Nasi Hujan Panas , Ayam Masak Merah dan Acar Timun

Thursday, May 14, 2020

Habis fikir dah tak tahu nak masak apa. Stok ayam ada lagi dan tiba-tiba mood rajin nak masak nasi hujan panas. Sebab dah beli pewarna. yeay! Tapi sayang sebab tak ada warna hijau. Pewarna hijau sold out. Ramai yang membeli perwarna hijau buat kuih muih bulan Ramadhan ni kan. Kuih muih tradisional kan banyak warna hijau. Seri muka, nona manis, kuih lopes dan banyak lagi. Guna daun pandan macam kurang sikit warna hijaunya.

Nasi hujan panas lauk apa biasanya ye? Yang Fiza tahu ayam masak merah je lah dengan acar timun. Ada juga buat hidangan nasi hujan panas ayam masak kurma. Rasanya lebih sedap ayam masak merah dengan nasi hujan panas berbanding ayam masak kurma. Ayam masak kurma ni Fiza kurang gemar sikit. Tak tahu lah kenapa. Sebab tak pedas kot! Ayam masak merah ni makan dengan nasi minyak atau nasi tomato pun sedap juga.

Dulu tak tahu pun nama nasi berwarna ni. Sekarang dah tahu dah nasi hujan panas namanya. Rasa noob betul dulu bila tak tercebur dalam bidang masakan ni. Dah jadi surirumah baru lah pandai sikit bab-bab masakan. Ambil tips dan resepi mak-mak dan kakak-kakak je ni. Tak tahu masak guna talian hayat. Zaman sekarang ni tak tahu masak google aje sekejap je dah dapat resepinya kan. Okay, Fiza pun nak kongsi Resepi Nasi hujan panas, resepi ayam masak merah dan juga acar timun. Ada orang panggil acar jelatah timun.

Nasi Hujan Panas , Ayam Masak Merah dan Acar Timun

RESEPI NASI HUJAN PANAS

Bahan-Bahan Nasi Hujan Panas

Nasi 1 1/2 cawan
2 sudu butter
3 sekawan (Kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)* Kalau ada buah pelaga dan daun bay lagi sedap.
2 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inchi halia (dihiris)
2 cawan air
1 cawan santan
1 helai daun pandan
pewarna (ikut suka nak letak warna apa)

Cara Masak Nasi Hujan Panas

Panaskan butter dan tumis 3 sekawan, bawang putih, bawang merah dan juga halia. Tumis sampai naik bau dan garing sikit. Masukkan susu dan juga garam. Akhir sekali masukkan beras yang dah dibasuh. Kacau rata dan tutup api. Masukkan kesemuanya dalam periuk nasi dan tambah sukatan air selebihnya kacau rata. Jangan lupa ON periuk nasi okay. Tunggu je nasi masak


Dah masak tu, titiskan pewarna pada nasi. 1 pewarna tu titis 2-3 tempat secara jarak-jarak. Dah siap letak pewarna baru kacau rata. Pastikan jangan letak banyak sangat pewarna. Cukup 1-2 titis je biar warna dia tak terlalu pekat. Fiza guna pewarna kuning dan merah je. Itu je yang ada. Ada warna hijau ni nampak lagi cantik sikit kan. By the way, Fiza guna beras herba ponni. Kalau guna beras basmathi dia akan jadi super sedap lah. 

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan Ayam Masak Merah

Ayam (dipotong dan basuh bersih)
1 biji bawang besar  *dipotong bulat
3 biji bawang merah *kisar
3 ulas bawang putih *kisar
1 inci halia *kisar
3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)
4 sb cili kisar
2 sudu sos cili
4 sb air asam jawa

2 sb gula perang
1/2 cawan air

1 sk garam
1 sb serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Cara Masak Ayam Masak Merah

Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan 1/2 sk garam. Kemudian panaskan air dan goreng ayam separuh masak untuk kekalkan juicy ayam tu. Dah masak, angkat dan ketepikan. Kurangkan minyak menggoreng dan tumis bahan-bahan kisar dengan 3 sekawan tu ye. Dah naik bau dan garing, masukkan cili kisar, sos cili dan air asam jawa. Biarkan masak sampai pecah minyak. 

Dah pecah minyak baru masukkan ayam, gaul rata dan tambah air. Masukkan juga garam dan juga gula perang. Biarkan kuah serap dalam ayam sehingga masak. Jangan biar je tau sesekali kacau jugalah takut nanti berkerak bawah tu lansung tak sedap rasa dia nanti. Dah siap tu, hidangkan je la kan tunggu apa lagi. Eh, belum lagi. Kena siapkan acar timun dulu baru lengkap hidangan kita.

RESEPI ACAR TIMUN

Bahan-Bahan Acar Timun

Timun
Lobak merah
Bawang merah
secubit garam
1/2 sk gula

Cara Buat Acar Timun

Hiris timun, lobak merah dan juga bawang merah. Ikut suka nak hiris style macamana pun. Dah siap hiris tu masukkan dalam bekas dan masukkan garam dan juga gula. Gaul-gaul dah siap. Mudah sangat ni. Kalau ada nanas lagi sedap ni. Ada orang suka letak cuka makan. Tapi Fiza tak suka cuka, cukuplah garam dan gula rencah kehidupan dia. 



20 comments

  1. nasi yg paling senang tapi sedap bila nak buat. mama punya versi tak letak santan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap dan senang ke maksudnya tu mamapp? Hihi..sama letak santan untuk masak nasi :)

      Delete
  2. waahhh.. patut buat tutorial dkt youtube ni... nampak sodappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. lighting kat dapur tak on point lah..kena belajar vlog dulu ni. Alhamdulillah sedap seadanya :)

      Delete
  3. Nasi hujan panas memang sedap kalau makan dengan ayam masak merah..tetiba teringin pulak nk makan..

    ReplyDelete
  4. sedapnya tengok
    fuhhhh
    lapar terus jadinya

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. nasi laa apa pun, mesti kena tengok nak digandingkan dengan apa, bagi kena dengan tekak sebagai penambat selera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. betul tu kak. kalau tak kena gandingannya macam kurang letop rasa dia.

      Delete
  6. sedap nih, memang regu dia lah 2 jenis lauk sampingan tuh.
    akak punya stok ayam dah habis dah ni, suami akak asyik dok beli daging saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah rasa betul dah lauk sampingan ni. Masak apa yang ada je ni kak. Daging pun sodap tu masak gulai buat nasi minyak

      Delete
  7. aduuu sedap ni, antara menu febret akak...sebelum puasa tu dah buat dah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh dah buat dulu okaylah tu kak..bulan ramadhan ni buat lagi :)

      Delete
  8. lauk kenduri kawin ni :)
    aduh, lama nyer x attend kenduri kawin.
    thn ni mcm xde la jemputan, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya macam tu lah..setahun lebih lah nampaknya tak makan nasi kenduri kawin.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.