Kesian Pokok Calathea Medallion

Friday, July 17, 2020

Waktu petang, masih berkisah tentang pokok. Petang petang masa untuk membelek pokok bunga. Itulah rutin kalau petang petang di kampung. Mana yang berkenan, ketepikan siap-siap supaya tak terlupa bawak balik. Nanti menyesal. Aha..

Dalam dok belek tu perasan mak ada pokok Calathea Roseopicta. Alahaii kenapa haritu macam tak nampak je. Kalau tidak tak payah beli Calathea Roseopicta Medallion haritu. Dah terbeli nak buat macam mana kan.

Mak punya ni Calathea Medallion, Fiza punya Calathea Roseopicta Medallion. Corak nampak sama tapi ada beza dari segi warna corak dan kelebaran border tepi. Dia lain sikit. Dulu masa tak kenal memang akan ingat nama dia sama je. Tapi tak!


Kesian tengok pokok Calathea Medallion mak ni. Seperti terabai dan di pinggirkan. Banyak sangat pokok bunga mak, ini kes tak sempat nak manjakan lah ni agaknya. Ada nampak anak pokok kecil tu, ingat nak ambil tapi biarlah dulu. 

Tunggu balik kampung lagi nanti. InshaAllah balik raya haji nanti. Pokok Calathea Medallion ni sangat cantik kalau letakkan dalam pasu putih yang besar. Baru nampak menyerlah warna pokok hijau dan bercorak ni. 

Sesuai untuk indoor dan outdoor plant. Salah satu jenis low light plants malaysia yang mudah dijaga. Kalau kat kampung, memang outdoor lah tempat dia. Rumah kampung jarang sangat orang letak pokok dalam rumah kecuali di beranda. 


8 comments

  1. Lain-lain ye dua tumbuhan tu? Macam saya yang tak tahu pasal ni, ingat sama saja

    ReplyDelete
  2. Patutlah Fiza suka gardening, ikut mak agaknya :)

    Kalau akk, mesti tak tahu beza dha tu hihi..

    ReplyDelete
  3. Cantik juga pokok calathea.. tak biasa tanam lagi...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.