Baling Belakang Sambut Birthday Lagi

Wednesday, February 12, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Bukan raya je sebulan. Sambut birthday pun boleh sebulan juga. Alhamdulillah, murah rezeki orang kata. Petang celebrate birthday dengan husband, malam tu family kakak datang pulak bawa surprise birthday kek lagi. Petang dapat sepotong kek, malam dapat sebiji kek. Rezeki sangat tu kan. Tapi tidak lah potong malam tu juga sebab dia orang sampai tengah malam, awal pagi nak membawa ke subuh. Jadinya simpan dulu. 

Tak rancang apa pun. Dah namanya surprise kan! Ada orang nak belanja, rezeki jangan ditolak. Lepas zohor, makan-makan kat The Windmill Station (TWS) Seremban Gateway. Pening betul nak cari makan-makan ni sebab banyak tekak, banyak citarasanya. Last-last ke TWS je lah layan menu western. Lagipun kat Seremban Gateway ni banyak restaurant dan cafe. Boleh lagi kalau nak memilih. Tapi tak sempat nak memilih, kejar masa. Jadi, memang ke TWS je terus jangan fikir-fikir dah.


Sedang hampir habis makan, tetiba muncul pulak nak makan aiskrim kat baskin robbins. Ahh sudah, perut tak sempat rehat lagi kot. Ikut nafsu sangat ni oii! Disebabkan dah kebetulan mereka datang dari jauh, kita pun spend masa sama-sama lah. Beli dua dan kongsi ramai-ramai. Barulah habis dan tak membazir. Kalau sorang satu jenuh senak perut makan. Sesambil tu kira celebrate birthday dan juga sempena wedding anniversary ke 17 kakak dan abang ipar sebenarnya. Double celebrations lah kiranya ni.



Seusai makan aiskrim, gerak ke Port Dickson, kononnya nak celebrate birthday potong kek kat tepi pantai cerita dia. Amboii.. kemain jauh nak memotong kek pun. Nak jadi cerita, kek tu kakak bawa dari Kuala Selangor ke Seremban. Kemudian bawa ke Port Dickson pula. Jauh betul kek makan angin. Mujur beli kek yang tahan lama tak cair.


Kami orang pergi Pulau Burung dekat Pantai Cahaya Negeri. Ramai umat betul datang Pantai Cahaya Negeri ni hujung minggu. Syukur kat Pulau Burung ni tak ramai orang sangat. Adalah port nak lepak potong kek dan makan-makan sikit. Kat pantai tu jangan cakap lah padat dia macamana. Tak ada port kosong. Tambah pulak ada event zumba kat situ. Betul-betul meriah.

New York Cheese Cake Secret Recipe

Dah potong kek, makan-makan kamiorang gerak balik rumah masing-masing. Jadilah buat kenang-kenangan. Suka datang Pulau Burung ni sebab suka view yang sangat cantik kat sini. Ini entah keberapa kali datang tak tahulah. Tapi belum lebih 10 kali kot. Setiap kali datang mesti bawa orang yang berbeza. Habis fikir dah tak tahu tempat mana best kat Seremban, Kat Port Dickson je lah banyak tempat best. Mujur dekat kan.


Alhamdulillah syukur. Dalam tak jadi bercuti tu, bila family datang kita bawa jalan-jalan kira bercuti juga lah tu. Perancangan Allah sangat baik dan tetamu datang membawa rezeki. By the way, ada banyak hari lagi ni dalam bulan Februari. Boleh lagi kot nak celebrate. Hihi...

With Love, Sihatimerahjambu

28 comments

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah rezeki tu ^_^

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday Fiza 🌹🌹🌹
    Sikit hari lagi bday iolls, boleh juga kaiau nak celebrate kan ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. wah baby february juga. Kita geng! happy birthday in advance :)

      Delete
  3. Kek Secret Recipe perisa apa tu?
    Kakak sanggup datang untuk raikan. Rezeki jangan ditolak.
    Harap rezeki sambut harijadi berterusan. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. New York cheese cake. Alhamdulillah rezeki sempena birthday :)

      Delete
  4. bestnya, sedap nengok semua kek tu... best bila family raikan...

    ReplyDelete
  5. ramai org syg ni byk kali sambut birthday.. hihiii..
    seronok!
    happy belated birthday fiza! =)

    ReplyDelete
  6. wahhhh sambut birthday sambil layan kek dan ditiup bayu sesepoi bahasa....

    ReplyDelete
  7. ingatkan apalah baling belakang ni...haha..throwback rupanya..hihi..

    bestnya..rezeki birthday...tak pernah lg ke Pulau Burung ni, nmpk cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kita direct translate gitu. unik sikit bunyinya kan.
      nanti ada rezeki masa tu bolehlah ke sini kak.

      Delete
  8. betul2 meriah celebration ni.. hehe..
    bila birthday ni kita nak dengan orang yg kita sayang kan.. tu bermakna sngt =)

    ReplyDelete
  9. makan sakanns.. 2 bulan lg nk puasa.. hehe

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah rezeki spent time dengan family lagilah tidak ternilaikan...
    Sedapnya nampak kek tu nanti nak carilah kat SR NY cheese cake ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ha cubalah beli dan rasa nanti kak :)

      Delete
  11. Best kan sambut birthday..akak dah lama tak sambut birthday...ingat tahun ni nak sambut la..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.