Buttermilk Pop Corn Chicken Cheese Salted Egg

Friday, May 15, 2020

Fuhhh..jenuh mengejar entry masakan berbuka sepanjang bulan puasa. Belum ada yang tercicir lagi nampaknya. Kiranya dah back on track dah ni. Semalam masak lagi buttermilk pop corn chicken cheese salted eggs untuk menu berbuka hari ke 21 Ramadhan. Fiza malas fikir dah, ikut apa yang husband nak makan je senang. Lepas ni sama-sama pening nak masak apa nak makan apa untuk berbuka.

Resepinya sama macam sebelum ni, beza dia tambah salted eggs je pun. Tepek sekali lagilah resepi buttermilk popcorn chicken. Salah satu salted egg menu untuk penggemar salted egg. Fiza guna popcorn chicken frozen sebab lebih cepat kerja masak. Nak buat sendiri ayam bersalut tepung tu agak leceh dan ambil masa. Kalau nak mudah, beli siap-siap popcorn chicken frozen tu ye. Beli yang saiz kecil lagi sedap cepat masak dan crunchy.


Bahan-Bahan Buttermilk Chicken Cheese Salted Egg

Ayam pop corn frozen
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
3 tangkai cili
1 sb butter
1 sb minyak masak
1/2 cawan fresh milk
1/4 sk garam
1/4 sk black pepper
1 slice cheese
2 sb salted egg powder (Fiza guna jenama bestari)

CARA MASAK BUTTERMILK CHICKEN CHEESE SALTED EGG

Goreng popcorn chicken sehingga masak, angkat dan ketepikan. Kemudian, panaskan butter dan juga minyak masak. Boleh juga gunakan kuali yang sama dan kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tu dan tinggal tambah butter je. Tumiskan bawang putih, cili api dan daun kari sehingga naik bau dan garing.

Agak-agak dah garing, masukkan susu, masukkan black pepper, garam dan salted egg powder. Kacau rata dan biarkan mendidih. Lepas tu barulah masukkan ayam popcorn yang dah siap goreng dan kacau rata bagi mesra serasi bersama. Akhir sekali baru masukkan slice cheese atau apa juga jenis cheese ikut suka. Letak cheese tarik mozarella tu lagi tertarik oiii..rasa dia akan lebih likat pekat dan berkrim disukai ramai.


14 comments

  1. Sedap nian ini ...
    Terutama disantap saat masih panas kepul-kepul [terlihat asap] 🙂

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena makan panas-panas baru sedap rasanya sebab ada cheese yang melting tu.

      Delete
  2. sedapppppnya ... terus rasa nak buat buttermilk chicken pula, haha.
    baru tadi makan buttermilk prawn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan kak. buat menu untuk berbuka nanti..tukar menu ayam pulak :)

      Delete
  3. wahhh kali ni tambah salted egg pulak ek...nyum nyum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..saja cuba tambah boleh compare dengan previous menu.

      Delete
  4. Sedapnya buttermilk pop corn chicken cheese.... puas meratah kalau dapat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. meratah sekali hadap je habis ni..tak sempat nak simpan :)

      Delete
  5. tak boleh jadi ni. nak buat jugak la nnt

    ReplyDelete
  6. hamboi.
    sesedap lauk berbuka fiza.
    apa yg menarik, tu hah, gambar fiza tu :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.