Sesekali Ke Kebun Abah

Monday, February 18, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Berbudi pada tanah pasti akan mendapat hasilnya. Orang kampung kalau ada tanah dan kebun tapi tak bercucuk tanam memang rugi. Tanam lah apa saja pun yang boleh mendatangkan hasil, mesti ada keuntungannya samada untuk jangka masa pendek atau panjang. Tak semestinya duduk kampung tak boleh mendatangkan hasil dan tak boleh hidup. Kalau tanam untuk diri sendiri dan untuk jual boleh je mendatangkan pendapatan. 


Alhamdulillah rezeki abah ada banyak kebun. Kalau tak ke kebun getah yang boleh ditoreh, abah akan ke kebun getah lagi satu ni yang belum boleh ditoreh lagi. Sementara menunggu getah membesar abah tanam pisang, jagung, ubi kayu dan nenas. Memang meriah tengok kebun abah ni. Semak pun meriah lah juga sebab abah tak larat nak menebas. Tunggu anak-anak balik belum tentu rajin nak menebas. Meracun je la paling senang nak buat. 

Kebetulan masa balik haritu jagung abah tanam dah berbuah elok besar. Apa lagi, rajin pula pergi kebun kutip hasil. Masa abah tanam tak sempat nak tolong tanam. Bila balik nak tolong tanam cuaca tak mengizinkan sebab abah kata musim panas tak elok tanam jagung. Tak berhasil! Jadi, dari buat perkara sia-sia, tunggu ada hujan sikit nanti bolehlah tanam.


Abah jenis suka bercucuk tanam. Bila ada hasilnya mulalah telefon anak-anak suruh balik merasa hasil tanaman dia. Alhamdulillah, sempat juga merasa jagung manis abah tanam. Adik beradik yang lain dah merasa dulu. Ada jugalah rezeki Fiza merasa. Banyak juga Fiza ambil, berkongsi rezeki dengan keluarga mertua dan kawan-kawan lain. Rezeki dikongsi bersama. Moga murah juga rezeki abah.



Elok tersusun penuh isi jagung manis ni. Fiza paling suka makan jagung yang kecik sikit lagi sedap rasa dia. Kalau rajin sikit, leraikan jagung dari tongkol, campurkan butter dengan susu pekat. Gaul rata dan makan macam dijual kat kedai tu. Memang sedap! Kalau beli kat pasar malam pun secawan dah RM3 kalau tak silap. Jagung tanam sendiri memang puas makan sampai jemu dan berbahagi je kat orang. 

Tak tahu betul ke tidak. Kalau nak isi jagung tersusun cantik, orang yang tanam tu kena gigi cantik tersusun juga. Betul ke? Fiza pernah dengar lah dulu. Ke orang tu saja melawak je.

With Love, Sihatimerahjambu

7 comments

  1. Hasil berbudi pada tanah kan...best jer...especially time kutip hasilnya

    ReplyDelete
  2. untung kan anak anak... bapa mertua lynn pun rajin bercucuk tanam ni... kalau tiba musim buah, durian memang banyak... rezeki kami dapat menumpang makan

    ReplyDelete
  3. berbudi pada tanah mmg akan ada hasilnya... rajin ngn tak je kan

    ReplyDelete
  4. Bestnya, teringat lak dusun opah kt batu kurau tu.

    ayat last tu tak pernah dengar pulak :D

    ReplyDelete
  5. sedapnya jagung tu..tambah2 klu buat bubur,,..:)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.