Buah Mulberry Masam Manis

Tuesday, November 12, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Amboiii...lama menyepi tak berupdate blog. Apatah lagi nak berblogwalking. Ampun! 3 hari sepi sebab balik kampung. Bila dapat cuti lama sikit kat kampung memang tak menyempat nak update blog ni. Sekadar sempat update facebook, instagram dan twitter je lah. Itupun mana yang sempat. Kenikmatan berada kat kampung tu boleh lupa sekejap dunia internet ni. Cliche kan? Tapi itulah realitinya.

Ni dia hasil tuaian buah mulberry kat kampung. Sebenarnya tak pernah tahu kewujudan pokok buah mulberry ni kat  belakang rumah. Tapi haritu balik kampung, explore habis-habisan tanaman mak kat kampung tu. Baru tahu ada buah mulberry ni. Apa lagi, terus petik mana yang masak dan hampir masak. Tak dapat banyak sebab masih ada banyak yang masih belum masak lagi.


Geram sungguh la tengok buah yang nak masak ranum ni. Tangan tu rasa nak petik je lah. Memang petik terus makan je la jawabnya. Tak sabar nak rasa sebab tak pernah rasa pun sebelum ni. Yang hitam betul tu buah paling masak dan manis rasanya. Yang hampir bercampur warna hitam dan merah ni masam manis rasanya. Sedap juga!


Yang warna kurang merah ni memang agak masam. Tak mampu nak telan. Tapi kalau kau orang sejenis yang suka masam, mesti suka yang warna macam ni. Sedap tu sedap tapi bila rasa masam tu terasa. Mak aiiii..masam nau nau.


Warna ala pink ni kira masih baby lagi. Kalau berani, makanlah. Fiza berani cakap yang ni memang confirm masam ya amat walaupun tak cuba makan yang ni. Fiza berani makan sampai yang dalam gambar atas ni je. Lebih masam daripada tu memang tak sanggup lah.


Pokok mulberry ni macam pokok bunga raya je rupanya. Daun dan batang dia seakan-akan lebih kurang sama. Terjakun sekejap sebab tak pernah tengok depan mata. Pokok dah besar tapi kenapa tak pernah perasan sebelum ni eh? Sebelum ni tak pernah berbuah mungkin, itu yang kurang perasan agaknya.



Pokok dia jenis tinggi tapi dahan-dahan halus macam pokok bunga  raya cuma versi besar je lah. Buah buah banyak lagi atas pokok tu. Tak sampai nak ambil. Lagipun banyak yang belum masak betul lagi. Dalam masa terdekat ni kalau dapat balik kampung, nak potong dahan je. Mudah nak ambil dan lebih rimbun lepas potong.



Harap harap ada rezeki balik nanti dapat buah mulberry lebih sikit. Terasa nak buat pati jus mulberry. Ada orang kata sedap. Apa yang ada ni nak cuba buat dulu. Tengok macam mana kesedapan jus mulberry ni.

With Love, Sihatimerahjambu

36 comments

  1. akak suka tunggu dah hitam atau maroon gelap baru petik, dah manis kalau masam pun sikit je

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tunggu dia hitam tu tak tahu ada rezeki lagi ke tak balik nanti. so amek mana yang boleh amek dulu. memang manis yg hitam. suka makan :)

      Delete
  2. Tak pernah makan..hurmmmm buat bahan cake sedap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap agaknya kot kak..boleh google infonya. sebab ni first time makan dan tahu buahnya :)

      Delete
  3. Warna hitam manis.. warna merah pink tu masam..
    Kalau nak berbuah lagi lebat, lepas habis tuai buah kena cantas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. niat macam tu lah kak. kalau balik nanti harap harap banyak dapat yang masak hitam tu.

      Delete
  4. pernah makan buah nie , kebanyakan mesti dapat yang masam . hehehe

    ReplyDelete
  5. oh wow.. sy x pernah makan buah ni rasanya.. haha

    ReplyDelete
  6. Sedap..masam manis..bila balik kampung alhamdulillah dapatlah PC makan..ada pokok kecil dihalaman rumah babah mama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..untung ada pokok, ada rezeki dapat makan bila musim berbuah banyak tu

      Delete
  7. sedap..ammi pun baru tau mama ada tanam depan rumah. nampak nau kalau balik rumah mama terus masuk tak toleh kiri kanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..xperasan tu sbb excited nak jumpa family kot ammi :)

      Delete
  8. wow... ranumnya nampak... sedap tu masam manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa nak masak ranum ni kak. memang sedap masam manis rasanya :)

      Delete
  9. nyummmm sedap tu. tengok gambar tapi terasa buah tu kat mulut ni. eh? hahahaa

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. yes, sedap! Bagus kalau ada tanam. Boleh makan selalu bila berbuah tu

      Delete
  11. Sedap buah ni... Pernah makan, kawan satu office bawa.......
    Dia memang banyak tanam pokok ni kat Pilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow banyak tanam tu seronok bila berbuah banyak. macam-macam boleh buat.

      Delete
  12. kat sklh ni pon ada pokok mulberry tp baru ade 3bijik buah.., haha..

    jemput follow ig saye xixiiloyze

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, 3 biji buat cuci mata dulu..hihi
      done follow ur ig

      Delete
  13. tak sangka masih ada buah mullbery di Malaysia..

    ReplyDelete
  14. Masam masam sedap gak tapi janganlah masam sanagt....Mata terkenyit kenyit kang sambil minum hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masam sangat tu yg warna pink tu ha..memang masam giler

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.