Malaysia

Resepi Creamy Salted Egg Pasta

Sunday, May 03, 2020

Sesudah mengaji selepas solat maghrib, mata mintak rehat lalu tertidur sekejap. Tak kejap mana, terlajak sampai tengah malam. Si suami membiarkan si isteri tidur rehat tanpa di kejut. Tahu isteri dia penat. Maka, tengah malam lah baru solat terawih berjemaah. Lepas terawih, perut pulak mintak di isi.

Ahh sudah, perut ni kalau lapar tak mahu mata nak lelap nanti. Eh, baru bangun tidur takkan nak sambung tidur semula kan. Membelek stok apa yang ada dan muncullah idea nak masak salted egg pasta disebabkan ada telur masin  2biji. Nak merebus telur masin tu, tengok-tengok 1 biji dah pecah dan tak elok. Rezeki dapat satu biji telur masin je lah untuk masak creamy salted egg pasta.

Resepi Creamy Salted Egg Pasta

Pasta cuma ada Fettuccine dan macaroni je. So Fiza guna fettucine je lebih sesuai. Kalau ada spaghetti lagi sedaplah kot. Tak apa! Guna apa yang ada, janji perut kenyang.

Bahan-bahan
pasta fettucine
1 sudu butter
2 ulas bawang putih
Cili api
1 tangkai daun kari
1 sk black pepper
1 keping daging burger ( Dicincang halus)
4 ekor udang (buang kepala dan ekor)
1 biji salted egg (direbus dan dilenyek)
1/2 cawan susu segar
3 sudu sos carbonara 
1 kiub ayam
1 keping slice cheese

Cara Masak Creamy Salted Egg Pasta

Fettucine macam biasa rebus sampai masak dan toskan. Panaskan kuali, masukkan butter dan tumiskan bawang putih dan cili api yang dah siap dipotong-potong. Dah naik bau masukkan daun kari, daging burger cincang, juga udang dan black pepper. Biarkan masak kejap.

Masukkan salted egg, susu segar, sos carbonara dan juga kiub ayam. Dah elok serasi bersama barulah masukkan fettucine dan gaulkan bersama. Dah masak, sebelum angkat tu baru masukkan slice cheese. Slice cheese ni tak ade pun tak apa. Satu lagi tak payah tambah garam ye sebab sos,kiub, cheese semua dah ada perasa dah.



32 comments

  1. ya Allah !! dugaan apekah ini !! saya yang semua salted egg pun saya tak tolak. sedapppnyaa nampak..

    jemput join segmen bloglist SYM
    https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-siti-yang-menaip-12020.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul penggemar salted eggs ni. Terima kasih SYM menjemput.

      Delete
  2. menariknya! guna telur masin pun boleh buat pasta!

    ReplyDelete
  3. Ada bahan yang boleh diolah, jadilah apa sahaja ikut kreativiti ye... Alhamdulillah. Rezeki Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. janji sesuai dengan kena dengan citarasa.

      Delete
  4. sedap gila nampak. the last salted egg pasta ray makan was dekat secret recipe.
    boleh buat nnt ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kena dengan tekak sendiri. Selamat mencuba.

      Delete
  5. HEhehee... dah tengah malam pun boll lehhh...

    Teringat pulak stall western kat Food Court Aeon S2 fettucine kat situ sedap tapi yang biasa aje bukan salted egg.

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba ni. Selalu masak carbonara je. Boring juga. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba, macam ni sedap juga kalau tak tambah carbonara pun sedap.

      Delete
  7. Boleh cuba ni. Suka sangat makan pasta! hehe thanks for the recipe.

    ReplyDelete
  8. Bolehlah cuba bila2...dkt rumah ni pasta2 kurang..tp saya suka je..esok nak cari telur masin..hehe

    ReplyDelete
  9. Alahai.. sedapnya lah.. meh hantar sepinggan..

    ReplyDelete
  10. sdapnya pasta salted egg tp kalo wat pasta sllau guna spaghetti...sbb ank tk suka sgt fettucine

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka spaghetti juga tapi fettucine je yang ada kat rumah. nak tak nak guna je fettucine.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.