Bila Tiba Musim Buah

Wednesday, July 24, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Aduhaiii... bila tiba musim buah kalau tak balik kampung memang rugi! Minggu lepas balik kampung, tengah musim segala buah ada. Rezeki musim buah dalam satu masa memang untung sangat. Paling yang dicari adalah raja buah, buah durian lah apa lagi kan. Itu paling nak makan tu. Selain buah durian, ada buah manggis, buah rambutan, buah langsat dan buah kundang.


Buah manggis ni berhantu betul. Makan satu mesti nak makan lagi. Boleh hadap sebesen sorang dibuatnya kalau tak ada orang tegur. Haha! Tapi makan banyak, terima lah padahnya kalau batuk ye. Rambutan pun sama, kalau makan banyak boleh mengundang batuk tak sudah. Rezeki musim durian kali ni dapat makan durian sedap. 

Yang tak sedapnya bila bawa balik durian letak dalam bonet kepanasan, bila keluarkan dari bonet dah merekah tak sedap dah. Lebih suka makan fresh baru gugur dari pokok tu. Kalau dah merekah dan masam tu memang buat tempoyak je lah. At least berguna juga kalau bawa balik buah durian ni. Boleh buat sambal tempoyak daun kayu ke kan.


Kalau duduk lama lai kat kampung tu memang hari-hari kenyang buah je lah. Pagi-pagi breakfast dah makan durian. Rare betul! Bila balik pula, penuh bonet kereta dengan buah je. Bau durian tu memang menusuk semerbak satu kereta. Hadap je lah ye. Mak abah kita ni kalau boleh semua nak dibekalkan bawa balik. Ini pun dah tolak macam-macam. Ini saja lah nak mampu bawa balik.


Nanas N36 tu beli masa singgah Aye Hitam hari tu pergi Johor Bahru. Memang sentiasa musim je kat Ayer Hitam tu. Rangup dan manis. Katanya baka baru. So saja beli nak cuba. Memang rangup dan manis. Selamat dua biji dah buat pajeri nanas. Harap-harap balik raya haji nanti ada lagi musim buah ni. Sejenis yang suka makan buah tempatan. Kat kampung kau orang tengah musim apa sekarang ni?


With Love, Sihatimerahjambu

6 comments

  1. bestnya... heaven betul kalau pagi2 dpt sarapan durian...

    musim buah mmg best, mak pak kita kalau kita balik kg mmg semua benda nk kita bwk balik ke bandar hehehhe

    ReplyDelete
  2. manggis sedap durian pun sedap tapi kalau makan lebih dedua ni ada effect kat badan ... batuk dan panas tapi musim buah bukan ada selalu ...makan aje jgn fikir banyak ..hahahhaha

    ReplyDelete
  3. nk kena cari manggis ni..
    lama xmkn..

    ReplyDelete
  4. alaaaa dapnyeee... bebuah kegemaran ni... follow here #5829

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.