Mira Filzah Tetap Cantik Berseri Tanpa Crown Dan Bunga Tangan. Inilah Namanya Seri Pengantin.

Saturday, September 05, 2020

Tahniah Mira Filzah & Wan Emir dah selamat bergelar suami isteri yang sah. Meriah sungguh majlis pernikahan dan majlis resepsi pertama malam tadi. Memang wedding of the year lah.

Asal buka explore instagram tu penuh dengan #emiramirah je tau! Perasan tak Mira Filzah tak pakai crown dan pegang bunga tangan pun. Sedangkan crown dan bunga tangan tu lah benda yang biasa di dipakai dan ada pada pengantin.

Majlis Resepsi Miral Filzah dan Wan Emir
Credit :google & photographer


Mira Filzah tetap nampak cantik dan berseri tanpa crown dan bunga tangan tu. Nampak simple tapi semuanya nampak sempurna. 

Berseri-seri seorang Mira Filzah menjadi pengantin baru. Seri pengantin namanya. Pakai apa pun tetap nampak lawa dan berseri gitu kan.

Suka dengan pilihan Mira Filzah yang serba simple tapi nampak exclusive dan mahal. Bila artis kahwin suka dengan ke'simple'lan baju dan tema majlis kahwin. Nampak nice sangat.

Gaun Pengantin Cantik dan Pelamin Kayangan

Gaun Mira Filzah nampak mewah walaupun simple juga. Pelamin dia jangan cakaplah. Dia punya cantik tak boleh nak kalah. Pelamin kayangan  ni.

Lepas ni muncullah tiruvasi dari perkahwinan majlis resepsi Mira Filzah ni. Okaylah pilih yang simple untuk majlis kahwin tapi nampak nice. Less is more orang putih kata.

Timeless Makeup

Timeless makeup pun jadi pilihan bakal pengantin. Lagi tambah manis dan berseri berbanding makeup tebal yang overshading pengantin. Betul tak?  Mira Filzah tak makeup sangat pun dah cantik kan.

Bukan tu je yang menarik dalam Majlis Resepsi Mira Filzah dan Wan Emir, kek pengantin dia pun cantik kena dengan tema pengantin. Pusing pusing gitu lagi. 

Semuanya serba sedap mata memandang. Kannn

Menaip entry dikala awal pagi. Dah terjaga tak boleh nak lelap. Aduhaiii..biasa terjadi bukan?



17 comments

  1. betul tu, penuh gambar mira filzah yang cantik sangat tu semalam :)

    ReplyDelete
  2. Moga si cantik manis ini kekal bahagia bersama suami tercinta till jannah.

    ReplyDelete
  3. Memang suka yang ringkas. Mekap yang nampak semulajadi macam nampak kecantikan asli daripada diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. dua dari kanan tu adik ke kakak mira? iras betul mukanya...

    ReplyDelete
  5. Setuju sgt. Sangat mira Mira filzah suka tgk dia

    ReplyDelete
  6. pengantin tu sendiri, baju, pelamin dah cukup menaikkan seri majlis...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.