Konvokesyen UiTM 91 UiTM Lendu, Melaka

Sunday, October 20, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Datang konvo orang macam tak best pula kalau tak bawa bunga. Betul tak? At least sekuntum pun dah cukup! Bagi bunga cengkih pun boleh, macam video dalam twitter adik lelaki bagi kakak dia bunga cengkih dalam bungkusan tisu. Asal bolehlah dik! Bunga cengkih boleh buat masak kak. Jenis Fiza, kalau ada masa dan kurang bajet nak beli yang mahal tapi tak berbaloi tu memang DIY lah.

Kalau bajet lebih dan tak ada masa, belilah mana yang mengikut bajet. Ikut masing-masing punya cara lah kan. Cuma bila tengok harga dengan bunga tu rasa macam tak berbaloi je lah. Itu sebab lebih puas hati buat sendiri. Walaupun rupa tak macam mahal tapi sentimental value tu ada. Boleh lah selak-selak entri lama konvokesyen anak buah lain pun Fiza ada buat sendiri.


Okay, gerak terus ke Majlis Konvokesyen anak buah kat UiTM Lendu, Melaka. Untuk pertama kali jejak UiTM Lendu ni sebenarnya. Paling banyak jejak kat UiTM Shah Alam lah. Tempat study dan konvo sendiri lagi kan dikenang. Eh, UiTM Penang pun banyak jejak kaki sebab bermula diploma dari sana. Tak lupa juga UiTM Pilah habiskan 1 sem Pra-Sains. UiTM Dihatiku betul!

Anak abang pertama semua dah habis konvo dah. Giliran anak sulong kakak Fiza pula konvo. Dulu Konvo diploma dekat dengan rumah je UiTM Segamat. Konvo degree ni jauh sikit lah dari rumah sebab degree pun kat UiTM Bandar Melaka tu ha. Ini pun tak complete family sebab dua orang lagi sekolah. Yang dua orang tu ponteng agaknya kot.


Tahniah anak buah! Mak buah tumpang happy dan cuma harap dapat kerja yang elok-elok lepas ni. Scroll pun dah dapat semua, lagi mudah nak mohon kerja ikut kelayakan yang ada. Semoga dipermudahkan urusan mencari kerja yang baru.


Tamat legasi UiTM dari mak buah kepada anak-anak buah. Masih ada sorang lagi di ILP konvo next 2 years kot. Tak lupa juga, tunggu giliran husband juga menghabiskan PhD beliau. Semoga dipercepatkan dan dipermudahkan. Aaaminnn...

With Love, Sihatimerahjambu

16 comments

  1. Whoaaaa..tahniahhhh! Tahniahhh..moga berjaya terus!
    Seronok tengok orang lain konvo...zaman saya dah berlalu....rindu jugak! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, seronok. zaman kita dah berlalu kan. memeriahkan suasana je lah ni

      Delete
  2. wahhh tahniahhh!!! penat lelah belajar dah terbalas...lps ni mencari rezeki pula kan...

    ReplyDelete
  3. huntung dapat auntie yang creative mcm Fiza.. memang betul Fiza... bila datang musim convo, org yang jual2 bunga tepi jalan tu ambik kesempatan utk mark-up harga.. better DIY je. dah tentu2 cantik ikut taste kita kann ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..bunga sekuntum, filler sejemput harga pun dah berpuluh.

      Delete
  4. Bestnya nak buah dapat bunga....sekali 2 bouquet tu ha...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.