Pulut Mangga Tak Pernah Tak Sedap

Thursday, May 14, 2020

Bulan puasa dalam tempoh PKP modal blog Fiza dengan gambar makanan je lah. Rasa macam blog dah bertukar niche kepada blog niche resepi pulak. Kita kongsi-kongsi resepi dan sebagai diari resepi sendiri juga. Kot lah nanti-nanti nak rujuk balik resepi lama senang sikit. Nama pun media sosial, kaedahnya berkongsi gambar gitu. 

Pulut mangga dalam bahasa Thailand dikenali dengan nama Khao Neow Ma-Muang. Masa pergi Thailand dekat Khlong Hae Floating Market tu tempat makan atas tu banyak juga jual pulut mangga. Dan pertama kali Fiza makan pulut ayam ala Thai masa stay kat Perlis. Sedap gila! Lepas tu gigih buat sendiri kat rumah. Nak pergi Perlis nun jauh di sana memang tunggu kalau bercuti atau ada urusan dapat pergi. Nak pergi saja-saja memang tak lah. Selatan ke Utara tu weiii..jauh betul! 

Tapi setakat nak mencuba resepi pulut mangga viral tu takde hal lah. Kira adjust je bagi sedap ikut tekak sendiri. Resepi pulut mangga guna rice cooker Fiza dah kira level expert dah rasanya. Boleh rujuklah entri tu yang Fiza pernah update sebelum ni. Cuma nak masak pulut mangga ni tak perlu tambah serbuk kunyit. Biarkan dia putih suci je. Ada juga yang guna pewarna hijau/ pati pandan untuk buat pulut warna hijau. Ikut masing-masing punya taste nak putih ke hijau ke kuning ke. 



Kalau dapat pulut mangga harum manis perlis tu lagilah makan sorang tak nak berkongsi. Mangga dia punya harum dan manis tu takde tandingan. Of courselah harga pulut mangga dia akan jadi mahal sebab harga harum manis pun 1 kg dah berpuluh harganya. Sekilo dalam 3 biji macam tu lebih kurang. Sekarang pun dah banyak orang jual harum manis online. Ada duit, beli je kalau teringin sangat. Tepuk poket masing-masing.

Fiza suka makan mangga kalau dah dikupas kulitnya. Dan suka jenis mangga yang seda elok masak. Bukan jenis lembik yang terlebih masak tu. Mangga ni tak boleh nak simpan lama, agak agak dah masak kena terus makan sebab bila terlebih masak jadi tak sedap. Buat pulut mangga pun sebab kebetulan je mak mertua datang haritu ada mangga sekali. Kira rezeki lah dapat makan mangga. Musim PKP ni segala buah pun laris sungguh haihh.

Alang-alang ada mangga tu, pulut pun ada. Terajin pulak nak masak pulut mangga atau mango sticky rice nama glamour dia. Cuma kena masak pulut dan siapkan kuah santan je. Nah, resepi pulut lemak dan resepi kuah santan masak cara Fiza. 

RESEPI PULUT LEMAK

Bahan-bahan
1 1/2 beras pulut susu 
1/2 cawan santan 
1/2 cawan susu segar
1/2 sk garam
1/2 sb gula
1 helai daun pandan

CARA MASAK PULUT LEMAK

Kacau semua bahan diatas dalam satu bekas dan tuangkan masuk dalam bekas beras pulut yang dah siap dibasuh. Pastikan bekas yang digunakan untuk mengukus dalam periuk nasi adalah bekas yang sesuai untuk microwave/oven ye sebab kaedah masak dia macam water bath. Masukkan dalam periuk nasi dan biarkan makan. Pastikan air dalam periuk nasi tu tak kering. Bila nak masak tu, kacau kacau lah bagi rata dan biarkan masak sekata.

RESEPI KUAH SANTAN LEMAK

1/2 cawan santan
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sb gula
1/2 sb tepung jagung 

CARA MASAK KUAH SANTAN LEMAK

Satukan semua bahan dan kacau rata. Masak dengan gunakan api perlahan sehingga kuah masak dan pekat. Kalau nak pekat lagi tambah tepung jagung tapi pastikan bancuh dulu dengan air susu segar terlebih dulu. Kalau nak lebih berlemak. Nak bancuh dengan air sejuk biasa pun boleh. Kalau terus masuk tepung jagung dalam adunan nanti dia akan berketul-ketul. Satu kerja pulak nak tapis nanti.

Yang Fiza buat tu kurang pekat sebab terrrrrtambah air biasa. Jadi tak betul-betul serasi dengan santan dan susu segar tu. Spoil sikit. So kira-kira balik sukatan dia macam yang Fiza kongsikan tu lebih better untuk dapatkan kuah santan lemak. Selamat mencuba untuk buat pemanis mulut di bulan Puasa ni. Nak buat kuih muih tak berapa nak pandai sangat. Buat pemanis mulut macam ni retilah juga sikit-sikit.

Ehh, dah siap pulut dan kuah santan tu jangan lupa pulak nak letak mangga dalam pinggan. Tak jadilah namanya pulut mangga nanti. Nak lagi sedap, guna mangga susu dan mangga lemak. Tapi kan, pulut mangga ni tak pernah tak sedap. 



10 comments

  1. Hehe 1st mkn suami yg ajar..tidak xreti mkn biasa dgn pulut durian ja huhu

    ReplyDelete
  2. boleh mengecurkan air liur time posa begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok makanan bulan puasa ni memang kecur. sabar sabar :)

      Delete
  3. cantiknyaaaa gambar pulut mangga fiza!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..tapi tak puas hati dengan gambar tu sebenarnya..kurang cantik pada pandangan mata sendiri. kurang sharp. huhu

      Delete
  4. Teringin nak makan pulut mangga, tapi pulut ada, mangga pulak tak ada. Belum musim mangga masak lagi di tempat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga. kebetulan ada mangga dan pulut. jadi jugaklah pulut mangga. ada jumpa mangga nanti boleh buat kak ye

      Delete
  5. nice ni.
    kat bangkok ari tu, dpt merasa yg baik punyer, fiza.
    sini, so far x dpt yg sedap :(
    buat pelepas ngidam.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.