Cara Simpan Telur Yang Betul. Perlu Basuh Atau Tidak?

Sunday, November 03, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Tahu tak cara simpan telur yang betul? Agak keliru sebenarnya cara simpan telur ni. Perlu basuh dulu ke tidak ye? Sebelum ni Fiza simpan telur dengan cara, lepas beli terus basuh dan simpan dalam peti ais. Letak pada tempat bekas telur yang memang biasa dalam peti ais tu lah. Rupanya salah cara simpan macam tu. Ingatkan dah basuh bersih macam tu bagus lah. Rupanya salah cara simpan telur macam Fiza tu.

Pertama sekali, beli telur yang elok dan tidak retak. Jangan basuh telur dan simpankan dalam bekas khas telur yang jenis bertutup. Kenapa tak boleh basuh dan simpan terus dalam peti ais? Masa ayam bertelur, ayam akan keluarkan sejenis cecair (egg bloom/cuticle) yang menyaluti seluruh liang-liang permukaan telur untuk elakkan kuman masuk dalam telur dan berfungsi juga untuk kekalkan kelembapan dengan cara menghalang air dari meruap keluar melalui kulit telur. 


Lapisan tersebut dipanggil protective layer. Jadi, kalau basuh telur tu akan menghilangkan protective layer tersebut. Sebab tu tak digalakkan basuh telur. Tapi...kalau ada tahi ayam melekat tu, sah sahlah kotor dan ada kuman. Telur ni boleh tercemar dengan kuman salmonella dan boleh memasuki dalam makanan yang lain dalam peti sejuk.

Jadi nak buat macamana yang ada tahi ayam tu? Boleh je basuh hilangkan tahi ayam tapi tak perlu sental beria sampai hilang protective layernya. Tapi nak masak nanti, utamakan guna telur yang dibasuh ni dulu daripada telur yang tidak dibasuh. Sebab telur yang tak dibasuh tu lebih tahan lama kalau simpan berbanding telur yang telah dibasuh.

Bila nak masak tu wajib basuh telur dahulu ye. Kau orang ada selera ke nak makan telur yang tak basuh tu? kot ada tahi ayam terlepas pandang melekat pada telur lepas tu tercampur dalam masakan. Eiii geli kan? Sangat sensitif tau bila nampak orang masak telur tak basuh. Terus hilang selera dibuatnya. Lainlah kalau kau orang jenis tak kisah. 



Nak simpan kat luar pun boleh juga sebenarnya. Cuma kalau simpan kat luar tu telur akan lebih cepat rosak. Kalau jenis hari hari makan telur tu tak pelah. Confirm stok telur cepat habis kat rumah tu kan. Simpan kat mana pun tak de hal kalau macam tu.

With Love, Sihatimerahjambu

28 comments

  1. sy mmg simpan dlm peti ais xprnh basuh dulu..
    tp nk masak mmg akn basuh dulu la.. hihi..

    tq share benda baik ni!

    ReplyDelete
  2. Memang simpan telur yang tak dibasuh. Nak masak baru basuh.

    ReplyDelete
  3. akak dulu2 pun gitu jugak, tapi bila dah tahu.. nak guna baru akak basuh telurnya... lagi mudah kerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari dulu memang nak masak basuh dulu..cuma nak simpan tu confuse nak basuh dulu ke x.. dah tahu caranya baru buat cara yang betul :)

      Delete
  4. Dulu ammi basuh terus dan simpan. Tapi sekarang ni ammi tak basuh dan tak masuk fridge pun telur tu. Biar je kat dalam kotaknya diluar

    ReplyDelete
  5. Owh.. macam tu.. tapi rasa tak best kalau tak basuh sebelum simpan.. mesti nak basuh dulu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..boleh je basuh tapi kena cepat guna sebelum rosak

      Delete
  6. memang yang kotor tu dibasuh dulu seadanya dan paling priority dimasak. thanks for the tips..

    ReplyDelete
  7. kak akan basuh tapi bilas2 hilangkan kotoran yg ada kat kulit telur tu. kadang memang banyak pun kotoran yg ada. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tak nak yang banyak kotor tu memanng kena cuci bersih sebelum simpan..tapi kalau nak masak wajib basuh bersih.

      Delete
  8. Teman pun guna tips nie... memang telur tu akan tahan lebih lama kalau guna cara nie...

    ReplyDelete
  9. Dlu ummi basuh jugak nnletak dlm peti.. lepas tu bc satu artikel xboleh basuh..so ummi pn xbasuh n xletak dlm peti..biar je kt luar..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat luar pun boleh tapi kena cepat habiskan sebelum rosak gitu

      Delete
  10. Sy simpan luar sebelum nih. Mai Adik ipar, dia simpan peti hehe. Telur tu nak masak baru basuh huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum masak memang kena basuh dulu. Baru bersih :)

      Delete
  11. mmg tk basuh pn kalo lps beli..trus simpan dlm peti ais..bila nk amsak br basuh tp kalo beli yg sepapan beso dlm 30biji tu mmg ltk luar je...mmg cpt je abis telur ..ramai hantu telur kt umh..tu psl mmg beli sepapan yg 30biji tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cepat habis sepapan tu takpe letak luar. sehari guna telur pun dah berapa biji kan..rebus, goreng dan macam-macam lagi.

      Delete
  12. lsp beli mmg tak basuh trs msk peti ais. nk guna baru basuh... (sbb dah diajar dari kecik buat mcm tu) hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.