Ambil Angin Petang di Pantai Tanjung Bidara Melaka

Wednesday, October 23, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Selesai Majlis Konvokesyen anak buah di UiTM Lendu. Saja menyampaikan hasrat pada husband nak pergi pantai kalau dekat. Husband kata okay dan decide pergi pantai tanjung Bidara dekat sikit agaknya kot. On Waze dan anggaran masa kurang lebih kira-kira setengah jam macam tu. Terus gerak ke Pantai Tanjung Bidara. Buat pertama kali jejak kaki kat Tanjung Bidara ni sebenarnya. Agak teruja!

Tanjung bidara ni tak macam Pantai Puteri yang Fiza pernah pergi sebelum ni. Suasana agak sunyi cuma ada beberapa buah kereta je parking. Boleh kira manusia yang ada lepak kat situ. Food court sunyi sepi tanpa peniaga. Kiranya kurang pengunjung petang-petang ni. Atau sebab hari biasa memang tak buka food court kat sini. Entahlah, tiada jawapan. Orang situ je tahu kot. Mujur bukan datang nak makan sekali. Dapat makan cendol tepi pantai tentu seronok.


Saja singgah pantai sebab Fiza suka tengok pantai dan sambil tu boleh ambil gambar cantik-cantik tepi pantai. Pantang nampak pantai mesti rasa macam tenang dan damai gitu. Terapi sebentar sebelum balik rumah. Tapi Fiza tak suka mandi air laut sebab cepat sunburn dan agak 'aquaphobia' sebenarnya. Suka lepak tepi pantai je menikmati permandangan ciptaan Allah. Ambil gambar tu sudah semestinya. Kalau rumah dekat dengan pantai, mahu hari hari belok ke pantai. Hehe

Pantai Tanjung Bidara ni bersih dan pantainya agak panjang. Jenuh juga kalau nak menyusuri pantai ni. Pantai pun bersih dan ada batu-batu besar tepi pantai. Cuma tak ambil gambar kat batu tu je sebab malas nak jalan ke sebelah situ. Air laut kat Tanjung Bidara agak keruh macam air sungai. Tak jernih dan tak biru. Kalau warna biru dan jernih tentu lebih cantik kan. Lain pantai lain warna airnya disebabkan faktor kedalaman, cahaya, kandungan dan sebagainya.


Air keruh macam ni sebab tak dalam dan disebabkan faktor ombak yang memukul pasir di tepian pantai. Mungkinlah kot. Kena kaji lebih kalau nak tahu. Paling suka bunyi ombak tepi pantai. Rasa nak pacak tiang buat rumah tepi pantai je. Tapi rasa takut pula. Bak kata pepatah "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Haha Tiba teringat pepatah tu. Ada kena mengena juga tu kot.


Dah puas ambil gambar yang tak seberapa tu dan sedut angin petang tepi pantai puas-puas. Gerak balik kampung Segamat terus sebab masih ada baki cuti sehari lagi. Dah lama tak balik kampung. Alang-alang berkesempatan ni terus balik kejap. Dah lama tak balik kampung. Huwaa...


With Love, Sihatimerahjambu

30 comments

  1. Pantai Tanjung Bidara memang top suatu ketika dulu. Tak tau pulak kenapa skrg sunyi kurang pengunjuk. Tapi kalau Fiza pergi ke Pantai Pengkalan Balak pun ok jugak.. pun tak jauh dari UITM Lendu. Kat Pengkalan Balak tu banyak chalet tepi pantai. Agak meriah sikit dengan pengunjung 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza ingatkan happening kat sini kak. Next time boleh pergi pengkalan balak pulak. biasa tu lah asyik kelebang dgn pantai puteri je.

      Delete
  2. Sayangnya mcm pantai yg terbiar ye sis..sbb dulu2 rasanya pantai ni famous jg sllu di sebut2..
    seronok dpt balik kg walaupun sekejap..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak terbiar tapi masih bersih dan ada orang juga datang.

      Delete
  3. cantik jugak pantai dia tu tapi mungkin kurang daya penarik agaknya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin weekend meriah kot atau mungkin sebab ramai dah beralih arah ke pantai lain

      Delete
  4. Samalah bila dah besar tak mandi sungai atau laut.

    ReplyDelete
  5. topi tu custom made ke .? nice la ade nama sendiri . Datang la kuantan , banyak jugak pantai . Mostly weekend semua pantai akan penuh orang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, custom made. ada dalam entri yang lepas. Kuantan dah singgah pantai cahaya bulan je kalau tak silap.

      Delete
  6. mungkin sekarang pengkalan balak lebih menjadi tumpuan. Kecik-kecik dulu saya suka pergi tanjung bidara ni

    ReplyDelete
  7. X suka jgk mandi laut sbb air masin 😬

    ReplyDelete
  8. lama betul tak ke sini walaupun rumah mak cik sy kt sini hehehe

    ReplyDelete
  9. Penah jugak lepak sini. Hehe.. Dah lama tak pegi. Love semua gambar cantik2 angle.

    ReplyDelete
  10. cantik pulak topi fiza tu? bt kt manaaa? nk cantik mailah pantai kt penang ni. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dalam previous entri. search je beach hat dalam kotak search sebelah kanan atas tu. penang jauhhhh..kita mampu dekat² je Nina :)

      Delete
  11. Sesekali merehatkan minda kat tepi pantai..memang best

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.