Mee Sup Paling Senang Masak

Wednesday, October 23, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Musim hujan ni cepat betul rasa lapar. Aduhaiii. Nak melayan perut lapar musim hujan ni kena makan menu yang panas-panas selain air panas. Biasa kalau tengah lapar tu ingat mee maggi je lah. Tapi mee maggi tak ada stok kat rumah. Yang ada cuma mee kuning je. Okay terus terfikir nak buat mee sup mudah je sebab kalau masak sup lagi sedap makan panas-panas. Lagipun husband pun tengah kurang sihat. Memang elok masak mee sup panaskan badan untuk keluarkan peluh.



Cara masak mee sup paling mudah ikut cara Fiza, tumis bawang putih dan cili. Masukkan air, dah mendidih masukkan kiub ayam, 1 sudu maggi cukup rasa, udang dan sayur ikut suka. Last sekali baru pecahkan telur. Fiza guna numee gardenia lebih sedap, lansung tak ada rasa kapur tu. Dah basuh mee, letak dalam mangkuk dan curahkan kuah sup panas yang dah masak tu. Bila dah letak kiub ayam dan maggi cukup rasa tu tak perlulah letak garam lagi. Cukup dah rasa sup tu.

Tak ada mee kuning, guna bihun pun boleh. Tambah white pepper dan black pepper sikit lebih kurang rasa bihun pama macam tu. Nak rasa sedap lagi tambah daun sup dan makan dengan sambal kicap. Memang nikmat ya amat makan mee sup panas-panas bila tengah hujan ni kan. Ni cara paling mudah dan cepat.

Nak defrost ayam ambil masa. Jadi, gunakan kiub ayam pengganti rasa ayam tu. Janji perut terisi bila rasa lapar. Tapi makan menu berkuah ni cepat kenyang dan cepat lapar. Kena makan nasi juga sudahnya kalau nak rasa kenyang. Perut jenis tak boleh tinggal nasi. Jenis makan kerap tapi kuantiti sikit.

With Love, Sihatimerahjambu

50 comments

  1. sedapnya, bagi akak sup ni buat lah simple macamne pun memang pembuka selera, kadang bila malas akak buat sup telur je itu pun makan bertambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak. memang pembuka selera. makan nasi goreng ada sup pun sedap :)

      Delete
  2. kalau ammi suka guna mihun...
    tp betullah memang layan makan sup2 ni kalau time sejuk2

    ReplyDelete
  3. mudah dan pantas mee sup nyer --- boleh ambik resepi ni

    ReplyDelete
  4. Saya pun minat clear sup yang macam ni. Simple tapi sedap..

    ReplyDelete
  5. ya Allah .. sedapnya .. makan time panas-panas.. mengugat selera betul gambar mee sup sis tu .. terliur dah ni

    ReplyDelete
  6. senang. tp. itulah tu. bila sy malas, semua jadi susah kak. HAHAHA

    ReplyDelete
  7. makan kerap tp kuantiti sikit tu bagus. Biasa orang berdiet makan sup. Kenyang tapi low calori

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bagus tapi tulah badan macam tu juga tak slim..kurang bersenam semestinya.hihi

      Delete
  8. benda-benda yang melibatkan sup memang senang nak buat..

    sihat dan juga sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul. ada orang letak je semua bahan dan biarkan mendidih je. lagi mudah :)

      Delete
  9. Duh telur di atasnya bikin laper liatnya

    ReplyDelete
  10. Sedapnya.. Aduhai, tetiba lapar lah pula.. 😊😊😊

    ReplyDelete
  11. Selain nasi panas & telur + kicap, mee sup simple mcm ni pun penyelamat utk perut yang lapar atau emergency kan Fiza.. menarik tengok mee sup Fiza tu. Memang sesuai makan waktu hujan atau badan tak sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang penyelamat sangat menu macam ni. lagi lagi kalau M datang..huhu

      Delete
  12. Ya Allah lalau lagi nampak plak mee sup adeiii..
    Terus lapar jadinya ni...tengah IF Fasting ni adoii doii..laparrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar kak sabar..esok sampai masa boleh buat mee sup

      Delete
  13. Baca tajuk jek pun terus tergoda..mmg suka masak yg simple n sedap ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah sampai macam tu sekali tergoda dia..samalah! suka yang simple cook je

      Delete
  14. Terus sia JM salin resipi mudah ni sbb mmg suka masak yg mudah2 ni nk try..leh ganti dgn bihun dok

    ReplyDelete
  15. Ahaa dh salin reaipi..yes mmg midah sol rupanya leh guna mihun jgk...pecah telur fuhhh!! Nak buat nak buat slurppp 😬

    ReplyDelete
  16. memang terliur. dah la sekarang pukul 12 tengahari dah. hahahaha

    ReplyDelete
  17. skarang musim ujan ...layan mee sup ni mmg yummmm

    ReplyDelete
  18. Musim hujan layan mee sup memang terbaik. Ada pula cili api dalam tu kan. Ngam terukkm.

    ReplyDelete
  19. Waa...another resepi simple & sedap. Nampaknya sudu & garfu tembaga sudah menjalankan fungsi mereka - fabulous pics dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. dah menjalankan tugas dengan baik sekali cuma styling tu kelaut sikit :)

      Delete
  20. fav sy ni. mkn 2 mangkuk pun x kenyang lg heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah hebatnya boleh makan dua mangkuk..kalau Fiza, menu berkuah ni mudah sangat cepat kenyang :)

      Delete
  21. betul tu.. time hujan ni asyik lapar. senang nk masak

    ReplyDelete
  22. Akak paling suka mee sup...tumbukkan lada hitam skit tumis, letak udang kertas kecik2 tu ngan sotong..walla...sedapmyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga tambah lada hitam. tapi kadang dah letak cili api tak berani nak letak black pepper takut sakit perut. udang kertas tu macam susah je nak jumpa sekarang kan. sedap tu memang sedap

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.