Unboxing Althea Beauty Haul

안녕(annyeong)! Asal nak update entry Althea je haruslah ada 안녕(annyeong). Orang kata ambil feel Korea gitu. Macam biasalah bila parcel Althea sampai memang excited terlebih nak kongsikan dengan kau orang semua. Kali ni Althea Beauty Haul Fiza guna Althea Angels rewards points dan Fiza topup sikit sebab nak beli apa yang Fiza nak. Alang-alang dah satu parcel tu, order lah melebihi rewards points sikit. 감사합니다 Althea Korea.


Dengan berbekalkan USD40 bersamaan MYR120 dan topup MYR2+ Fiza berjaya shopping kesemua barang yang ada dalam kotak pink Athea. Kalau kau orang pertama kali nak shopping di Althea mesti akan rambang mata nak pilih mana satu sebab semuanya sangat best. Tips shopping di Althea, kau orang kena rajin lah baca review setiap produk tu. Tapi kalau kau orang memang nak beli yang memang kau orang dah aim, terus beli je sebab kalau best seller produk memang cepat sold out.

Ada cerita di sebalik order Fiza kali ni, Fiza submit order pada 30 July, tapi selepas 15 hari yang sepatutnya parcel dah sampai Malaysia masih belum update apa-apa status. Setelah Fiza hubungi Althea team melalui email, katanya ada items yang out of stock. So kena tunggu item ada stock dan kalau lama sangat dia orang akan pos juga tanpa produk yang out of stock tu. Kebetulan agaknya item tu ada, so Althea pos parcel Fiza pada 27 August dan sampai Malaysia pada 2 September 2018. Agak cepat juga penghantaran kali ni. Salute lah Althea dan team courier.


Althea Beauty Haul Items
  • Oatmeal Therapy Cleansing Tissue (20pcs) = MYR 5/each
  • Skin Liar Primer (30ml) = MYR23.00
  • Carbonated Scoria Bubble Mask Pack (100ml) = MYR 30.00
  • Hello Aloe Vera Soothing Gel (300ml) = MYR 11.00
  • Drawing Eye Brow New (0.25g) Color Dark Gray E = MYR 15.00
  • Black & Black Pore Cleansing Set = MYR 36.00
  • Petal Velvet Powder #Pink Lavender (3g) = MYR 17.00

Total = MYR 142 dan FREE POSTAGE penghantaran ke Malaysia. Kebanyakkanya Fiza shopping produk skincare melebihi produk makeup sebab Fiza jarang makeup. Lebih baik cantikkan kulit dulu dari cantikkan kulit dengan makeup yang sementara tu kan. Paling special kali ni Fiza dapat sekali Free samples Innisfree Jeju Sparkling Mineral Special Kit to random lucky customers dan Fiza adalah salah seorang yang bertuah tu. Yeay! 감사합니다



Mulanya Fiza ingatkan salah item yang Fiza dapat tapi selepas email Althea Customer Care, katanya free sample. If so, okaylah kan. Anyway, kalau ada problem terus je contact Althea Customer Care. Service dia orang memang tip top. Tapi kena sabar lah sikit tunggu reply dalam masa 24 jam waktu bekerja. Okay, semua ni Fiza akan review satu persatu. Fiza dah cuba beberapa item dah, sumpah best!


Saranghaeyo ALTHEA KOREA!

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. wahhh banyaknya shopping! saya dah guna black & black pore cleansing tu, memang best! Brush dia pun best hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi ada points dan duit poket selagi tu shopping apa yang patut. Black & Black pore cleansing belum cuba lagi sebab cuba yang lain dulu.

      Delete
  2. eh eh sha pun ada jugak beli tisu tu haha, samalah dengan sha, suka lebihkan skincare dari makeup

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam menarik wet tissue tu, tu yg beli. harga pun murah kan

      Delete
  3. Ramai yg pakai jenama ni..akk xpernah pakai lg.tringin juga nak try

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang suka shopping di Althea Korea ni. Murah dan berbaloi :)

      Delete
  4. banyak item tu.. worth it la dgn harga rm120.. x pernah lg beli kt althea

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang worth it la shopping. sekali dapat tu memang happy lah

      Delete
  5. Wahh banyak beli tu. Heheh. Sama lah, Nani pun selalu beli skincare. Make up pakai yang basic aje, kalau ada majlis ke baru lah rajin sikit nak make up lebih lebih. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas hati dapat shopping banyak.hihi..itulah jarang bermakeup beli skincare je lebih

      Delete
  6. seronoknye tgk org unbox product. nak2 lg yg comel2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok unboxing produk. excited lebih :)

      Delete
  7. best kan produk Althea ni.. kita pun ketagih beli heheheh

    ReplyDelete
  8. Seronoknya... dah lama kita tak shopping dekat Althea ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. shopping mana yang tak seronok.seronok shopping. yang tak seronok duit susut..huhu

      Delete
  9. ok xtau cane nak rply balik pada admin but yesssss i totally agreed. excited sgt. x kisah la unboxing ape pun. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. klik reply semula pada komen Ray untuk reply pada admin..hehe
      kan, memang excited!

      Delete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.