Spathiphyllum Picasso

Tuesday, July 14, 2020

Minum petang duduk dekat pangkin sambil menikmati angin-angin sepoi bahasa memang syok. Sambil tu tengok tengok pokok bunga yang ada. Nikmat betul kalau duduk dekat kampung ada pangkin tu kan.

Itu hanya mimpi je lah. Tak jumpa dah rumah kampung yang ada pangkin. Yang ada beranda je lah. Mostly rumah kampung semua dah bertukar rumah batu. Lagi syok kalau ada pangkin tepi sawah tu kan. Aduhaii, tenang jiwa tengok kehijauan alam.

Balik kampung sambil membelek pokok-pokok bunga mak ternampak satu pokok ni. Daun dia lawa kemain. jenis varigated bercorak paintbrush putih tu. Tak tahu apa nama dia.

Spathiphyllum Picasso atau Variegated Peace Lily

Dari hasil cariaan google, Fiza dapat nama dia Spathiphyllum Picasso atau variegated peace lily. Orang panggil pokok keladi. Mungkin? Tanaman peace lily ni jenis hidup di kawasan yang lebih sejuk. So kena letak di kawasan yang redup.



Nampak je jenis pokok yang berdaun variegated, cop awal-awal kat mak cakap nak bawak balik. Mak tanam dalam tanah tak berpasu. Tapi ada sepokok tu je dan kecik pulak. Mujur juga ada anak pokok boleh dibuat modal benih nak bawak balik.

Jenis variegated ni dah lah susah nak dapat dan mahal. Memang tak lepaskan peluang lah ambil anak pokok yang  mak ada. Jimat duit dah. Harap-harap hidup elok bila dah bawak balik. Sekarang dah pandai sikit jaga pokok. Baru lah yakin sikit nak tambah pokok bunga.

Pokok dah banyak nanti kena stop menambah pokok. Tak pasal pasal pening kepala dok fikir mana nak letak pokok-pokok tu nanti.


12 comments

  1. pokok keladi nnti tumbuh keladi leh goreng2 makan petang2 ., heheh2

    ReplyDelete
  2. Di kampung sy ada beranda ja..dulu selalu berkelah di beranda mkn nasi ramai2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama! ada beranda pun best lepak lepak bersembang sambil menikmati kuih muih

      Delete
  3. i guess i should tell my mama about it. mama izzati suka la dengan pokok-pokok ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak mak kita memang suka pokok pokok bunga ni. boleh lah suggest untuk hiasan rumah :)

      Delete
  4. cantik kombinasi warna..Subhanallah..

    ReplyDelete
  5. Rajin sungguh mengkaji latar belakang banyak jenis tumbuhan!
    Kalau saya mempunyai sifat begini, agaknya suatu hari nanti saya akan buka nursery... heheeee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaji mana yang ada je kak amie. wah kak, kalau ada minat why not kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.