Resepi | Kuew Teow Kungfu Masak Cara Fiza

Wednesday, October 30, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Musim hujan setiap hari memang mengundang rasa lapar setiap masa. Menu berkuah dan panas sangat sesuai lah dihidangkan pada musim-musim macam ni. Tapi yang tak bestnya bila kurang sihat ni, kurang pula selera nak makan. Makan apa yang rasa teringin nak makan je. Kerja memasak memang wajib sebab perlu masak untuk husband kan.

Nak memasak untuk orang lain kena tahu selera dia makan apa. Memasak ni satu kepuasan kalau dapat sediakan makanan untuk orang tersayang dan kalau sedap tu satu bonus lah. Tak harap pujian tapi seronok kalau makanan yang kita masak sedap sampai habis licin makan. Salah satu favourite husband kuew teow kungfu. Asal kalau makan kat luar mesti order kuew teow kungfu!

Menu makan malam biasanya yang ringkas je lah tak ada makan lauk pauk bagai dan Fiza jenis masak 2 kali sekali siang dan malam. Masak memang untuk 2 orang makan je. Cukup-cukup dan tak ada membazir atau perlu simpan dalam peti ais. Sebab Fiza lebih suka makan makanan panas yang baru dimasak. 

Nampak cerewet tapi begitulah cara Fiza menguruskan kerja masak ni. Kalau ada tetamu je baru masak extra macam tu. Opss...panjangnya intro! Kuew teow kungfu masak cara Fiza sangat mudah. Cara dia lebih kurang masak mee sup tu lah cuma ada bahan tambahan kena letak tepung jagung untuk pekatkan kuah.


Resepi | Kuew Teow Kungfu Masak Cara Fiza (Hidangan untuk 2 orang)

Bahan-bahan
2 ulas bawang putih
4-5 tangkai cili api
Minyak masak untuk menumis
Telur 2 biji
white pepper
1 kiub ayam
1 sudu cukup rasa maggi
2 sudu tepung jagung
Air secukupnya
Udang (ikut suka nak letak banyak mana)
Sayur (suka hati nak letak sayur apa, Fiza letak sayur campur dengan kailan)
1/2 bungkus kuew teow (cuci dan toskan)

Cara-cara
Dalam satu bekas, pecahkan 1 biji telur dan tambah white pepper sikit. Kacau telur dan masukkan kuew teow yang telah dibasuh tadi. Kacau rata. Kemudian goreng kuew teow tu sampai garing. Kalau Fiza, suka goreng kuew teow garing-garing sikit. Sementara tunggu kuew teow masak tu, gunalah kuali dapur sebelah untuk masak kuah pula ye. Kalau menunggu sampai kuew teow tu masak agak buang masa di situ.

Kuah
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan cili api.
2. Dah naik bau dan garing sikit masukkan air secukupnya. Masukkan kiub ayam. Biarkan mendidih sehingga kiub ayam cair sebati dalam kuah.
3. Kemudian barulah masukkan udang dan sayur-sayuran. Dah masak sikit barulah letak serbuk cukup rasa maggi dan white pepper sikit.
4. Bancuh tepung jagung dalam air biasa, baru curah dalam kuah sebab kalau masuk tepung jagung terus dalam kuali dia akan berketul ketul nanti.
4. Akhir sekali baru pecahkan 1 biji telur dan kacau-kacau. Biarkan masak kejap.  

Bila kuew teow dah masak, letak dalam pinggan dan curahkan je kuah tu. Makan kuew teow kungfu ni kuah dia kena panas untuk kuew teow tu lembut sikit. Kuah buat lebih sikit sebab husband suka kuah lebih. Dulu rasa macam susah je nak masak. Bila dah belajar dan rasa macam lulus untuk selera husband. Okaylah, boleh diteruskan masak cara Fiza tu. 


With Love, Sihatimerahjambu

32 comments

  1. cantik presentation kuew teow kungfu fiza tu. fav kak ana juga ni. wajib makan dengan cili api. baru kaw kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Ana. Ada rasa pedas tu lagi sedap kan.

      Delete
  2. sedapnya nengok kuew teow kungfu tuh... akak ni selalu kalau kuew tiaw retinya goreng jelah... mcm best lak menu fiza nih... nanti nk try lah

    ReplyDelete
  3. hai sis . Menu favourite nie . Saya pun selalu buat sendiri je kalau nak makan , yang penting kuew teow tu boleh letak byk mana kita nak dan berapa garing telur tu semua kita boleh buat sendiri . Kalau dekat kedai semuanya sikit . Hahahah , cerewet jugak saya nie . Tapi tu laaa , benda berbayar nie wajiblah kena dengan tekak kita kan . hehe

    ReplyDelete
  4. Wowww nak cuba gak laaa, sedap aje tu..tapi resepi ni nak kena makan pepanas kan, kalau lambat makan jadi pekat likat gitu...sejenis Sis pulak tak berapa suka tepung jagung, tu jadi masaalahnya huhuhu...tapi nak cuba gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena makan panas-panas baru sedap berkungfu. ohh, kalau tak suka tepung jagung maksudnya tak suka makan kuew teow kungfu lah kan :)

      Delete
  5. every just looks so good since i'm hungry now.

    ReplyDelete
  6. nampak mudah menu ni..rasa mcm dah lama tak masak kuew teow ni..Nanti ada masa boleh la memasak resepi ni

    ReplyDelete
  7. pergh...

    cukup menyelerakan.

    saya cukup suka jenis yang berkuah ini

    ReplyDelete
  8. cantik sangat penampilannya sangat menggugah selera jadi terliur tengok masakan ini

    ReplyDelete
  9. Bookmarked! Kita teringin nak buat sendiri, tapi tak ada geng. 😭😭

    ReplyDelete
  10. bila baca resepi macam mudah je.. hee~ tapi tu lah.. nak capai tahap rajin tu susah banyak.. tapi tak pe lah.. nanti akak try.. hahahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..baca memang mudah. Takpe, tunggu rajin boleh cuba nanti

      Delete
  11. Serious nampk Lazar lah kueteow Tu. Boleh lah ikut resepi nanti

    ReplyDelete
  12. Aiseeyyyy... teman belum lunch lagi nie... Lapor pulak bila tengok gambar mee tu...

    ReplyDelete
  13. semoga masakan fiza makin sedap lepas ni

    ReplyDelete
  14. Dia punya presentation, lapar perut ni tengok. sama taste dengan saya pulak asben fiza.hehe. saya kalau makan kat luar pun, suka order kuew teow kungfu ni. nak masak sendiri, buat penat je sbb en.suami tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..food plating kena menarik kak. ala, kenapa tak makan pulak kalau dah masak? :)

      Delete
  15. Sedapnya.. Food plating fiza pun cantik.. menggoda untuk dimakan.. hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.