk harian. 

Lauk tradisional macam ni nampak je murah tapi bila dah masuk hotel mampu jadi lauk mahal.

Sepapan petai biasanya dijual dalam 5 papan seikat macam tu. Harga standard RM5. Kiranya sepapan RM1 lah kan. Haritu dah guna sepapan buat masak sambal udang yang tersalah masuk kaya tu kononnya pes asam jawa (sama tapi tak serupa).

Tinggal lagi 4 papan, 2 papan guna untuk buat sambal petai ikan bilis belimbing buluh. Belimbing buluh dari kampung simpan letak dalam peti ais sejuk beku. Memang tahan lama. Lagi sedap letak belimbing buluh berbanding asam keping.

Tinggal 2 papan lagi boleh masak apa yang patut. Guna sikit sikit sudah bagi penyedap rasa. Lagipun bukan peminat tegar petai kena letak banyak-banyak.

Resipi Sambal Petai Ikan Bilis Belimbing Buluh

Sap sap sui siap sambal petai ikan bilis belimbing buluh. Menu ringkas, mudah dan menyelerakan. Semestinya!

Resipi Sambal Petai Ikan Bilis Belimbing Buluh

1 biji bawang besar (Separuh blend, separuh hiris)
Cili api kampung (sukat ikut tahap kepedasan masing-masing)
ikan bilis segenggam 
3 biji belimbing buluh
garam hujung hujung sudu je sudah
air sikit
minyak untuk menumis

Cara Masak 

Blend kasar bawang merah, cili api dan ikan bilis. Panaskan minyak dan tumiskan sampai garing. Dah garing tu letak air, garam dan belimbing buluh. Kacau rata dan tunggu air kering sikit. Siap!

Macam tu je lah cara Fiza, garam tu letak sikit je bagi tambah rasa. Lagipun ikan bilis tu dah ada rasa juga kan. Suka buat garing-garing baru sedap makan. 

Kenapa bau petai busuk

Dalam biji petai terkandung asid amino yang ada unsur sulfur. Jadi, asid amino ni lah yang membuatkan biji petai menghasilkan bau busuk yang kuat dan menyengat.

Jadi, petai side effects nya adalah nafas dan air kencing berbau. Berak apatah lagi bau nya kan! Sebab bau jugalah ramai yang tak sukakan petai. Kalau petai tak berbau, mesti ramai yang suka makan petai. Sedap rangup-rangup.

Dah makan petai tu bawa bawa ler gosok gigi, kumur dengan listerine bagi hilang bau. At least bila bercakap, menguap tu bau mulut dan nafas tak menggangu orang sebelah. Yang nak pergi check up buat urine test ke apa, elakkan lah juga makan petai. 

Bekas kaya dan bekas pes asam jawa, sekali imbas memang tak ada beza. Warna bekas putih dan penutup lebih kurang serupa. Cuma bekas kaya tu kecil sedikit berbanding bekas pes asam jawa. Warna label coklat dan oren tak jauh beza sangat.

Kalau sekali pandang tak baca label memang tersalah ambil. Itu yang terjadi pada Fiza beberapa hari lepas nak masak sambal udang petai. Menu tu tak sempat nak shoot sebab dah lapar sangat.

Kaya dan Pes Asam Jawa


Dua dua bekas tu ngam ngam simpan bersebelahan elok berdua dalam peti ais. Dengan penuh yakinnya, Fiza nak ambil pes asam jawa tak tengok label. Selepas masukkan setengah sudu dalam kuali, then letak lah semula dalam peti ais. 

Tiba tiba rasa macam nak terjojol biji mata tengok bekas pes asam jawa masih lagi duduk elok dalam peti ais. What??? Dalam kepala terus terfikir " Abis tu yang masukkan tadi tu apa?" Bukan pes asam jawa lah maknanya.

Lahh tersilap ambil, kaya rupanya! Aduh nak tergelak pun ada disebabkan kecuaian sendiri yang terlalu yakinnya kamu itu. Kalau pes tu boleh gelak, mesti dia pun dah kaw kaw gelakkan Fiza.

Mujur lah kaya ada rasa manis dan lemak santan. Tak payah dah tambah gula dah. Lepas tambah pes asam jawa dan bila sambal dah siap, tak ada rasa pelik pun. Sedap cam biasa. Fuhhh lega..

Tersilap masuk kaya okay lagi. Jangan pes asam jawa tersilap sapu kat roti pulak. Haru kalau termakan. Masam nak mam....

Pssttt lainkali jangan confident sangat Fiza oii.. ini lah dia bila dalam kepala tu banyak nau pikir. Hampir terjadi juga pencuci muka nak dijadikan ubat gigi. Banyak benda yang lebih kurang sama buatkan kita hampir tersilap kan. 

Mesti kau orang pun pernah ada pengalaman tersilap macam ni kan. Itu biasa... 

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 2 | Scene dalam khemah Esya dengan Maria.

Rieta : Sebenarnya aku tahu Adib yang buat!
Maria : Macamana kau tahu adib yang buat?

Rieta pun menceritakan semula bahawasanya yang adib menyuruh dia mengambil barang mandian Esya. Jangan risau, I tak akan buat benda yang pelik-pelik, nanti I pulangkan balik. kata Adib.

Okay, jawab Rieta ringkas.

One more thing, Pinjam handphone kejap. Adib masukkan no handphone Arep dalam handphone Rieta sebagai upah membantu dia dapatkan barang yang diminta tu. Dia tahu yang Rieta sukakan Arep. Arep pun sukakan Riet sebenarnya.

Kesian Esya, Adib kenakan dia dengan meletakkan katak, cicak, lipas, lipan, cacing dan segala serangga yang menggelikan dalam beg bekas barang mandi Esya.

Mendengar cerita tu, Esya terus menjerit, Adib!!!!!

Tonton Online Lelaki Lingkungan Cinta Episod 2

Tonton Online Drama Lelaki Lingkungan Cinta

SENARAI PELAKON DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Naim Daniel sebagai Adib
Shasha Abedul sebagai Esya
Ismail Izzani sebagai Zambri
Shalma Eliana sebagai Salina
Cik B sebagai Maria
Imran Aqil sebagai Hardy
Aniq Suhair sebagai Arep
Aresya Rania sebagai Esya

PELAKON TAMBAHAN : Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Izzrin Irfan, Asha Merican, Aisar Khaled, Chemat Raja Lawak, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff

Slot Lestary TV3, Pukul 9 malam setiap hari rabu hingga jumaat.
Sumpah rasa malas ya amat hari ni. Kepenatan tak tahu kenapa. Mungkin disebabkan mental terlalu penat. Ye, otak ligat berfikir macam-macam kerja kena buat. 

Kerja memerlukan berfikir ni lebih penat sebenarnya berbanding menggunakan kerja menggunakan fizikal. 

At least menggunakan fizikal lebih sihat jugalah keluarkan peluh dan seluruh anggota bergerak. Gunakan akal fikiran yang melibatkan mental ni boleh stress dibuatnya. Kan?

Hari ni husband off day, jadinya tak perlu bersusah payah cepat cepat siapkan sarapan dan bekal. Santai santai je pagi ni tapi minta husband belikan nasi lemak bungkus je lah sebab rasa macam tak ada kudrat nak memasak pagi ni.

Husband beli 4 bungkus sekali. 2 bungkus untuk sarapan, 2 bungkus lagi untuk lunch nanti. Senang tak perlu masak dengan mood malas ni. Dapat juga rehat masak sarapan dan lunch hari ni. 

So tengahari tadi untuk digandingkan dengan nasi lemak bungkus tu, buatlah telur dadar kucai. Konon letak kucai tu macam rajin sikit lah. Orang korea suka tambah kucai dalam telur dadar. Memang sedap rasanya. 

Ada lebihan sayur kucai tu bawa bawa lah campur dalam telur dadar, salah satu resepi menggunakan kucai.

Resipi Telur Dadar kucai Paling Mudah

Resipi Telur Kucai

Telur, garam secubit, kucai, cili api dan bawang holland. Kucai, cili api dan bawang holland potong dan hiris ikut suka. Campurkan dalam bekas telur dan garam. Kacau rata semuanya.

Panaskan minyak dan curahkan semua adunan telur dengan segala rencah. Taknak bagi telur dadar tu koyak bila terbalikkan, tunggu permukaan bawah tu masak betul-betul. Kemudian baru terbalikkan okay.

Dulu failed gila buat telur dadar ni. Sama macam goreng ikan, hancur ikan kalau belum masak lagi kita dah terbalikkan. Sekarang ni dah pandai lah sikit sikit. Cantik lah sikit kejadian dia.

Tema gambar lain sikit. Biasa dark mode je. Walaupun mendung, gigih juga nak shoot gambar resipi telur kucai ni. Kelam pun kelam lah. Janji nampak hasil telur dadar kucai yang sedap tu sebagai lauk tambah penambah selera.

Malam ni tengah berfikir nak makan apa pulak.. fenin fenin


Tahu tak cobek dan ulek? Kalau tahu bagus, 10 markah! Punyalah lama membodek mak kat kampung sampai mak pun dah naik fed up dengan pertanyaan anak bongsu dia yang sorang ni ha. Sudahnya mak cakap, ambillah.

Lama dah perasan cobek dan ulek batu kat longgokan barang tak pakai kat belakang luar rumah. Dari tak berguna baik bawa balik, gunakan untuk buat props. Nak guna buat sambal gesek permukaan batu dia tak berapa nak licin dah.

Tak best pula nak mengesek bahan-bahan tu nanti. Sebab tu lah dibiarkan sendiri kat luar belakang rumah tu ha. Kesian dia. 

Cobek dan Ulek Batu

Dah basuh siap-siap bungkus haritu, gigih lah bawa balik. Mujur saiz tak besar dan tak berat sangat. kalau batu giling tu memang tak lah nak bawa balik. Batu giling pun ada tapi dia punya penggiling tu entah kemana tak tahu lah.

Cobek dan Ulek

Cobek dan ulek adalah sepasang alatan sejak zaman purbakala untuk menggesek, mengulek dan melumatkan bahan-bahan masakan dapur, rempah ratus, jamu atau ubat-ubatan. Ulek juga dikenali dengan ulekan.

Cobek adalah mangkuk alas untuk mengulek. Ulek pula alatan tangan berbentuk memanjang yang digenggam untuk mengulek bahan.

Cobek dan ulek biasanya diperbuat daripada batu, kayu keras, seramik, tanah liat ataupun logam. Setakat ini baru pernah nampak cobek dan ulek batu, kayu dan seramik je. Jenis logam tak pernah nampak lagi. 

Walaupun cobek dan ulekan dah lama digunakan tapi zaman sekarang ramai memilih untuk menggunakan alu dan lesung, lebih dikenali dengan lesung batu. Kalau tak kena tak tahu nak kata lah.

Alu dan Lesung

Alu & lesung dan Cobek & ulek adalah dua alatan yang berbeza tapi fungsi dia lebih kurang sama. Alu dan lesung lebih kepada menumbuk bahan-bahan dalam proses melumatkan bahan-bahan masakan. 

Lesung adalah mangkuk alas untuk menumbuk. Alu atau dipanggil anak lesung alatan untuk menumbuk. Alu dan lesung juga diperbuat daripada batu, kayu dan seramik.

Harga Cobek Batu

Harga cobek batu Malaysia bergantung pada saiz. Pernah juga mencari di shopee, harga paling murah RM40 untuk saiz 20cm. Mostly harga boleh tahan juga mahalnya. Lagi besar lagilah mahal. Cobek batu asli kot kan?

Harga cobek kayu Malaysia mungkin lebih murah berbanding batu. Tapi macam kurang best guna kayu. Kalau kurang berat tu macam kena susah pula nak gesek bagi lumat. Kurang feel dia macam tu. 

Cobek dan ulek dalam bahasa inggeris dipanggil mortar dan pestle juga sama macam alu dan lesung juga.

Ada cobek ni memang best sangat buat sambal gesek. Kalau nak menggesek guna alu dan lesung a.k.a lesung batu macam payah sikit sebab alas dia melengkung macam mangkuk. 

Lebih sesuai menggesek bila guna cobek ni sebab permukaan alas lebih besar dan rata. Tengah mood marah ni seronok menggesek. Lumat terus bahan-bahan nak digesek tu agaknya. Haha


Lelaki Lingkungan Cinta Episod 1 | Bermula dengan scene filem Ada Apa Dengan Cinta 2, Adib sebagai Rangga.

Adib (Rangga) : Lalu...Cinta, saya ngerti kalau saya bilang maafin saya itu ngak cukup

Cinta : Benar bangat.

Adib (Rangga): Apa yang saya lakukan ke kamu ngak tidak adil

Cinta : Ngak adil kamu bilang. Rangga, yang kamu lakukan ke saya itu…jahat!.

Adib (Rangga) : ya terusss, ngak apa apa kok. Cium aja. sambil memuncung mulutnya.

Tet tet tet tet tet tet... jam loceng berbunyi

Kakak adib masuk kebilik kejutkan adib. Lahh  rupanya Adib bermimpi..

Tonton Online Lelaki Lingkungan Cinta Episod 1

Tonton Online Drama Lelaki Lingkungan Cinta

SENARAI PELAKON DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Naim Daniel sebagai Adib
Shasha Abedul sebagai Esya
Ismail Izzani sebagai Zambri
Shalma Eliana sebagai Salina
Cik B sebagai Maria
Imran Aqil sebagai Hardy
Aniq Suhair sebagai Arep
Aresya Rania sebagai Esya

PELAKON TAMBAHAN : Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Izzrin Irfan, Asha Merican, Aisar Khaled, Chemat Raja Lawak, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff

Slot Lestary TV3, Pukul 9 malam setiap hari rabu hingga jumaat.
Lelaki Lingkungan Cinta, drama terbaru slot Lestary TV3 menggantikan drama kegemaran ramai Kampung People 2. Mula ditayangkan bermula 21 Oktober 2020, hari rabu hingga jumaat pada pukul 9 malam. 

Drama adaptasi novel tulisan Lily Haslina Nasir. Menampilkan gandingan Naim Daniel dan pelakon pelakon baru Shasha Abedul, Ismail Izzani dan Shalma Eliana. Shasha Abedul pernah berlakon dalam Drama Chandelier. 

Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod Penuh
Kredit : Google

Ismail Izzani pernah juga berlakon dalam Drama Kebaya Kasut Kanvas. Shalma Eliana bukanlah pertama kali berlakon. Kalau tak silap dia ada juga berlakon dalam sebuah telefilem bertajuk Gangguan Psiko Stalker. Belum ditayangkan agaknya lah.

Drama lelaki lingkungan cinta merupakan lakonan pertama hero remaja Aniq Suhair dan Imran Aqil. Juga lakonan pertama Cik B, anak DS Vida. Tak sangka pula Cik B boleh terjebak dalam dunia lakonan.

Drama 13 episod ini diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd di bawah arahan Emi Suffian. Skrip ditulis oleh Marr Mohamad.

TONTON ONLINE DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Episod 1 || Episod 2 || Episod 3 || Episod 4 || Episod 5 || Episod 6 || Episod 7 || Episod 8 || Episod 9 || Episod 10 || Episod 11 || Episod 12 || Episod 13

SENARAI PELAKON DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Naim Daniel sebagai Adib
Shasha Abedul sebagai Esya
Ismail Izzani sebagai Zambri
Shalma Eliana sebagai Salina
Cik B sebagai Maria
Imran Aqil sebagai Hardy
Aniq Suhair sebagai Arep
Aresya Rania sebagai Esya

PELAKON TAMBAHAN : Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Izzrin Irfan, Asha Merican, Aisar Khaled, Chemat Raja Lawak, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff


SINOPSIS LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Mengisahkan Adib (Naim Daniel), seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya (Shasha Abedul). Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka.

Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan ‘pickup-line’ untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang ‘over protective’ iaitu Zambri (Ismail Izzani).

Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu.

Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran ‘kreatif’ Adib untuk mengenakan Esya.

Apakah rancangan Adib seterusnya? Adakah kenakalan yang dirancangkan Adib dapat melentur kekerasan hati Esya?


SINOPSIS NOVEL LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. 

Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.

Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya. Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib

Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. 

Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.

Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri

“Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib

“Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!”
– Esya.

Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa.

Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?

Baca Novel Online Lelaki Lingkungan Cinta (Bab 1-Bab 15)

Pernah tak keliru antara rempeyek dengan tumpi. Seorang ni Fiza selalu terkeliru. Kuih lama lama ni bukan tahu sangat pun. Kuih rempeyek ni sama level lah dengan kuih goyang bunga. Kuih tradisional sedap kudapan sepanjang zaman gitu.

Kuih rempeyek lebih banyak dikomersialkan. Banyak jugalah jenis rempeyek yang ada dipasaran. Kudapan kegemaran ramai terutamanya yang jenis suka makan keropok kerepek.

Rempeyek

Rempeyek atau peyek adalah sejenis makanan ringan/kudapan/kuih kering yang diperbuat daripada tepung gandum dan campuran ramuan yang lain seperti kacang tanah, ikan bilis, kacang hijau dan lain-lain lagi.

Resipi Rempeyek Kacang Tanah Dan Ikan Bilis

Biasanya ia digoreng nipis-nipis dalam minyak panas yang banyak. Bentuknya pelbagai dan disamakan seperti keropok. Rempeyek kampung biasa dihidangkan ketika musim perayaan ataupun majlis perkahwinan.

Beza rempeyek dan tumpi

Beza rempeyek dan tumpi ni senang je nak tahu sebenarnya. Rempeyek guna kacang tanah dan tumpi gunakan kacang dal kuning. Tapi kaedah nak membuat kedua-duanya sama je. 

Bancuhan tepung pun boleh guna bancuhan yang sama cuma taburan atas tu je yang jadi perbezaannya. Itu yang buat orang keliru tu kan. Lagi satu, rempeyek kacang hijau pun sedap juga.

Adunan tepung pula ada yang mencampurkan beberapa rempah seperti jintan manis, jintan putih, ketumbar yang ditumbuk kasar.

Acuan Rempeyek

Ikut style orang dulu tak perlu guna acuan rempeyek pun. Mereka gunakan kaedah resepi rempeyek tepi kuali je. Kalau dah mahir okaylah guna kaedah macam sendukkan di tepi kuali tu.

Kaedah senduk tepi kuali tu akan menghasilkan pelbagai bentuk rempeyek. Ada besar ada kecil. Selepas sendukkan di tepi kuali tu, jangan lupa curahkan minyak panas atas adunan tu untuk memudahkan rempeyek tanggal dari tepi kuali masuk dalam minyak panas.

Zaman sekarang, bila rempeyek dah semakin banyak di komersialkan. Kaedah acuan digunakan. Jadinya bentuk rempeyek nampak lebih kurang sama bentuk semuanya. 

Rempeyek Nipis Dan Rangup!

Rempeyek nipis dan rangup semestinya jadi pilihan. Boleh spoil mood kalau dapat rempeyek yang tebal. Kalau tebal tu maknanya bancuhan yang dibuat agak pekat. Nak rempeyek nipis dan rangup kena buat  bancuhan agak cair. 

Resipi Rempeyek Rangup

1 kg tepung beras
2 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil kapur makan (supaya rangup/crunchy)
1 biji telur
8 ulas bawang putih* (untuk naikkan rasa lemak)
Garam secukup rasa
3 sudu besar jintan manis*
3 sudu besar jintan kasar*
3 sudu besar ketumbar biji*

Cara buat rempeyek rangup

1. Bahan bertanda * ini dikisar kering. Nak guna lebih pun boleh.
2. Air secukupnya (buat sukatan 5 cawan dulu, tengok mcm pekat baru tambah sikit-sikit)
3. Bilis dan kacang (jemur dulu nak bagi ia kekal rangup bila dah di goreng)
4. Bancuh semua bahan ni. Air kena pandai agak, bancuh tu jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
5. Goreng seketul 2 dulu pas bancuh tengok struktur kuih, barulah nampak tebal ke nipis sangat ke.
6. Kalau tebal, boleh tambah sikit. Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang terbaik.
7. Boleh goreng macam biasa. Guna acuan yang direndam dalam kuali bersama minyak yang betul-betul panas. Rempeyek yang okey, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.
8. Jangan lupa tabur kacang dan ikan bilis banyak2, satu lagi sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. InsyaAllah sedap.

*untuk mendapatkan rempeyek yang rangup kena masukkan sedikit kapur makan. Bancuhan tu usah terlalu cair dan pekat. Masa goreng cuba dulu sekeping dua untuk tengok nampak tebal atau nipis sangat. Nanti boleh adjust bancuhan tepungnya. Barulah menjadi rangup rempeyeknya.

Kredit : Azlina Ina Resepi

Nak resepi rempeyek tepi kuali, boleh rujuk resepi rempeyek kacang tanah dari Kak Dana

Kalau buat sendiri tu bolehlah tambah kacang lebih atau ikan bilis lebih kalau sukalah. Tapi janganlah sampai penuh. Ada kacang tabur banyak ni dan sekor ikan bilis nipis pun dah sedap dah ni.

Resipi Rempeyek Rangup

Rezeki dapat sebekas rempeyek mak bagi jumaat lepas. Habis dikerjakan oleh suami. Sedap katanya. Fiza makan sekeping dua. Malas nak mengunyah cerita dia sebab gigi ni sensitif, kena jaga. 

Hari ni last day join contest maggi. Semalam pulun lah minta tolong husband beli pes sambal tumis maggi dan rencah nak memasaknya. Mula tu macam nak masak sambal udang petai. Tapi sebelum tu dah makan udang. Macam jemu pula.

Petai pun husband dah siap-siap belikan. Manalah tahu isteri dia ni berubah angin tiba-tiba nak masak sambal udang. Bukan boleh percaya sangat, kejap je boleh berubah arah. Haha..perempuan pastu faham kan.

Okaylah, kita masak sambal oh la la. Tambah Oh menjadi Oh La La sebab teringat Oh lala si Lailer dalam Kampung People tu. Jadi hidangan istimewa ni dinamakan Sambal Oh La La. Aci tak?

Resipi Sambal Oh La La Guna Pes Sambal Tumis Maggi Baharu

Masak Lala Dulu Ye

Husband balik dari beli barang terus basuh lala dengan garam dan toskan. Masukkan dalam kuali dengan hirisan halia dan serai ketuk. Tutup dengan tudung periuk. Tak perlu tambah air.

Nanti akan ada air juga dalam kuali tu, kulit lala akan terbuka bila dah masak. Angkat dan tapiskan. Ada orang tak suka masak lala dulu. Sekali masuk dalam tumisan dan tutup kuali.

Ada juga yang masak lala dengan cara rebus. Ikut cara masing-masing lah ye. Setiap orang kan selera dia berbeza. Kena faham tu. Cuma dengan cara macam Fiza rtu asa hanyir dia kurang sikit lah.

Resipi Sambal Oh La La


1 biji Bawang merah (separuh tumbuk separuh potong)
2 ulas Bawang putih (tumbuk)
1 batang serai (diketuk)
2 hiris halia
1 pek pek sambal tumis maggi
1 sudu gula
1/4 garam
2 sudu air asam jawa
Minyak untuk menumis
Lala yang dah siap direbus

Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan juga serai.
2. Bila dah garing sikit masukkan pes sambal tumis maggi, kacau dan biar garing sikit.
3. Masukkan gula, garam dan juga air asam jawa. Kacau rata dan biarkan mesra seketika.
4. Akhir sekali baru lah letak lala yang dah masak tadi tu kacau rata semuanya.

Angkat dan sedia untuk dihidangkan. 

Sedap dan Mudah Guna Pes Sambal Tumis Maggi

Sedap okay masakan sambal oh lala ni menggunakan pes sambal tumis maggi. Sebenarnya pada belakang pek tu ada resepi pes sambal tumis maggi. Boleh follow je resepi mudah yang disediakan. Gerenti jadinya katanya.

Jangan risaulah kalau tak tahu masak sambal tu. Gerenti menjadi! Bolehlah masak sambal udang ke, sambal sotong, sambal telur, sambal tumis bilis ke dengan mudah sekali. Tak perlu beria nak sediakan pes okay.

Resipi Sambal Oh La La Guna Pes Sambal Tumis Maggi Baharu

Sesuai sangat ni bawa travel atau camping. 1 pek ni sekali satu hidangan. Nak sambal lebih ada pek lebih besar sikit. Ini contoh cadangan resipi untuk 2 orang. Resipi sambal udang pes sambal tumis Maggi.

resepi pes sambal tumis maggi

Kalau rajin boleh lah support Fiza di instagram ye. Terima kasih semua.


Kalau berminat sempat lagi nak join ni, untuk maklumat lanjut boleh ke instagram @Official MAGGI® Malaysia.
 

Selamat pagi! Sedang elok temankan husband sarapan pagi bihun goreng Singapore, bunyi hujan turun dengan lebat. Mujur hujan turun awal sebelum gerak keluar. Boleh juga siap awal-awal naik kereta. Kalau keluar naik motor, mahu lencun dalam perjalanan.

Elok je husband nak keluar rumah, hujan dah agak reda dan renyai sikit. Sedikit lega lah tak hujan lebat lagi macam tadi. Lepas tu barulah sarapan. Tak boleh nak sarapan awal sangat pagi ni. Perut memulas sejak semalam. 

Salah makan agaknya atau disebabkan terminum air pepsi. Haa itulah minum air bergas, rasakan sendiri. Saja nak rasa sebab lama tak minum walaupun tahu tak boleh minum lebih. 

Syukur harini tiba-tiba hujan. Alhamdulillah..sejuk sikit lah pagi ni berbanding hari hari yang lepas panas bahang kemain.

Secawan Kopi 'O' di Pagi Hari


Apa lagi bila dah hujan ni. Berkopi 'O' lah kita di pagi hari yang sejuk ni dengan sarapan bihun goreng. Bau aroma kopi sedap pagi pagi buat rasa lebih bertenaga. Siapa je yang tak suka bau kopi kan. 

Kopi O adalah kopi tradisional yang biasa disajikan di Malaysia . Biji kopi biasanya dipanggang dengan gula dan mentega. Kopi ini adalah kopi hitam yang memiliki rasa yang kuat disajikan dengan gula. -wikipedia

Orang yang tak suka minum kopi je tak suka bau kopi. Mungkin boleh gantikan dengan Teh O atau teh tarik. Huishhh sebut Teh Tarik rasa lama dah tak ber teh tarik. Jarang dah dapat minum teh tarik. Tahu je lah dia punya kalori dalam secawan teh tarik tu berapa.

Blackpink in your area! Kebiasaanya disebut dalam setiap lagu blackpink. Peminat blackpink pasti tahu dan perasan tu kan. Blackpink bukan nama asing lagi dalam dunia peminat K-Pop. Kumpulan yang tengah top dan trending sekarang.

Lagi pula ada keluarkan single baru ice-cream, Blackpink X Selena Gomez.

Blackpink (Hangul: 블랙핑크); digayakan sebagai BLACKPINK atau BLΛƆKPIИK ialah sebuah kumpulan muzik wanita Korea Selatan yang dibentuk oleh YG Entertainment. Terdiri daripada empat orang ahli iaitu Kim Ji-soo, Jennie Kim, Roseanne Park dan Lalisa Manoban.-Wikipedia

Die hard fan sangat itu tidaklah. Minat gitu-gitu aje lah. Tak salah nak minat asalkan tak melebih-lebih. Siapa peminat variety show Running Man? Sayaaaaaaa

Running Man Episode 525 BLΛƆKPIИK In Your Area!
Kredit : YGDreamers


Uishh macam ramai je peminat Running Man. Of courselah kan! Setiap minggu mesti tertunggu episode baru Running Man. Walaupun ada yang kata Running Man dah kurang best bila Jong Ki dan Gary keluar. 

Dengan kehadiran So Min dan Se Chan, Running Man masih bertahan sampai hari ni. Ada juga rumors yang mengatakan Ji Hyo dan Suk Jin akan keluar dari Running Man. Atas sebab apa tak pasti.

Jika benar, lagi kuranglah rencah lawak Running Man tu. Episod terbaru 525 yang dinantikan oleh peminat Running Man dan juga peminat Blackpink semestinya.

Running Man Episode 525 BLΛƆKPIИK In Your Area!

Ke empat-empat anggota kumpulan Blackpink hadir sebagai tetamu Running Man menceriakan lagi episod RM 525. 

Mereka bukanlah pertama kali pun datang ke rancangan Running Man. Dah banyak kali dan semua episod yang ada anggota blackpink mesti lagi best. Rating of course naik kot kan.

Watch Online Running Man Episode 525 Engsub FULL HD

Kredit video : kshow123.net
Kuih goyang ros bukanlah kuih goyang buatan ros. Sejenis kuih tradisional yang sering menjadi kudapan orang dulu-dulu. Bila zaman dah berubah, kuih goyang ros ni hanya menjadi santapan semasa perayaan je. 

Ada juga yang menjual bukan hanya di musim perayaan. Jadi bolehlah dijadikan kudapan bila-bila rasa teringin. Jangan tak tahu kuih loyang viral sudah. Kuih loyang Rizalman antara kuih loyang terlaris. Betul tak?

History of kuih loyang

Kuih loyang, kuih ros, kuih goyang, kuih bunga durian, rosettes/ honeycomb cookies antara nama-nama yang diberikan. Dalam masyarakat melayu kita lebih dikenali dengan nama kuih goyang atau kuih ros. Ada juga panggil nama gabungan dengan nama kuih goyang ros.

Kuih Goyang Ros

Kuih goyang berasal daripada kuih tradisional di Selatan India iaitu Tamil Nadu dan Kerala. Disana lebih dikenali dengan nama Achu Marukku atau Achappam. 

Kuih tradisional ni diperbuat daripada tepung beras yang digoreng dalam minyak masak. Rasanya rangup dan manis.

Nak tahu kenapa di Malaysia kita panggil dia kuih goyang? Sebabnya bila acuan dicelupkan dalam adunan tepung cair kemudian di celupkan dalam minyak panas, kita goyang-goyangkan acuan supaya  tertanggal dari acuan.

Ada yang memanggil kuih ros sebab kuih bentuk bunga ros. Dipanggil dengan nama loyang pula disebabkan acuan tersebut biasanya diperbuat daripada logam loyang.

Warna kuih goyang ni seperti warna keemasan. Buat masa ni belum lagi nampak warna selain warna yang biasa nampak. Kalau ada yang berwarna warni ianya satu kelainan dari biasa dan mungkin ianya menjadi tarikan.

Kalau nak tahu, kuih goyang ni dibuat semasa musim perayaan Hari Deepavali, Hari Raya Aidilfitri dan juga Tahun Baru Cina. Walaupun berbeza agama, budaya dan bangsa. Kuih goyang tradisional ni tetap menjadi tradisi ketika musim perayaan di Malaysia.

Kredit : wikipedia

pendek kata " Kudapan tradisional sedap sepanjang zaman..."

Resipi Kuih Goyang Azlina Ina

500g tepung pulut
500g tepung jagung
10 biji telur ayam
350g gula castor atau gula halus
200 g santan pekat atau 1 kotak kecil santan kotak
300g air masak

Cara Buat Kuih Goyang Mudah

Campurkan semua bahan dan blender. Kemudian tapis untuk elakkan adunan berketul. Itu je yang Fiza dapat daripada resepi kuih goyang azlina ina. 

Ikut resipi Azlina Ina tak menggunakan tepung beras untuk kuih loyang. Sebaliknya menggunakan tepung pulut dan tepung jagung.


Untuk resipi kuih goyang lengkap boleh gunakan resepi kuih goyang azlita aziz. Resipi Kuih Goyang sukatan cawan. Lagi senanglah nak menyukat bahan-bahan.

Resipi Kuih Goyang Azlita Aziz

By : Nor Faezah
Rujukan : My Resepi


Bahan-bahan anggaran untuk 200 biji

2 kampit tepung beras
3 cawan gula
1 biji telur
1 biji kelapa ~ di perah sehingga 3x, setiap perahan diasing-asingkan
air ~ jika perlu di tambah
sedikit esen ros
secubit garam
sedikit pewarna merah jambu

Tepung beras, gula, telur dan perahan santan pertama di gaul sebati.
Jika adunan agak pekat campurkan perahan santan berikutnya tapi jangan di letakkan semua, letakkan sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati. Kemudian tapis

Panaskan minyak dan rendam acuan kuih goyang ke dalam kuali yg telah di isi minyak. Gunakan api sederhana. Bila minyak dah panas, acuan pun dah panas, celupkan acuan ke dalam adunan. Goyang-goyangkan acuan hingga kuih tertanggal dari acuan.

Jika kuih agak tebal, tambahkan sedikit lagi air santan. Setelah kuih kuning keemasan angkat dan toskan minyaknya atas redai. Bila dah sejuk segera simpan ke dalam bekas kedap udara.

Kredit : Azlita Aziz

Petua Acuan Kuih Loyang Tak Melekat

Dari apa yang dbaca, selain rendamkan dulu acuan dalam minyak panas sebelum celup dalam adunan. Celup hanya 3/4 acunan dalam adunan tepung supaya mudah tertanggal. Jangan celup sampai habis tenggelam. Kalau tidak macamana nak tanggal kuih tu nanti kan.

Kenapa Kuih Ros Keras

Kuih ros akan menjadi keras mungkin disebabkan adunan tepung yang tidak betul. Untuk dapatkan kuih yang rapuh dan tidak keras boleh cuba masukkan 2-3 sudu tepung ubi atau tepung kanji.

Kenapa Kuih Goyang Menggerutu

Perasan tak kadang-kadang kuih goyang nampak seperti menggerutu. Okay je kan, janji rasa dia sedap dan menjadi. Katanya kalau kuih goyang menggerutu tu disebabkan menggoreng dalam minyak yang terlampau panas. 


Kuih Goyang Ros

Dah ada resipi dan petua tu bolehlah nanti cuba-cuba buat kalai rajin. Kuih goyang dalam gambar tu bukan Fiza buat, mak mertua bagi.

Dan bukan mak mertua buat juga. Samada orang bagi atau mak beli. Lupa pula mak cakap haritu. Tapi sedaplah kuih goyang ni. Rapuh dan suka rasa manis kuih goyang. 

Mujur masih ada yang terbentuk elok. Ye lah kan, kuih ni mudah rapuh sebenarnya. Dapat jugalah ambil gambar beberapa ketul yang tinggal sebelum kehabisan. Dapat juga jadikan modal buat entry ni.

Kalau rajin silalah cuba sendiri gunakan resipi kat atas.


Tajuk mengundang spekulasi sangat kan. Jangan macam-macam ya. Siapa lah yang tak mahu Dato' Sri Siti Nurhaliza. Beliau kesayangan ramai kot. 

Siapa tak mahu tu sebenarnya tajuk single terbaru Dato' Sri Siti Nurhaliza dalam album terbaru Manifestasiti2020 bulan Julai 2020 yang lepas.

16 Oktober 2020, 2 hari lepas baru keluar Muzik Video Official untuk lagu Siapa Tak Mahu. Sesuatu yang istimewa dengan penampilan istimewa Mira Filzah dan Hun Haqeem.

Siapa Tak Mahu Dato' Sri Siti Nurhaliza
Screenshot


Sukalah tengok MV yang klasik dan fantasi. Cinematography yang cantik. Sesuai dengan melodi yang rancak. Lirik pun best! Ada terselit perumpamaan di situ. Dah tengok belum? 

 
Composer :
John Jeevasingham (O/P: Replay Music S/P: Warner-Chappel), Ikhwan Fatanna (Nova Music), Omar K (World Peace Entertainment)
  
Lyric : John Jeevasingham (O/P: Replay Music S/P: Warner-Chappel), Ikhwan Fatanna (Nova Music), Omar K (World Peace Entertainment) 

Acoustic Guitar and Electric Guitar : John Jeevasingham Mixing : John Jeevasingham at Soar Studio

Kredit info & video : Siti Nurhaliza channel

Lirik Lagu Siapa Tak Mahu - Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Hey, dengar ni
Kata orang kalau dah sayang
Jangan kau mudah nak naik berang

Dalam cinta kena berjaga
Jangan kau mudah ingin buruk sangka

Tanya sama hati
Apalah yang dicari
Nanti jawab hati
Hanya cinta abadi

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu

Siapa yang tak mahu dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu siapa tak mahu

Kata orang kalau nak senang
Jangan berkira dengan pasangan
Salah faham jangan dipendam
Luahkan kata jujurlah caranya

Tanya sama hati
Apalah yang dicari
Nanti jawab hati
Hanya cinta abadi

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu

Siapa yang tak mahu dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu siapa tak mahu

Bulat air kerana pembetung
Bulat sayang kerana disanjung
Baik acuan cantik kuihnya
Baik budi begitulah kasihnya

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu

Siapa yang tak mahu dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu

Siapa tak mahu…
Siapa tak mahu…

Siapa tak mahu
Rugilah tak mahu

English Version

Hey, listen to this
People say when you love someone
Don’t get angry easily

In love, always be mindful
Don’t think negative easily

Ask your heart
What it seeks
Your heart will answer just eternal love

Who wouldn’t want
Love laced with yearning
Love like a honeymoon at all times

To be loved for always
Like heaven-heart
Soulmate, who wouldn’t want

People say if you want to be happy
Don’t be calculative with your better half
Any misunderstanding, don’t keep it to yourself
Speak your mind, honesty is the key

Ask your heart
What it seeks
Your heart will answer just eternal love

Who wouldn’t want
Love laced with yearning
Love like a honeymoon at all times

To be loved for always
Like heaven-heart
Soulmate, who wouldn’t want

Water shaped by its container
Admiration deepen the feelings of love
Good mould makes a beautiful cake
Gracious, that is his love

Who wouldn’t want
Love laced with yearning
Love like a honeymoon at all times

To be loved for always
Like heaven-heart
Soulmate#

Who wouldn’t want
Who wouldn’t want

Who wouldn’t want
It’s loss if you wouldn’t want

Kredit lirik : exlyrics

Pisang dibungkus ketat-ketat dengan menggunakan kulit popiah, Kemudian digoreng rangup, dan dilimpahi dengan coklat melimpah dan ditaburi dengan oreo. So sedap!

Sekali cuba pasti nak lagi! 

Banana roll / Popis / Popisang

Banana roll atau popis atau popisang. Walau nama panggilan berbeza tapi membawa menu yang sama dan serupa iaitu gabungan popia dan pisang.

Dia bukan popia dan pisang semata-mata. Tapi ada pelbagai jenis topping popis untuk menjadikan ianya bertambah-tambah sedap.

Popis viral sebab sedap dan jadi kegemaran selera orang zaman sekarang. Yang sukakan inovasi makanan begini memang akan sukakannya.

Terutamanya siapa yang suka makan pisang dan coklat.

Banana Roll Oreo Coklat Melimpah

Topping Coklat Melimpah dan Taburan Oreo

Dapat banana roll coklat melimpah macam ni tak pandang kiri kanan dah. Laju je menyuap dalam mulut. Sorang pun boleh habis sekali hadap tau!

Tambah pula ada taburan oreo cookies atas coklat tu. Lagi sedap lah cerita dia. Padu!

banana-roll-oreo-coklat-melimpah

Seriously Sedap Gila!

Sambil menaip terasa rasa lagi kesedapan popis yang dimakan ni. Pada Fiza gabungan pisang dan coklat ni tak lah terlalu manis walaupun melimpah. So so je lah manis dia. Jangan tambah minum air manis sudah lah.

Walaupun kulit popia dah sejuk sikit masa dapat but still ada rasa kerangupan disitu. Dapat panas-panas keluar dari keluar lagi sedap ni. 

Tambah lagi rangup dengan biskut orea yang ada. I is so in love dengan banana roll oreo yang sedap gila ni. Tak tipu! Rasa coklat yang melting tu. Pandang pun dan melting acaner?

banana-roll-oreo-coklat-melimpah

Siapa yang nak cuba rasa atau rasa teringin nak makan, bolehlah order awal-awal untuk delivery. Biasanya delivery area KL. Buat masa ni cover area Kuala Pilah dan sekitarnya. Lepas PKPB baru cover KL.

Ada masanya delivery area Perlis. Boleh bawa bincang lah ye. Contact ada di bawah. Jangan order kat Fiza sebab bukan Fiza yang buat. Hihi

Banana roll topping

  • Oreo
  • Cadbury
  • Original

Harga

Banana roll 6pcs RM7
Strawberry cheese roll 3pcs RM5

Whatsap untuk order banana roll : 0135805257
instagram : @aslywanee

Kampung People 2 episod 14 (Akhir) | Badrul bisu sedang melepak di kedai Lempeng sambil memerhatikan gambar-gambar dalam kamera dia.

Badrul bisu dengan muka terkejut melihat apa yang dilihat dalam kamera tu. Haa mesti badrul bisu baru tertengok video yang dirakam tanpa sengaja di rumah Lailer. Masa tu Karim tengah buat dajal letakkan sesuatu dalam tepung kek Lailer.

Kebetulan masa tu agent 01 pacerat sedang berada di situ. Mereka sama-sama ke pejabat Jekfer untuk memberitahu hal sebenar yang berlaku.

Dalam masa yang sama Madame Mah dan pengikutnya telah sampai ke Ladang Razif. Madame Mah mengajak Razif untuk melihat tanahnya untuk Razif usahakan. 

Sebelum tu Razif meminta izin untuk kerumahnya dahulu untuk menghantar motorsikal. Madame Mah sempat berkenalan dengan Yummy dan memberikan sesuatu pada Yummy iaitu serunding daging.

Sedap serunding ni nek, nyum nyum ni. Kata Yummy pada Madame Mah yang datang ke rumah keluarga Razif.

Madame Mah membalas "Daging special tu."

Yummy teruja nak tahu. " Ye ke? Daging apa?" tanya Yummy lagi.

"Daging manusia" Madame Mah jawab spontan lalu ketawa.

Mendengar jawapan Madame Mah, nak termuntah Yummy dibuatnya sambil menutup mulut menahan rasa nak termuntah tu.

Tak adalah, nenek gurau aje lah.

Masih pandai bergurau lagi ye Madame Mah ni. Tak bestlah Kampung People 2 dah Episod akhir. Sambung tengok jom!

Tonton Online Kampung People 2 Episod 14 (Akhir)

Kampung People 2 episod 2

SENARAI PELAKON DRAMA KAMPUNG PEOPLE

  • Elly Mazlein sebagai Mona/ Aminah
  • Rashidi Ishak sebagai Razif/ Abu Bakar
  • Riena Diana sebagai Laila/ Ruziah
  • Hun Haqeem sebagai Jaafar
  • Shah Kimin sebagai Ismail
  • Adibah Noor sebagai Dona
  • Daniella Fazli sebagai Tasha/ Saleha
  • Kamarul Eqifshah sebagai Imran/ Adam
  • Namron sebagai Tuan Shuhaimi
  • Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
  • Fizz Fairuz sebagai Ejen Shukri
  • Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
Genre:Funny,Family,Comedy
Slot Lestary, Rabu- Jumaat pukul 9:00 malam.

sumber : iqiy
Siapa suka taugeh? Kalau suka, kita geng! Ada orang memang tak boleh terima rasa taugeh tu. Sebagai penggemar sayur sejati, Fiza suka apa juga jenis sayur. Kecuali....

Yes, mesti lah kena ada kecuali sebab tak semua jenis sayur suka. Contohnya macam sayur maman, memang tekak tak boleh terima. Bukan sebab rasa dia pahit ke apa. Cuma rasa dia yang luar biasa tu macam tak boleh nak terima. Maafkan saya maman.

Tak suka atau tak makan sesuatu itu biasa. Tak makan sayur lansung itu biasa. Tak makan sayur hijau itu biasa juga. Tak makan sayur pahit pahit lagilah biasa. Pendek kata, tiada yang pelik. Semua orang mengalaminya. Sila mengaku!

Si taugeh ni. Salah satu sayur favourite Fiza lah. Pernah juga rajin menanam taugeh tapi taugeh tak gemuk. Kurang sedap sikit tapi sedap di makan fresh. 

Dengan adanya taugeh ni macam-macam boleh dibuat untuk dijadikan lauk atau campuran dalam menu lain.

Boleh masa taugeh tumis air, taugeh goreng chinese style, taugeh goreng telur, taugeh goreng kicap, taugeh masak lemak putih dan macam-macam lagi.

Taugeh juga biasa dicampurkan dalam tauhu sumbat, popia, cucur udang, mee goreng, kuew teow goreng dan banyak lagi lah.

Biasanya kalau ada taugeh mesti ada tauhu. Semalam pening tak tahu nak masak sayur apa. Stok taugeh ada tapi tauhu tak ada. Kebetulan kucai pun tinggal sikit. Campur kan je lah taugeh dengan kucai tu. Lagipun lama dah tak masak taugeh campur kucai ni.

Resipi Taugeh Campur Kucai Tumis
stok taugeh dan kucai hujung-hujung. Itu sebab portion dia ciput.


Resipi Taugeh Campur Kucai Tumis

Bahan-Bahan

Cili api *
1 ulas bawang putih*
2 biji bawang kecil atau 1/2 biji bawang besar*
10 ekor ikan bilis*
Taugeh
Kucai
Garam
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan

Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *. Orang kata kalau tumbuk kasar-kasar ni akan memberikan kesan yang sedap sikit dalam masakan. Tak makan pedas, tak payah letak cili okay. Fiza suka pedas sebab tu letak. Adjust la berapa banyak ikut tahap kepedasan masing-masing.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sampai garing sikit dan letak garam. Masukkan daun kucai. Jangan biarkan sampai lecur okay, tak sedap sayur layu sangat.

Akhir sekali masukkan taugeh dan kacau rata sekali dua. Pun tak payah lecur sangat nanti taugeh layu sangat tak rangup. Suka makan taugeh yang rangup. Dah siap!

Apa jua jenis sayur masak dia style camni je. Tumis dan campak campak je sudah. Kalau taugeh chinese style yang Fiza tahu dia tumis bawang putih semata-mata lepas tu garam sikit dan masukkan taugeh. Lagilah senang.

Taugeh dimasak tumis macam ni ratah saja tanpa nasi. Krup krap krup krap bunyi dia.