Unboxing Althea Beauty Haul 14.0 | Skincare Tools

Hello peeps! Fuhh, minggu ni jenuh buat entri mana yang dah terperam lama nak buat tu. Entry review marathon namanya. Daripada blog terbiar sunyi tanpa cerita tu, lebih baik Fiza update mana yang perlu untuk dikongsikan. Walaupun bukan task job tapi nak kongsi juga beberapa produk yang best Fiza pernah guna. Jom unboxing Althea Beauty Haul 14.0! 




Kotak Althea ke-14 yang Fiza dapat kali ni kecil je. Kotak Althea paling kecil sebab Fiza beli barang sikit je tapi harga dia tak berapa nak kecil. Dah lama sebenarnya aim nak beli skincare tools yang sangat berharga. Fiza beli Laneige Time Freeze Face-Fit Roller yang berharga RM179.


Selain itu Fiza tambah stok Sheet Mask. Sebelum ni Fiza pernah beli Boom De Ah Dah Everyday Mask Honey. So kali ni beli Boom De Ah Dah Everyday Mask Berry pula untuk firming. Dah beli face-fit time roller, so kena lah ngamkan dengan sheet mask untuk firm juga kan. Beli satu set 10 sheets terus dengan harga RM15.



Lepas tolak points dan tolak 10% diskaun, Fiza kena tambah RM5+.++ je. Kalau kau orang shopping kat Althea Korea tu dan tulis review sikit, akan dapat 10% diskaun tau! Memang tak rugi lah dapat 10% untuk next purchase. Kalau beli 10 barang, tulis satu-satu produk dah boleh dapat 10 kali 10% dah tu. Satu diskaun code boleh guna untuk satu pembelian je. 

Macamana nak dapat diskaun tu, Althea akan email untuk tulis review barang yang kau orang beli tu. Jadi, ikut je langkah yang diberikan dalam email. Beberapa minit lepas tu Althea akan send code. Tapi code ni ada expired juga. Jadi, dah dapat code tu cepat-cepat membeli sementara masih valid. Thank you Althea Korea.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments