Monstera Deliciosa Pokok Hiasan Rumah Yang Popular

Monday, May 18, 2020

Dulu bukanlah pencinta pokok bunga mahupun pokok berdaun hijau. Nak menanam tu rasa macam jauh sekali nak buat. Tapi...sejak kahwin dan terjebak dengan deko-deko rumah ni kemain tiba-tiba dari benci jadi cinta dengan pokok bunga dan berdaun hijau. Itulah orang kata, jangan benci sangat nanti tersuka tanpa sengaja.

Fiza pun bukan seorang yang suka hijau. Memang tak suka hijau dari kecil lagi. Sebabnya nak tahu tak? Sebab Fiza rasa hijau tu macam katak pisang. Dah lah penggeli dan anti katak. Terus tak suka. Alasan dia macam tak logik. Tapi itulah hakikatnya. Cuma sekarang dah boleh terima sikit kot warna hijau tu. Mungkin macam dah tersuka juga lah. Tapi hijau gelap lah. Hijau terang tu tetap terbayang katak pisang. 

Tak suka warna hijau tapi suka tengok tumbuhan hijau. indescribable...

Baru sedar juga tumbuhan hijau ni bagi kita satu terapi untuk mata, jiwa dan minda. Rasa tengok tumbuhan cantik dan segar ni secara tak lansung rasa senang hati. Dulu mana nak kenal jenis jenis pokok. Sekarang ada jugalah tahu sikit-sikit. Pokok apa yang daun dia macam daun keladi, daun lebar ada koyak berlubang-lubang tu, macam lawa je. Itulah soalan kalau tanya kat orang. 

Bila tahu namanya Monstera Deliciosa, tercari-cari dari nursery ke nursery mencari nya. Masa tu monstera ni tengah hangat dipasaran. Mostly semua nursery tak ada stock. Hebat betul! Barang tengah laku memang macam tu. Sekarang pun masih lagi terlajak laris rasanya.


Beberapa bulan lepas baru dapat beli monstera deliciosa ni setelah beberapa tahun. Makan tahun nak dapat sepokok monstera ni pun. Oh lupa nak cakap, monstera ni ada banyak jenis dan nama-nama tu tidaklah Fiza ingat. Bermacam-macam nama dan berbelit lidah nak menyebutnya. Memang taklah nak ingatnya.

Masa beli pun ada 4 helai daun je. Harga dia RM18 sepasu yang bersaiz sederhana. Yang pasu besar harganya besar jugaklah RM38 seingat Fiza. Yang pasu besar tu banyak lagi. Tempting betul tak tahu nak pilih mana satu. Ikut bajet pilih yang saiz sederhana dulu. Pantau dulu monstera care dia macamana.

So far sekarang dah ada 7 helai daun dan semuanya hidup sihat. Daun pun elok tak ada penyakit dan kulat. Yeay! happy bila tengok perkembangan pokok hidup sihat. Macamana Fiza jaga pokok monstera nii? Fiza letak luar rumah dekat car porch. Pokok monstera ni agak manja juga tak boleh kene matahari direct. Kalau cuaca panas, mulalah pokok menunjukkan tanda-tanda tak sihat.

Kalau rumah kau orang jenis cahaya banyak masuk, boleh lah letak dalam rumah. Rumah Fiza tak ada ruang yang bercahaya sangat untuk letak pokok monstera deliciosa dalam rumah. Terpaksalah letak kat luar juga. Cuma monstera adansonii je Fiza tanam dalam rumah sebab monstera adansonii ni saiz kecil sikit. Boleh lah nak selit kat ruang yang ada.



14 comments

  1. Sejuk mata memandang bila tengok kehijauan pokok-pokok

    ReplyDelete
  2. amboi nama saintifik diaaa kemain.
    saya suka jela tengok tapi malas nak jaga or tanam.. kt rumah nenek ada kakak sepupu sorang rajin belek pokok2 ni..

    ReplyDelete
  3. kalau letak pokok ni dalam rumah mesti best tapi itulah dalam rumah kurang cahaya matahari pula. ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul..untuk rumah yang banyak cahaya masuk okaylah letak dalam rumah.

      Delete
  4. Lawanyaaa gambar kat instagram tu. Pernah baca kalau bangun pagi mula2 tengok benda yang hijau2 dulu jangan tengok gajet 😀😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. aw..terima kasih. itulah kan. tapi tetap tgk gadget dulu sebab nak tengok pkul bp

      Delete
  5. Masha Allah, tanaman ini mengingatkan saya kepada almarhum tante saya (kakak mama saya) yang dulunya senang memelihara berbagai tanaman dan tanaman ini salah satunya.
    Memang cantik ya kalau ditaruh dalam rumah, jadi prop foto juga bagus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastinya arwah tante akak suka pokok bunga. ya, cantik untuk hiasan dalaman dan luar rumah. jadi trend juga monstera digunakan sebagai props gambar :)

      Delete
  6. cantik jugak daunnya tu ek...nanti la kalo ada rumah sendiri, nak juga ada pokok hiasan macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik..ada yang artificial juga orang suka buat decor-decor dan props gambar. Boleh saja tanam, cubalah :)

      Delete
  7. dok asyik terpikir dl pasai pokok ni. tp lupa nama terus lupa pasai ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.