Home

Bulan Mei Dah

Friday, May 01, 2020

Pejam celik pejam celik tiba-tiba dah masuk Bulan Mei dah. Tanpa sedar kita dah bertahan berkurung di rumah sebulan lebih sejak bulan March hari tu. Tepu ke tidak duduk rumah? Haruslah tepu dan tak terbendung lagi dia punya bosan. Tapi ye lah, kita semua kuat dan mampu bertahan lagi sampai Malaysia bebas Covid-19. InshaAllah.. #kitajagakita duduk rumah diam-diam okay. Penat dah cakap  ayat ni. 

Masuk bulan Mei bila mana masih dalam tempoh PKP ni, terus rasa tak tahu nak rancang apa dah. Hanya duduk rumah dan menanti hari bahagia Malaysia bebas Covid-19 ni. Dah habis tempoh PKP pun masih lagi rasa tak selamat nak keluar selagi virus masih ada dan antivaksin tak ada lagi. Kena hadaplah kehidupan new normal di masa akan datang.


You deserve a pause from mess and chaos
Do what you love to feed your soul
1 Mei hari pekerja pun kita bercuti di rumah je lah ye. Lagi selamat lagi terjaga kita satu keluarga. Boleh duduk diam-diam di rumah kenapa nak keluar pulak. Melainkan pergi beli barang atau ada hal penting. Bulan Mei kita akan teruskan PKP Fasa 4 sampai 12 Mei. Apakah akan jadi selepas 12 Mei, adakah PKP fasa 5 akan menyusul? Kita tunggu...

Practice the PAUSE
When it doubt, pause.
When angry, pause.
When tired, pause.
When stressed, pause.
And when pause, PRAY.
Apapun, sama-sama kita doa semoga semuanya akan kembali normal dan menjalani kehidupan seperti biasa. Support frontliners kita dengan duduk diam-diam di rumah. Kalau kata kena sambut raya di rumah masing-masing pun rasanya semua orang pun sedia dah. Kita dah biasa kan? Stay strong, stay home and stay safe everyone. 


14 comments

  1. Suka petikan madah yang akhir tu. Berhenti sebentar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak NA. suka jugak dengan kata-kata dalam planner ni.

      Delete
  2. Selamat hari pekerja dan selamat berpuasa! ^_^

    ReplyDelete
  3. salam bulan Mei Fiza...tak pernah tak menarik planner Fiza ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. planner ni design orang lain kak..kita beli dan snap gambar je :)

      Delete
  4. Mahu tidak mahu mesti biasakan diri kan Fiza.

    ReplyDelete
  5. Saya pun tak perasan dah masuk bulan Mei... Ya Allah! lama juga kita berkurung di rumah rupanya!

    ReplyDelete
  6. Rasa macam cepat sangat bulan Mei dah.
    Tak sabar nak tunggu habis semua ni hehe.

    ReplyDelete
  7. Selamat hari pekerja awak..
    Sha kerja masa hari pekerja tu.. kena hantar laporan.. hehehe
    sejak PKP ini waktu berkerja pun dah tentu arah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya jadi kelam kabut kan. apa apapun semoga dipermudahkan segala urusan kak sha.aaminn

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.