Jalan-Jalan Cari Makan di Medan Selera Taman Kanak-Kanak Ipoh

Kalau dah bercuti jalan-jalan, mesti nak cari tempat makanan sedap. Sesekali pergi tempat orang memang wajib rasa makanan sedap yang ada kat situ. Dengan hasil bantuan google dapatlah beberapa tempat makanan sedap dan wajib cuba. Tapi disebabkan belum makan tengahari dan husband nak makan popiah basah, decide jalan-jalan cari makan di Medan Selera Taman Kanak-Kanak (TKK), Ipoh.

Agak susah sebenarnya nak cari Medan Selera guna waze, entah mana-mana lah dia bawa sampai pusing dua tiga kali jugalah mencari. Kesilapan teknikal sebab salah keyword nama tempat. Kena waze guna nama yang betul barulah sampai Medan Selera Taman Kanak-Kanak (TKK) Jalan Dato’ Tahwil Azhar ni. 


Kat Medan Selera ni ada banyak pilihan makanan. Jadi, macam tempat yang sesuailah untuk kau orang singgah makan. Boleh pilih nak makan apa ikut selera masing-masing. Ada nasi, ada masakan goreng panas, ada abc, ada popiah dan bermacam menu lagilah. Disebabkan kamiorang tak makan nasi tengahari lagi. Jadi, order nasi ayam lah cepat sikit siap. Lagipun perut dan lapar kot berjalan dari tadi.

Tak ingat order nasi ayam ni di kedai mana satu tapi sebaris kedai popiah SS Ali (POPIAH IPOH T.K.K) yang popular tu. Nas Ayam dia memang sedap. Ke masa perut lapar semua makanan jadi sedap? Eh, taklah. Memang sedap pun. Teh ais dia pula memang kaw dan sedap. Husband sampai dok sebut je teh ais tu sedap. Kemain sangat kan! Total 2 pinggan nasi ayam, teh ais tarik dan teh o ais, RM14.50. Nasi ayam tu mungkin RM6 sepinggan, Teh Ais RM1.50 dan teh o ais RM1.


Disebabkan husband nak makan popiah juga, jadi bungkus juga popiah basah SS Ali yang popular di Ipoh ni. Harga satu popiah RM1. Satu bungkus ada 5, jadi RM5 sebungkus. Husband beli sampai 2 bungkus buat bekalan makan malam kat Hotel nanti sebab macam malas nak keluar cari makan dah. Niat nak rehat je kat Hotel sebelum jalan jauh lagi esoknya. 

Popiah ni memang sedap sangat. Isi dia sangat banyak dan sos dia pedas ikut selera yang suka pedas. Sangat berbaloi beli dengan harga yang dijual tu. Kadang ada sesetengah peniaga kedekut isi popiah. Tapi Popiah Ipoh T.K.K memang sedap lah. Medan Selera T.K.K ni pun agak bersih dan kebersihan juga terjaga.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments