Tips Simpan Barang Dalam Peti Ais Sejuk Beku

Friday, November 16, 2018

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Seorang surirumah ni masalah dia hari-hari adalah nak kena fikir "nak masak apa hari ni?" setiap hari. Runsing ya amat nak fikir nak masak. Datang pula mood malas lagilah haru nak fikir. Well, mudah je sebenarnya kalau kita pandai nak susun menu apa yang kita nak masak dengan cara beli barang basah yang sepatutnya.

Ada kalanya pening dan malas masak sebab barang basah leceh nak sediakan. Jadi, Fiza kongsikan tips simpan barang basah dalam peti ais sejuk beku bagi memudahkan penyediaan memasak dan juga nampak lebih kemas. Ya, lebih kemas tak semak mata memandang akan memberikan aura rajin memasak juga.


POTONG, CUCI BERSIH, ASINGKAN DALAM SATU BEKAS UNTUK SEKALI MASAK

Beli ayam, siap-siap suruh penjual ayam tu potong dan buang kulit. Jadi, balik rumah terus cuci dan kerja bersihkan ayam pun lagi cepat dan mudah. Kemudian asing-asingkan potongan ayam tu dalam bekas tupperware yang lutsinar dan boleh masuk microwave ni. Nanti senang nampak barang basah tu adalah ayam dan terus ambil.

Dan bila gunakan tupperware microwave ni lebih mudahkan kerja defrost. Keluarkan dari dalam peti ais dan masukkan terus dalam microwave untuk defrost. Sekejap ya amat nak defrost ayam dan kerja memasak pun jadi lebih cepat nak sediakan barang basah. Takda microwave takda masalah, senang defrost untuk sekali masak. Bila dah asingkan dalam bekas kecil memang cepat sikit proses defrost tu kan.




Ikan pun Fiza siap-siapkan cuci bersih dan letakkan potongan limau untuk kurangkan bau hanyir tu. Biasanya kalau ikan besar macam ikan cencaru, ikan bawal atau ikan siakap letak dalam plastik zip lock. Ikan kembung, ikan tenggiri potong masukkan dalam bekas ikut sukatan sekali masak setiap tupperware. Kalau nak defrost pun terus ambil satu bekas tanpa perlu defrost dan simpan semula kalau guna bekas besar.

Untuk udang Fiza letak dalam satu bekas je sebab proses defrost udang tak ambil banyak masa. Sekejap je defrost dah boleh masak. Sama juga dengan udang letak dalam satu bekas je senang. Lagipun udang dan sotong biasa beli untuk rencah-rencah masak nasi goreng ke, mee goreng ke. Kalau nak masak satu menu baru asingkan dua bekas.

Bila dah asingkan barang basah macam ni jadi rajinlah sikit nak memasak tu kan? Dan senang nak nampak stok barang basah mana yang dah kurang tu boleh topup. Biasanya Fiza beli barang basah seminggu sekali dan stok untuk seminggu terus. Mana yang kurang tu je lah topup sikit-sikit. Paling penting tips utama dia potong dan agihkan satu bekas untuk sekali masak. Kau orang macamana pula?

With Love, Sihatimerahjambu

5 comments

  1. Tips yang bagus... teman pun gunakan cara yang sama untuk menyimpan ikan, ayam dan daging.

    ReplyDelete
  2. Samalah...mudahkan kerja..kak PC susun selang seli...mudah nak masak dan susun menu..

    ReplyDelete
  3. cik nor ltk dalam plastik jer fiza, 1 plastik utk skali masak..:)

    ReplyDelete
  4. cik ash dekat rumah buat macam ni gak memudahkan kerja hihihi

    ReplyDelete
  5. Yang ini biasa buat hehe. Senang bila dah buat macam ni awal-awal tiadalah kalut sangat bila tiba masa nak memasak tu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.