KFC Mac & Cheese Breakfast Super Sedap

Sunday, November 18, 2018

Morning! Dah breakfast ke belum tu? Waktu pagi macam ni kadang tu macam pening nak fikir nak buat menu breakfast apa kan. Nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, bihun goreng dan lain-lain. Itulah menu yang asyik dok ulang-ulang setiap hari. Kadang jemu juga makan benda yang sama berulang kali.

Sesekali tu kita ubah menu breakfast pula dengan menikmati KFC Breakfast Mac & Cheese. Acah-acah breakfast western kononnya. Fiza pun first time mencuba menu terbaharu daripada KFC ni. Baru tak baru lah juga rasanya kot. Kebetulan keluar rumah belum breakfast, terfikir nak beli breakfast yang cepat siap terus terfikir KFC Breakfast Mac & Cheese ni. 


Untuk breakfast biasanya lebih jimat kalau beli set. Kalau beli ala carte Mac & Cheese ni harganya RM5.60 untuk satu hidangan ni. Bagi peminat cheese macam Fiza memang suka dengan mac & cheese tapi bila ditambah ayam KFC tu buat lagi bertambah super sedap! Rasa sekali mesti nak rasa lagi dan rasanya tak cukup hidangan semangkuk tu untuk Fiza. Makan kongsi pula tu lagilah tak cukup. Next time kena beli 2 mangkuk untuk Fiza sorang kot. Heh!


Bila cheese dan ayam bergaul memang padu teruk rasa dia. Kau orang dah cuba belum? Macam biasalah hidangan breakfast ni sampai pukul 11 pagi je. Kalau lah boleh beli anytime je takda had waktu kalau pergi KFC memang Fiza order ini je lah. Sejenis pantang nampak cheese. Itu yang paling best kot! Thanks KFC sebab ada makanan best selain ayam goreng yang memang sedap tak nak kalah tu.

9 comments

  1. fiza..beli 3 tau..utk cik nor 1..hihi

    ReplyDelete
  2. Nikmat tak terhingga dapat makan kFc breakfast Mac and Cheese tu kan?

    ReplyDelete
  3. Wah! nak kena try ni.
    Last friday makan kfc chicken yang gochujang tu tapi rasanya sedikit hampa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang Gochujang belum rasa lagi..macam menarik ada cheese. Nanti nak try jugalah

      Delete
  4. Yang ini menunya tu menu baru ke menu sediada?? Banyak sangat hehe

    ReplyDelete
  5. wah dah ada breakfast ke, ketinggalan sgt nampaknya akak hehe. Ingat mcd je ada breakfast hihi.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.