10 Cara Lembutkan Daging Dan Tak Liat

Wednesday, July 29, 2020

Sehari je lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha/Hari Raya Korban/Hari Raya Haji. Terus terbayangkan rendang daging, sup daging, sup tulang bagai kan? Menu yang berasaskan daging memang sedap tapi kalau dapat makan daging yang liat tu boleh putus selera nak makan. 

Silap haribulan mengundang sakit gigi terus. Lagi kesian kalau yang kurang gigi tu nak makan nanti. Jadi, kenalah gunakan petua/tips/cara melembutkan daging dan daging tak liat. Baru lah sedap di makan seisi keluarga. 

10 Cara Lembutkan Daging dan tak liat
Daging Salai Goreng Berlada, gambar sekadar hiasan

1.Cara Melembutkan Daging Guna Pressure Cooker

Bagi yang ada pressure cooker tu memang untung sangat. Masak pelbagai menu daging jadi tak susah lah orang kata. Sup daging tu petik jari je boleh siap tau! Taklah sekali petik jari je. Kena jugalah sediakan bahan-bahan dan rencah. 

Yang jadi mudah tu hanya perlu masukkan kesemua bahan dan rencah, tekan suis  dan button, kemudian tunggu siap je. Kerja memasak pun jadi mudah dan cepat. Daging pun dijamin lembut gitu! Tapi tak semua orang ada pressure cooker kan. Boleh gunakan cara yang lain seperti di bawah ni.

2. Cara Melembutkan Daging Guna Soda Bikarbonat

Selain digunakan untuk membuat kek, soda bikarbonat juga boleh digunakan untuk tujuan melembutkan daging. Caranya mudah je, hanya perlu perapkan daging dengan soda bikarbonat selama lebih kurang 15 minit macam tu. Kemudian bilas sampai bersih sebelum memasak tu.

3. Cara Melembutkan Daging Guna Cuka

Tak ada soda bikarbonat, boleh je gunakan cuka kalau ada. Cuka makan ye bukan cuka lain. Jangan silap pula. Sama juga kaedah dia, perap daging dengan cuka beberapa jam. Bilas bersih sebelum memasak. Asid yang ada dalam cuka dapat melembutkan daging dan membuatkan daging cepat masak.

4. Cara Melembutkan Daging Guna Lemon/Limau Nipis

Lemon dan limau nipis juga merupakan sumber asid yang boleh digunakan untuk melembutkan daging dengan cepat secara semulajadi. Kaedah dia masih sama, kena perap beberapa jam. Boleh juga kalau nak perap semalaman. Daging pun tak bau hamis.

5. Cara Melembutkan Daging Guna Garam

Ini cara paling mudah untuk lembutkan daging. Setiap rumah pasti ada garam kan. Caranya pun mudah je perap daging dengan garam beberapa jam. Cara ni dikatakan berkesan kerana garam mampu memecahkan fiber otot yang keras. 

6. Cara Rebus Daging

Antara kaedah paling basic yang biasa digunakan adalah dengan cara rebus daging terlebih dahulu. Biasanya daging akan direbus dalam potong yang sederhana besar. Bila daging dah empuk, baru lah potong dan masak. 

7. Potong Ikut Lawan Urat

Setiap kali nak potong daging mesti mak pesan potong daging ikut lawan urat dia. Kalau potong daging ikut lawan urat dia akan menghasilkan tekstur daging yang lebih lembut dan mudah dileraikan macam tu. Tersalah potong, jadi liat sikit lah daging tu. Jadi, potong daging dengan betul tu antara basic paling penting lah. Lemak daging jangan lupa buang okay.

8. Potong Daging Nipis

Selain potong ikut lawan urat tu, pastikan juga potong daging nipis. Nipis yang dimaksud tu takde lah senipis kulit bawang tu ye. Tak mampu rasanya nak potong senipis itu. Agak agak je nipis dia. Tapi ada orang suka potong daging tebal sikit. Macam Fiza suka potong nipis atau sederhana tebal. Tebal sangat lambat masak pulak nanti.

9. Cara Masukkan Sudu Besi

Dulu Fiza rasa macam pelik je akak masak daging masukkan sudu besi. Lahhh rupanya untuk lembutkan daging dan cepat masak. Sebabnya sudi besi atau sudu tembaga ni fungsi dia untuk meningkatkan suhu panas tu. Lagi cepatlah daging masak dan lembut. Jangan pulak kau orang hentam masukkan sudu plastik. 

10. Ketuk Daging 

Satu lagi kaedah yang boleh digunakan adalah dengan cara mengetuk daging sebelum memasak. Gunakan meat mallet kalau ada. Tak ada meat mallet, gunakan penggelek (rolling pin). Ketuk potongan daging yang besar untuk memudahkan memotong daging nanti. Nak masak pun jadi mudah. Daging pun jadi lembut dan sedap di makan. Tapi jangan lah pulak diketuk sampai hancur. 

Dalam 10 cara lembutkan daging dan tak liat ni, Fiza biasa guna cara potong nipis, potong lawan urat dan letak sudu besi dalam masakan. Masak apa pun jadi sedap bila daging tu lembut. Baru lah terasa nikmat segala menu daging tu. 

Selain daging, sup tulang pun jadi hidangan popular bila musim raya ni. Bukan tulang je jadi rebutan, ekor, lidah, usus, perut dan bahagian-bahagian lain pun boleh dijadikan hidangan. Fiza makan daging je lah. Hidangan eksotik dan pelik pelik ni tak boleh nak masuk.

Lain orang lain citarasa kan. Bagi yang tak tahu cara nak lembutkan daging tu boleh lah pratikkan cara yang mudah pada kau orang. Yang dah lama memasak confirm dah lama tahu dah kan. Kalau ada cara lain, boleh share dalam kotak komen bawah. Terima kasih.



28 comments

  1. Rasanya akan gunakan limau nipis sebab banyak limau nipis di rumah.
    Memang serik hendak makan daging liat.



    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kan. perah je banyak banyak bagi hilang bau hanyir sekali :)

      Delete
  2. terbaek cara2 ni.. selalu kene rebus lama dgn api yg kecil. dgn cara ni senang la. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga cara macam tu cuma dia lambat sikit masaknya nanti :)

      Delete
  3. haaaa nak raja haji ni banyak ni menu2 daging sedap2..
    selalu try yang no9 tu je.. alhamdulillah okay =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, boleh guna salah satu cara yang senang nak buat.

      Delete
  4. Lagi satu masukkan akar daun pandan dalam masakan daging tu..especially sup, rendang, masak lemak cili api...insyaallah lembut sangat daging tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh boleh ye kak. boleh cuba juga ni nanti. Tq kak share petua.

      Delete
  5. sedapnya daging fresh...kecur dah air liur..

    ReplyDelete
  6. Bila nak masak tu selalu lupa. Serik asyik makan daging liat. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah termasak tu, masukkan sudu je terus. nak perap dah terlajak pulak kan. memang tak syok lah makan daging liat.

      Delete
  7. Akak biasa guna cara ketuk daging.Jimat gas sebab masak tak lama. Kalau buat daging goreng memang sesuai guna kaedah ketuk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kalau makan daging yang diketuk dulu. senang nak makan tak liat.

      Delete
  8. best ade presure cooker tau..shida lama da nk beli tak terbeli lg ^_^
    kekdahnya..cara 6 smpai 10 juga shida buat hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan shida. ada pressure cooker senang kerja masak yang leceh dan ambil masa lama ni.

      Delete
  9. Dari dulu sampai sekarang saya hanya masuk team makan-makan. Karna gak bisa memasak.

    ReplyDelete
  10. Biasa rebus atau potong nipis.. banyak cara lain lagi ye.. baik akan ku cuba cara2 ini.. hehe thanks for the tips fiza!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, banyak cara. boleh cuba yang rasa macam mudah nak buat atau nak cuba cara baru dari kebiasaan.

      Delete
  11. Banyak cara ye. yang mommy guna skang ni letak daun serai. cepat empuk daging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye wa, letak daun serai pun okay juga. janji mudah dan daging lembut.

      Delete
  12. hari tu masa pkp, housemate try buat kari daging dengan tetel..dia perap dengan cuka dulu, kemudian bilas sebelum masak, memang lembut dagingnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perap dengan cuka hasilnya memang tak mengecewakan.

      Delete
  13. Wah!
    Macam-macam petua nak bagi lembutkan daging. Alhamdulillah. Perkongsian yang sangat baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, ada juga petua lagi yang pengomen kongsikan kak. seronok ada juga yang sudi berkongsi petua :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.