Skincare | Boom De Ah Dah Everyday Sheet Mask (Berry)

Sebelum ni Fiza pernah cuba Boom De Ah Dah Everyday Sheet Mask Honey & Aloe Vera. Next haul Fiza beli Boom De Ah Dah Everyday Sheet Mask Berry pula. Beli satu set terus! Kalau Honey untuk nourishing kulit tapi berry ni untuk firming. Aloe vera tu Fiza beli one sheet je tapi tak sempat nak review. It's okay, lepas ni boleh beli one set Aloe Vera sheet mask pula ye.



BOOM DE AH DAH EVERYDAY SHEET MASK-BERRY
Mengandungi campuran blueberry, strawberry dan raspberry. Sebab itulah diberikan nama berry dan semua ekstrak buah-buahan ni berfungsi untuk mengetatkan/mengukuhkan lagi struktur dalam kulit dan menjadikan kulit lebih firm.


MASK TEBAL DAN ESSENCE BANYAK
Seperti yang Fiza dah kongsi sebelum ni. Boom De Ah Dah sheet mask agak tak terlalu nipis dan mempunyai essence yang banyak dalam satu pack ni. Kalau pakai tu memang Fiza topup habis lah. Kadang tu lebih 20 minit sebab nak tunggu kering sikit. Tapi kalau tak topup essence pada mask pun stay sampai 20 minit pun essence belum kering.

Thick mask and full of essence

Sheet mask jenis tak nipis sangat ni lebih mudah nak dibuka daripada lipatan dan mudah untuk pakai. Tak mudah koyak atau lari bentuk bila sebelum pakai. Sebab tu suka dengan sheet mask Boom De Ah Dah ni. Suka banyak!



CARA PAKAI
Macam biasalah cara pakai lepas cuci muka baru pakai mask. Pakai mask dalam masa minimum 10 minit dan maximum 20 minit. Boleh rujuk juga paackaging sheet mask.


Lebih selesa pakai bila mask ni kena dengan saiz muka. Tak lari lah lubang mata, hidung dan mulut tu. Lepas buka mask akan rasa sticky sikit sementara tunggu kering tu dan kalau nak cepat kering sikit tap tap je essence yang tertinggal biar mudah menyerap dalam kulit.


Untuk pembelian >>> Althea Korea

Selain sheet mask Boom De Ah Dah ni, ada banyak lagi jenis sheet mask yang kau orang boleh pilih di website Althea. Boom De Ah Dah antara recommended sheet mask dan best seller. Murah dan berbaloi beli on set.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.