Kenali Pucuk Ubi Yang Sebenar

Monday, May 18, 2020


Semalam punya cerita, husband beli barang dapur. Restock barang dapur yang perlu dibeli. Macam biasa senarai si isteri sudah semestinya panjang berjela. Takde lah berjela sangat. Setakat penuh 1 helai kerta nota kecil empat segi tu je. Tak banyak barang yang nak dibeli pun. Tapi alang-alang keluar nak beli barang mana yang dah habis tu. Senaraikan sekali lah apa yang nak dibeli lagi

Pucuk ubi, pucuk paku dan kerang antara makanan yang lama tak makan dan susah nak dapat. Dalam senarai dah siap tanda (kalau ada). Rezeki semalam dapatlah kesemua barang tu. Kerang dan pucuk paku dah selamat dah dijadikan lauk yang bernama kerang pucuk paku goreng pedas. Sedap digoreng selain buat kerabu.

Pucuk ubi tu lain pulak kisah dia. Kecewa betul masa keluarkan pucuk dari dalam plastik tu. Sekali imbas tengok dah tahu bukan lah pucuk ubi tapi daun ubi yang dah agak tua juga. Ingat lagi, masa kecik kalau tolong mak petik pucuk ubi tapi kau petik daun keras tua memang kena marah dengan mak lah.



Sejak tu memang kenal mana pucuk ubi mana daun keras tu. Daun keras orang tak buat makan dah. Lainlah kalau masih lembut lagi. Boleh juga dibuat masak apa yang patut. Dalam seikat yang kononnya semua pucuk ubi rupanya pucuk ubi hanya ada bebatang kerat je. Yang lain tu bukan pucuk ubi ye.

Peniaga pun lah, jual lah yang betul-betul pucuk ubi sahaja. Tak semua pembeli kenal pucuk ubi, lagi-lagi yang tak tahu hal-hal barang dapur ni. Mungkin ada pembeli yang anggap daun tu boleh dimasak juga. Kadang tu terpaksa beli juga walaupun ada sikit je pucuk ubinya. Yang lain keras tu ke tong sampah la nasib dia.

Point dia, kenali pucuk ubi sebenar. Pucuk ubi ada banyak jenis pucuk ubi. Ada yang jenis tak boleh makan. Fiza suka jenis pucuk daun ubi kayu keriting tu pun sedap tau buat ulam. Ulam pucuk ubi rebus, jantung pisang rebus tu memang favourite tu. Asal balik je mesti ada. Fiza dan sayur tak dapat dipisahkan. Rasa tak lengkap hidangan tak ada sayur hijau atau ulaman.


20 comments

  1. Huurrmmm... dulu kita petik jew pucuk ubi di kebun seberapa banyak yang kita kehendaki, sekarang kalau beli pucuk ubi memang dapat daun yang keras. Kalau ada ruang untuk ditanam, memang nak tanam pokok ubi heheeeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann kak. balik kampung tu seronok petik pucuk ubi fresh dan lembut lagi. beli camni kena memilih yg lembut. daun keras xleh buat ape dah. Memang kalau ada ruang tu nak je bercucuk tanam. Ini semua kena tanam dalam pasu. huhu

      Delete
  2. Saya pun fail bab mengenal pasti pucuk ubi ni. Memang berpeluh kalau Mak letak dalam grocery list

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. itulah kan..ade je peniaga jual. janji boleh untung agaknya kot.

      Delete
  4. aah kak.. sebenarnya sikit la sangat pucuk ubi yang boleh diambil buat makan kalo beli kat kedai nuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan. untung juga ada sikit dari tak ada lansung. huhu

      Delete
  5. alahai kesiannya tu mmg daun tua dah tu

    ReplyDelete
  6. sebab tak makan.. so x ambil port sangat. hehe..

    ReplyDelete
  7. Pucuk ubi ni biasanya dua helai aje daripada pucuknya.
    yang banyak dijual tu daun ubi.

    ReplyDelete
  8. Dulu waktu saya kecil, pucuk ubi gini yang di makan hanya yang muda saja, yang lunak.
    Tapi setelah saya ke Jawa, terus kenal masakan Padang, saya kaget, pucuk ubi yang dijual keras-keras, tapi ternyata pas dimakan, enak juga :)

    Orang-orang di pulau Jawa juga sering masak pucuk ubi yang keras, hal yang tidak sama bagi saya yang besar di pulau Sulawesi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebetulnya memang makan yang muda je. Tapi memang ada juga rupanya yang memang makan jenis daun keras tu. okay, kiranya dua-dua boleh dimakan buat lauk.

      Delete
  9. oh, kalo family akak, pucuk ubi gini lah kitorang makan..hari tu masa masak kat umah sis lin, terkejut dia tengok...tapi memang kitorang makan yang gini kat sarawak...buat masak lemak letak cendawan sisir...dicicah dengan ambuyat..tapi nak masak dia kena lama lah sampai daun ubi tu lembut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh baru tahu kak. kira boleh jugaklah ni cuma kena masak sampai lembut. okay² terima kasih atas penjelasan :)

      Delete
  10. pucuk ubi cicah budu. perghhhhhh hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. cicah dengan pucuk ubi belum pernah lagi. biasa cicah sambal belacan pun sodap!

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.