Responsive Ad Slot

Slider

Review | Althea Milk Peel Cream Mask

althea milk peel cream mask althea milk peel cream mask review milk peel cream mask review milk peel cream mask althea review is milk mask good for sk
안녕 – annyeong! ALTHEA keluarkan lagi produk ekslusif terbaru iaitu MILK PEEL CREAM MASK. Apa benda lah milk peel cream mask ni? Ada perkataan mask tu sudah tentulah menunjukkan ianya sejenis topeng muka. 

Tapi topeng muka yang macamana tu ye? Baik, segala persoalan akan terjawab dalam entry ini okay. saya yakin pasti ianya adalah topeng muka paling rare yang wajib kau orang cuba. 


MILK PEEL CREAM MASK
Milk Peel Cream Mask adalah satu produk skincare jenis topeng berbentuk krim pekat seperti clay yang mengandungi ektrak AHA dan BHA untuk pengelupasan kulit yang lembut dan sangat berkesan. Krim akan bertukar menjadi seperti whipped cream buih buih halus dan mengeluarkan sel-sel kulit mati untuk mengelakkan berlakunya kupingan kulit kering.


AHA ( Aplha Hydroxy Acid ) : Untuk kulit yang rosak kesand daripada sinar matahari dan kulit kering kerana AHA mengandung pelembap yangberfungsi memerangkap kadar air dalam kulit sehingga menjadikan kulit lebih lembap.
 
BHA (Beta Hydroxy Acid @ asam salisilat) : Untuk mengatasi masalah kulit berminyak kerana sifatnya yang boleh mengeringkan kerana tidak mengandungi pelembap. Tetapi, BHA mengandungi agen antiradang dan antibakteria yang sesuai digunakan untuk kulit yang berjerawat, sensitif dan bermasalah.

BAHAN UTAMA MILK PEEL CREAM MASK
  • Ekstrak protein susu – Melembapkan dan menguatkan sel kulit
  • AHA & BHA – Menanggalkan sel kulit mati secara perlahan-lahan untuk menghasilkan kulit yang lebih licin
  • Kaolin – Membuang dan menarik keluar kotoran dari pori-pori kulit.

PACKAGING BOTOL YANG MESRA PENGGUNA
Masa unboxing Althea Box haritu saya sangat teruja betul tengok botol Milk Peel Cream Mask ni. Didatangkan dalam bentuk botol plastik bewarna putih seperti macam botol susu dan botolnya sejenis botol berbentuk pump. 

Saya sangat suka kalau jenis botol pump ni sebab memudahkan kita control amount krim yang kita nak gunakan dan mudah pump pump je.

Kalau jenis jar sedikit leceh nak buka dan calit pada muka. Kalau pakai pun dah leceh, memang agak malas nak guna tapi bila didatangkan dengan jenis botol pump ni yang sangat mesra pengguna ni mesti rajin nak pump dan pakai selalu. 

Paling penting jenis pump ni lebih hygiene sebab krim tersimpan dalam botol tak terdedah kepada kotoran luar melainkan untuk kegunaan sahaja. Sangat pratikal dan menarik minat pengguna untuk rajin menjaga kulit muka.


ISTIMEWANYA MILK PEEL CREAM MASK
Saya rasa x-factor yang menyebabkan ramai pengguna suka dan setia menggunakan Milk Peel Cream Mask ni disebabkan buih-buih susu yang automatik keluar dan sejenis mask yang rare. 

Ini kali kedua Saya pakai pembersih muka mask jenis berbuih-buih halus selain Carbonated Scoria Bubble Mask. Cuma bahan-bahannya berbeza. Kaedahnya masih sama.


Walaupun kali kedua guna jenis macam ini tapi saya masih lagi excited nak cuba Milk Peel Cream Mask ni sebabnnya kandungan susu tu. Selain suka minum susu, saya suka bau susu segar yang best tu. Susu pun sangat bagus untuk kecantikan kulit. 

MEMBERSIHKAN MUKA DENGAN MILK PEEL CREAM MASK SANGAT MENYERONOKKAN. HEBAT BUKAN?
Mungkin ada yang menganggap pakai topeng kerja yang agak leceh. Tapi pada saya tak leceh pun sebab botol jeni pump tu dah memudahkan kerja dan tambah excited nak pakai bila tengok buih-buih susu tu muncul. Terus lupakan leceh tu, betul tak?

Jadi excited kemain nak pakai milk peel cream mask ni. Saya paling suka part dia berbuih tu. Terasa macam ada ulat bergerak-gerak pada kulit muka. 

Ya, memang geli ya ampun! Tapi tahan je la sebab suka tengok buih halus mengembang dan semakin banyak. Bila tengok kulit lebih bersih, lembut dan bersih lagilah rajin nak pakai selalu.


CARA PAKAI MILK PEEL CREAM MASK SEMUDAH 1 2 3
LANGKAH 1 
Pastikan muka dalam keadaan damp. 

LANGKAH 2
Pump milk peel cream mask dan sapukan pada muka. Bila buih-buih mula terbentuk, massage dan scrub je.

LANGKAH 3
Biarkan selama 30-60 saat. Kemudian bersihkan dengan menggunakan air suam.

Rata-rata yang telah mencuba Althea Milk Peel Cream Mask ni memberikan feedback yang bagus. Saya pun sama lah! Memang tak boleh move on lah bila dah jumpa produk yang best dan bagi kesan terbaik untuk kulit muka. Nak mengharapkan pencuci muka yang biasa memang susah nak menghilangkan kotoran dengan sebersih-bersihnya. 


PENGALAMAN MENGGUNAKAN MILK PEEL CREAM MASK
Macam orang lain juga, saya sukakan efek buih-buih halus tu walaupun rasa geli. Bau susu yang wangi dan best sangat macam bau losyen susu. Krim pekat memudahkan sapuan seluruh muka dan sangat jimat pakai nipis pun memadai. Selepas dicuci muka akan lebih rasa segar, lembut, lembap dan bersih sangat. 

Bila sel kulit mati dapat ditanggalkan, kulit pun jadi lebih cerah. Iyalah kan, dengan adanya bahan asas susu tu mampu mencerahkan kulit. Secara tak lansung kulit pun jadi sihat dan cantik. Yeay!


RATINGS
Smell : ⭐⭐⭐⭐⭐
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Effectiveness : ⭐⭐⭐⭐⭐
Price : Affordable
Value For Money : Yes

Disebabkan ianya adalah produk terbaru dan exclusive dari Althea, ada sale 10% diskaun. Kalau lambat beli, dapatlah harga biasa je. Harga sale RM32 sahaja, dapatkan segera di Althea Korea (https://my.althea.kr/)  sekarang. Free Shipping lagi tu. Berbaloi ke tidak? Of courselah berbaloi kan!
8
( Hide )
  1. So far Mrs. A tak pernah guna mask jenis ni, bau susu tu macam susu tepung ke? Hurm... aku best kalau bau macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau dia macam susu campur pewangi macam bau losyen susu.lebih kurang lah..tak tahu nak describe mana macam entah :)

      Delete
  2. Arghhh suka jugak mask ni, rasa hari² nak pakai kat muka.

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa guna mask susu ni.. lembut baunya.. <3

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu