Resepi Ayam Panggang Mudah Dan Sedap Masak Cara Fiza

Bab masak ni kalau boleh Fiza suka menu yang mudah dan sedap. Kalau menu leceh-leceh ni buat lagi kurang rajin nak memasak. Lagi-lagi kalau hari-hari nak fikir "nak masak lauk apa?". Selain menu simple, suka juga menu yang tidak menggunakan minyak. Paling sedap kalau masak ayam panggang. Masak ayam panggang masak cara Fiza tersangatlah mudah. Kalau nak mencuba, silakan.


Bahan-bahan
  • Potongan peha ayam
  • Garam
  • Black pepper
  • Sos tiram
  • Madu
  • Kicap manis
  • Mixed Herbs

Cara-Cara Masak Ayam Panggang
1. Cuci bersih ayam dan toskan. Kulit jangan dibuang sebab boleh buat alas daripada isi ayam terbakar hangus dan kulit menghasilkan minyak dan ayam tidak kering.
2. Selepas toskan tu, balut ayam tadi dengan kain bersih atau tisu untuk pastikan tiada air pada ayam supaya bahan perapan lebih mudah serap dalam isi ayam.


3. Buka balutkan tisu, kemudian masukkan garam, black pepper, sos tiram, madu, kicap manis dan mixed herbs.


4. Gaul rata semua bahan pada ayam.


5. Masukkan ayam yang telah digaulkan tadi ke dalam bekas aluminum atau balut dengan aluminium foil. Panggang dalam pemanggang ajaib dengan api sederhana selama 30 minit. Selepas 30 minit terbalikkan ayam dan masak 30 minit lagi supaya ayam masak secukupnya kedua-dua belah.


6. Okay siap! Ayam Fiza hangus sikit sebab lapisan kulit dia terlari sikit masa terbalik. Jadi, hangus sikit. Sebab tu jangan buang kulitnya. Tapi takpa, yang dalam masih lagi lembut dan cukup masak. Bahan-bahan perapan ringkas pun dah cukup buatkan ayam panggang sedap.


Dengan cara macam ni sambil tunggu tu boleh buat kerja lain. Jadi tak buang masa dan tak berpanas kena menunggu kat dapur je. Lagi satu Fiza suka guna pemanggang ajaib daripada oven sebab kalau guna oven isi ayam terlampau kering. Kalau tak nak kering boleh letak minyak zaitun pada ayam sebelum bakar. Kau orang boleh hidangkan ayam panggang dengan sos blackpepper, coleslaw dan salad.

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.