Tanggal 31, Bulan lapan lima puluh tujuh. Merdeka! Merdeka!,Tetaplah merdeka, Ia pasti menjadi sejarah. Sampai je hari Merdeka, mulalah berkumandang lagu Tanggal 31 ni dan secara automatik mesti akan nyanyi lagu ni dengan semangat. Semangat Merdeka lah katakan. Bagi warga emas yang pernah hidup pada zaman penjajah dulu memang faham benar erti Merdeka yang sebenar. Cuma generasi zaman sekarang kebanyakkannya kurang faham erti Merdeka yang sebenar. Iyalah, lahir-lahir Malaysia dah aman. Itu pentingnya belajar sejarah zaman sekolah. 


Faham atau tidak, sebagai rakyat Malaysia kena tahu juga serba sedikit tentang Hari Merdeka Malaysia ni. Well, macam biasa sambutan hari merdeka ada banyak aktiviti. Yang biasa kita nampak menjelang merdeka adalah letupan bunga api dan pada hari merdeka ada perarakan di Dataran Merdeka, persembahan nyanyian dan sebagainya. Peringkat sekolah jangan cakaplah, sehari sebelum merdeka dah sambut awal dan tentulah sangat-sangat meriah dengan kibaran bendera di setiap sudut selagi boleh dikibarkan bendera.

Apa aktiviti hari merdeka kau orang? Hari merdeka merangkap hari cuti dah sah-sah hari jammed semalaya. Hari yang ramai keluar dalam satu masa dan hari ni Fiza dan husband stay kat rumah je menghabiskan masa dengan berehat kat rumah je. Entah kenapa rasa mood malas nak keluar rumah memandangkan semua orang update jammed sana sini. Plus, Fiza pun kepenatan menghadap coding blog yang memeningkan kepala. So, Hari merdeka hari untuk kami orang berehat seketika sambil layan movie.

Selamat Hari Merdeka Malaysia ke 61 tahun. Moga Malaysia terus aman makmur dan rakyat berbilang kaum dan agama bersatu padu demi Malaysia tercinta.
#proudtobeMalaysian

Whiskas, satu jenama makanan kucing yang popular dan digemari oleh kucing-kucing. Whiskas merupakan makanan kucing yang mengandungi vitamin dan asam amino yang diperlukan oleh kucing untuk menjamin kesihatan dan pembesaran kucing yang sihat. Apa yang Fiza tahu, whiskas mempunyai dua edisi makanan kucing iaitu makanan kering dan makanan basah.

Kalau nak bagi kucing makanan basah hari hari memang tak mampulah. Biasanya seminggu sekali ke acah-acah rewards pada kucing gitu. Biasanya kalau setiap hari mesti bagi makanan kering sebab senang nak uruskan dan tahan lama. Kalau makanan basah agak leceh juga sebab kalau tak habis membazir dan bersemut. Lepas tu memang taklah kucing nak makan lagi.

Tapi biasanya kalau hidang makanan basah ni tak pernah tak habis. Kucing suka ya amat! Kebetulan fanpage Whiskas tengah berikan sample makanan basah percuma untuk sesiapa yang ada kucing. Fiza pun tak ketinggalan lah dapatkan FREE sample makanan kucing whiskas. Baru beberapa hari buat permohonan, pack free sample selamat sampai ke rumah.

Macam ini lah rupa parcel free sample whiskas. Cuma kotak whiskas yang comel ni. Tapi jangan risau tepi tu dah gam kuat dah. Memang selamat untuk penghantaran.

Sample ini memang PERCUMA/FREE. Postage pun tak perlu bayar okay. Jangan ragu-ragu nak dapatkannya!

Apa yang ada dalam kotak sample percuma itu adalah 2 packs Whiskas® Pouch Adult 1+ Tuna Cat Food, 1 pack stick Sheba Melty dan beberapa pamplets berkaitan dengan free sample. Sheba Melty tu memang kucing suka sangat. Berebut makan. Paling best sebab Feed by hand with love katanya. Mengeratkan hubungan kucing dengan pencinta kucing kaedahnya.


Thank you Whiskas Malaysia!
Untuk kau orang yang ada kucing tu bolehlah dapatkan makanan kucing secara percuma sementara masih ada. Gerenti kucing kau orang suka dapat makanan sedap ni.

Fanpage : https://www.facebook.com/whiskasmalaysia
Website : /www.whiskas.com.my
Ingat lagi tak Fiza pernah update 5 hadiah menarik untuk lelaki tu? Fiza ada janji nak kongsikan hadiah rekaan sendiri yang Fiza tempah dan beli melalui Printcious. Pertama kali tengok website printcious, Fiza gerenti kau orang juga akan rambang mata untuk memilih hadiah yang mana satu untuk kau orang beli untuk orang yang tersayang.



Selepas fikir punya Fiza, Fiza pilih photo canvas untuk dijadikan barangan perhiasan dalam rumah. Sebelum membuat tempahan di printcious, pastikan kau orang daftar sebagai ahli printcious terlebih dahulu. 

Fiza sarankan kau orang explore dulu barangan yang kau orang nak tu terlebih dahulu yang sesuai dengan orang yang kau orang nak hadiahkan tu. Cara nak customize rekaan kau orang tu mudah je dengan 4 langkah mudah. Tapi Fiza tunjuk terlebih langkah dan lebih details supaya kau orang lebih faham untuk customize rekaan hadiah kau orang. Langkahnya semua sama je untuk semua barangan. 


Langkah 1
Klik website www.printcious.com/my
Dalam paparan first page tu akan keluar bermacam-macam jenis barangan. So why not kau orang explore dulu semua barangan yang ada. 


Langkah 2
Bila kau orang dah pilih hadiah, kau orang klik je barangan tu. Macam Fiza, Fiza pilih photo canvas. Kemudian klik 'create your canvas now'.


Langkah 3
Untuk upload gambar, klik image.

Langkah 4
Selepas klik image akan keluar tanda '+'. Kau orang klik tanda '+' untuk upload file gambar.

Langkah 5
Untuk uploading gambar ni ambil masa sikit. Tunggu sampai gambar habis loading  ye dan dah siap loading baru gambar akan keluar.
Langkah 6
Kalau gambar tu macam tak perfect, kau orang boleh edit gambar tu dengan menggunakan filter untuk cantikkan lagi gambar tu.

Langkah 7
Selesai edit, klik save
Langkah 8
Selepas save, klik insert untuk masukkan gambar tu.

Langkah 9
Memandangkan photo canvas ni segiempat sama, lebih baik adjust gambar/objek pada posisi tengah atau kiri dan kanan. Selepas tu tekan 'done'.

Langkah 10
Bila dah siap semuanya, barulah akan keluar gambar macam ni dalm tempahan kau orang. Kalau dah puas hati, klik add to cart untuk proceed tempahan.
Langkah 11
Untuk penjimatan, kau orang gunakan kod promo ( jika ada) sebelum check out okay. Kalau takde kod promo, proceed je untuk buat bayaran.

Langkah 12
Sebelum checkout pastikan kau orang isi form untuk penghantaran. Kemudian klik next.


Langkah 13
Pembayaran boleh dibuat melalui online banking atau ATM. Nak lebih mudah bayar guna online banking je. Klik Next

Langkah 14
Dah confirm order klik confirm order.

Langkah 15
Kemudian klik payment online


Selepas buat pembayaran dan tempahan berjaya dibuat akan keluar seperti dalam gambar dibawah. Fiza submit order pada 10 July 2018. Dalam masa seminggu baru order siap dan proses delivery dalam masa 1-2 hari. So total menunggu dalam 10 hari. Jadi, kalau kau orang tak nak delay barang sampai, buat tempahan lebih awal.



Setelah menunggu beberapa hari, akhirnya photo canvas Fiza selamat sampai ke tangan dengan menggunakan courier Aramex. Photo Canvas sampai dalam keadaan yang baik. Tengah dok fikir kat mana nak gantung photo canvas untuk decoration rumah. Thank you printcious! Kau orang shopping cepat tau sebab sekarang tengah ada promo. Memang rugi kalau shopping tak guna promo code. Boleh jimat sikit.


Ini dia photo canvas yang Fiza order haritu. Kualiti gambar dan canvas dia sangat memuaskan dan cantik, of courselah! Walaupun gambar ni macam kurang jelas tapi in real cantik je bila dah siap.


Bukan satu, tapi Fiza order dua. Sepasang gambar lah dengan husband.

Kalau satu photo canvas susah nak match letak kat dinding. So bila ada dua bolehlah susun dengan gambar-gambar yang lain untuk dekorasi rumah.


Oh ya, kalau kau orang beli barangan di printcious kau orang akan berpeluang menang RM50 cash voucher dengan hanya share gambar di instagram dengan hastag #printciousgifts. Senang sangat. Lepas tu boleh beli lagi dan jimat. Terbaiklah printcious!

Fiza dah, kau orang bila lagi? Cepat sebelum sale tamat.

"Happy 3rd Birthday ALTHEA!". Memperkenalkan Althea Korea's new baby iaitu Real Fresh Skin Detoxer sempena #altheaturns3. Sebelum ni gossip tentang Althea Korea's baby Bare Essentials line memang hangat diperkatakan dan sehingga sekarang ramai yang jatuh cinta dengan simple skincare tu. Memang best sangat! Dah cuba baru tahu. 

Terbaru, Althea Korea keluarkan Real Fresh Skin Detoxer 2 in 1 ( 10 seconds mask & cleanser). Satu produk skincare pembersih muka yang sangat menarik untuk dicuba sebab cara penggunaannya sangat berbeza pembersih (cleanser) yang lain. Nak tahu apa yang menarik tentang Real Fresh Skin Detoxer ni, kau orang kena baca sampai habis.

ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER


Seperti yang kita semua tahu, detoxer adalah proses mengeluarkan kotoran. Jadi, fungsi Real Fresh Skin Detoxer ni adalah untuk mengeluarkan segala kotoran dan sebum daripada liang roma kulit muka untuk memudahkan penyerapan nutrisi ke dalam kulit. Hasilnya akan membuatkan kulit terasa segar, lembut, licin dan sihat selaras dengan namanya iaitu REAL FRESH SKIN DETOXER. Didatangkan dalam dua versi iaitu Rose (skin refining) dan Green Tea (skin purifying) yang boleh digunakan sebagai rutin penjagaan muka setiap hari dan penggunaannya cuma 10 saat sahaja.

ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER-ROSE


Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose disarankan untuk digunakan sebagai pembersih pada waktu pagi.

Real rose petals - Gently exfoliates the skin and gives a light, pleasant fragrance
Rose extract - Deeply hydrating and soothes irritations, refines the skin and smoothens rough textures
Glycerin - A humectant that attracts moisture to the skin, preventing dehydration

Ruang tulis tarikh setelah dibuka

ALTHEA REAL SKIN DETOXER-GREEN TEA


Althea Real Skin Fresh Detoxer Green Tea pula disarankan digunakan pada waktu malam untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulit sepanjang hari. Didatangkan bersama dengan kepingan teh hijau yang sebenar bersama serbuk teh hijau halus yang membantu untuk membersihkan kulit dengan lebih berkesan. Kotoran yang halus pun mampu disingkirkan untuk mengelakkan liang pada kulit tersumbat. 

Jika Real Fresh Skin Detoxer Rose dengan kelopak bunga ros sebenar, manakala Real Fresh Skin Detoxer Green Tea pula dengan teh hijau yang berasal daripada Pulau jeju serta menggunakan ekstrak teh hijau muda. Sangat kaya dengan vitamin C dan antioksidan bagi membantu melindungi kulit serta mencerahkan kulit.

Real green tea leaves - Gently exfoliates the skin and gives a light, pleasant fragrance
Green tea extract - Contains vitamin C and amino acids to purify and strengthen the skin
Glycerin - A humectant that attracts moisture to the skin, preventing dehydration

Ruang tulis tarikh selepas dibuka

Yes, only 10 seconds wash off mask for daily routine

Ingat, simpan di tempat yang betul.

CARA MENGGUNAKAN ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER

1. Pastikan kulit muka kering terlebih dahulu, sapukan real fresh skin detoxer dengan lapisan tebal pada keseluruhan muka dan biarkan selama 10 saat.
2. Basahkan tapak tangan dan kemudian urut perlahan dalam gerakan membulat. Kemudian bilas dengan air bersih. 

Nota : Kalau kau orang guna pencuci muka yang lain, boleh cuci muka seperti biasa kemudian biarkan kering sebelum menggunakan real fresh skin detoxer.

APA YANG MENARIK TENTANG ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER

1. Boleh digunakan untuk semua jenis kulit
2. Cara penggunaan yang sangat mudah untuk mereka yang sangat sibuk.
3. Pembersih muka 2 in 1 yang sangat berkesan menanggalkan kotoran dalam masa 10 saat!
4. Meninggalkan kesan kulit yang lebih segar, lembut, licin dan sihat.
5. Mengandungi bahan-bahan semulajadi dan bahan yang sebenar ( kelopak bunga rose dan dauh teh hijau yang terbaik)



KOMEN FIZA TENTANG REAL FRESH SKIN DETOXER ROSE : Pertama kali bau pembersih ni Fiza dah terus suka sebab wangian Rose memang Fiza suka. Lagilah bau wangi rose di waktu pagi kan. Excited dan tak sabar nak cuci muka pada mulanya sebab nak tahu best ke tidak. Masa massage muka basah tangan tu lah saat paling best pada Fiza sebab buih dia yang pekat tu rasa nak menyental muka je. Fuhhh, lepas cuci muka dengan air lagilah best pegang kulit lembut dan rasa segar gila, of course! Sumpah tak tipu! Memang recommend untuk kau orang cuba.



KOMEN FIZA TENTANG REAL FRESH SKIN DETOXER GREEN TEA : Well, Fiza peminat air green tea dan memang suka bau green tea. Bau green tea rasa macam nak minum air green tea pulak, eh? Hasilnya sama juga dengan edisi rose, segar dan kelembapan kulit terasa selepas cuci. Cuma yang green tea terasa sikit cebisan green tea dan serbuk green tea tu macam scrub berbanding kelopak bunga rose yang lebih lembut. Apapun dua-dua memang best sangat buat kau orang tak sabar-sabar nak mencuci muka setiap hari. Cara penggunaan pun sangat mudah dan cepat hanya 10 saat je. Sesuailah untuk orang yang teramatlah sibuk. Bau dia pun boleh jadikan sebagai terapi gitu.

Terima kasih @altheakorea kongsikan tip kecantikan pagi dan malam ni dengan adanya REAL FRESH SKIN DETOXER. Kau orang boleh dapatkan di website dengan harga RM43 setiap satu. Tapi kalau beli 1 set sekarang tengah ada diskaun 10% dengan harga RM77.00.

Real Fresh Skin Detoxer Set (10% OFF) (150ml*2ea)- RM77.00
Real Fresh Skin Detoxer Rose (150ml)-RM43.00
Real Fresh Skin Detoxer Green Tea (150ml) RM43.00

Untuk pengetahuan semua, ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER adalah produk terbaru Althea yang berkolaborasi dengan Korea’s Top TV Program Get It Beauty! #AltheaXGetItBeauty

YANG TAK MENARIK TENTANG ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER

Eh, jangan ingat benda baik takde keburukan. Ada! Yang tak bestnya Althea Real Fresh Detoxer ni cepat habis sebab guna hari-hari. Kemurungan tau kalau stok cepat habis. Macam sayang nak guna hari-hari tau. Sebelum habis tu kenalah restock awal. Beli 2 packs lagi jimat!

RATINGS
Smell : ⭐⭐⭐⭐⭐
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Effectiveness : ⭐⭐⭐⭐⭐
Price : Affordable
Value For Money : Of course!

Tauhu begedil memang viral habis sana sini. Siapa buat jualan tauhu begedil memang untung sangat sekarang ni. Laku habis! Bila tengok gambar tauhu begedil lalu lalang kat wall facebook dengan instagram rasa macam teringin rasa sekarang jugak. Sumpah nak sangat! Tapi tak semua apa yang kau nak akan dapat masa tu jugak. Rasanya setiap penjual tauhu begedil mesti menjalankan sistem pre order. Tak ada ready made tauhu begedil okay!

Nak buat pre order tu yang malas tu sebab tak tahu bila rasa nak makan tu. Kalau order hari ni kena tunggu esok atau ada date² tertentu baru dapat makan. Tapi ye lah, kena lah sabar nak merasa makan kan. Kalau kau orang sejenis yang tak sabar dan masa tu kau rajin beria-ria, silalah gunakan kerajinan yang ada sebelum hilang masak tauhu begedil buat sendiri je. Sekali imbas resepi tu memang mudah ya amat cuma semacam leceh sikit lah.


Macam biasa, Fiza masak ikut cara masak Fiza je. Janji rasa tak kelaut dan rupa tu ada. Nah, resepi tauhu begedil masak cara Fiza. Boleh ikut kalau rasa mudah nak ikut.

Bahan-Bahan Tauhu Begedil

Tauhu kering/goreng ( Yang biasa buat tauhu bakar )
3 biji kentang
Daging Ayam Kisar
3 Ulas Bawang Putih
1 biji bawang besar
2 biji telur
Lada Sulah
Garam
Minyak masak
Daun Sup
* Nak lagi sedap boleh tambah sayur lain seperti lobak

Cara Buat Isi Tauhu Begedil

1. Kupas kulit kentang dan rebus kentang sehingga empuk. Kemudian lenyekkan. Nak kentang lagi cepat masak potong kecil² dan rebus.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. Masukkan daging ayam kisar dan kacau rata sehingga masak. 
3. Setelah daging ayam kisar masak, masukkan ke dalam bekas kentang yang telah siap dilenyekkan tadi. Campurkan daun sup (dipotong halus), sedikit garam dan lada sulah.  Gaul rata semua bahan.

Cara Buat Tauhu Begedil

4. Ambil tauhu kering potong 'X' bahagian tengah bahagian atas tauhu, kemudian sumbatkan bahan isi begedil yang dah siap. Tak perlu isi penuh sangat ye.
5. Pecahkan telur, masukkan garam dan sedikit lada sulah. Pukul rata.
7. Celupkan tauhu yang dah disumbat dengan isi tadi ke dalam telur yang telah dipukul rata. Pastikan semua bahagian tauhu bersalut dengan telur sebelum menggoreng.
8. Panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga sedikit garing. Setelah garing, angkat dan toskan minyak.

Bahan Sos Hitam Pedas Manis

10 tangkai cili kering pedas
Gula melaka
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula pasir
2 sudu minyak masak
1/2 cawan air

Cara Buat Sos hitam Pedas Manis

1. Panaskan minyak dan goreng cili kering sehingga garing. Setelah garing, angkat dan blend bersama sedikit air sehingga hancur.
2. Panaskan 1/2 cawan air dalam periuk. Masukkan gula melaka dan cili kering blender tadi. Masukkan juga garam secukup rasa dan gula.

* Kalau nak pekat boleh tambah tepung jagung dan nak lagi menarik boleh tambah bijan yang disangai terlebih dahulu. Ada orang letak belacan tapi Fiza tak berapa suka bila letak belacan. Kalau sos kurang sedap boleh tambahkan sos cili dan kicap sikit. Ikut citarasa masing-masing.


Sekian resepi tauhu begedil masak cara Fiza. Cara orang lain mungkin berbeza sebab setiap orang ada cara masak tersendiri. Tauhu kering tu sekarang dah susah nak jumpa kan. Kalau tak jumpa tauhu kering tu kau orang boleh je guna tauhu biasa tu, goreng dulu dan keluarkan isi tauhu tu campurkan dengan isi bahan begedil. Pun boleh. Tauhu jugak kan. Derhaka sikit dengan resepi asal janji dapat makan tauhu begedil. Selamat mencuba.

Yeay! Akhirnya kotak pink Althea nun jauh dari Korea tu dah selamat sampai ke tangan. Kali ni Fiza dapat surprise box welcome gift untuk Althea Angels yang telah dipilih. Memang excited dapat surprise box kali ni sebab sangat special sempena #altheaturns3 dan dapat produk terbaru daripada Althea Korea.

생일 축하합니다
생일 축하합니다
사랑하는 ALTHEA
생일 축하합니다
saengil chukahamnida
saengil chukahamnida
saranghaneun @altheakorea
saengil chukahamnida

Siapa yang tak excited bila dapat kotak pink Althea tu kan. Of course lah excited dan tak sabar-sabar nak unboxing. Perasaan dia macam dapat hadiah harijadi gitu. Nak tahu apa yang ada dalam surprise box kali ni. Jom kita tengok!


Unboxing Welcome Gift Althea Angel



Makeup pouch bag
Real Fresh Skin Detoxer Rose
Real Fresh Skin Detoxer Green Tea

Hand Mirror Limited Edition "Spread your wings"
Althea welcome Card Note


Miniature DIY Birthday Book Box x3

Voucher code

Tote Bag Limited Edition Althea Turns3

Inilah kesemuanya dalam surprise box welcome gift Althea Angels yang Fiza dapat. Paling special produk terbaru Althea Real Fresh Skin Detoxer tu. Tunggu next entry Fiza review full details tentang produk terbaru tu ye. 



Thank you Althea!

Memandangkan kesemua tol di seluruh Malaysia dah menggunakan elektronik sepenuhnya, kad Touch N Go tu memang wajib ada. Takde dah guna cash di tol melainkan untuk topup kredit kad Touch N Go ataupun baki tak mencukupi. Makin mudah kan? Tapi yang tak mudahnya bila nak tambah nilai sebab tak semua tol ada perkhidmatan tambah nilai tu. Kalau nak tambah nilai di stesen minyak/premis perniagaan ada yang mengenakan cas tambahan.  Satu kerugian walaupun hanya sen sen je.


Selain penggunaan untuk bayar tol, banyak lagi kegunaan kad Touch N Go ni iaitu untuk bayar parking, pembelian di farmasi, pasaraya dan sebagainya. Dan kalau nak gunakan kad Touch N Go, lebih baik gunakan kad Touch N Go PLUSMiles yang lebih menguntungkan kau orang jika kau orang kerap menggunakan tol setiap hari.

Kelebihan menggunakan kad Touch  N Go PLUSMiles.

5 % Toll Rebate

Setiap penggunaan RM100 dan ke atas, kau orang akan dapat 5% rebate tol dengan syarat perlu melalui tol highway PLUS, ELITE dan yang berkaitan.

Point Rewards

Point Rewards yang terkumpul boleh ditebus di pusat khidmat pelanggan. Untuk penggunaan kurang dari RM100, setiap RM1 yang dibelanjakan akan dapat claim point RM1=1point rewards PLUSMiles.

Discount Privileges

Dapat menikmati 30% diskaun di semua lokasi yang terpilih dan yang yang menerima penggunaan kad PLUSMiles.

Semak E-statement

Paling menarik, kau orang boleh semak penyata penggunaan kad Touch n Go secara online dengan syarat perlu daftar terlebih dahulu di website PLUSMiles. Dengan adanya E-statement ni sangat berguna kalau kau orang nak claim bila outstation. Selain E-statement boleh view transaction, redemption history, add PLUSMiles Card dan lain-lain.

Cara Daftar Kad PLUSMiles.

1. Daftar di https://plusmiles.com.my/user/sign-up
2. Verify akaun daripada link yang di emailkan
3. Log in akaun dan masukkan PLUSMiles number dan maklumat penting yang lain.

Bila dah berjaya tu, kau orang bolehlah view keseluruhannya penggunaan kad Touch N Go yang kau orang dah register secara online. Bila point rewards dah banyak, jangan tunggu lagi untuk redeem di pusat Khidmat pelanggan yang berdekatan. Tapi tak semua tol ada perkhidmatan untuk redeem point ni tau! Macam di Seremban ni cuma tol senawang je ada perkhidmatan redeem points tu. Kau orang boleh check di website PLUSMiles terlebih dahulu untuk pastikan kau orang pergi di tempat yang betul.

Cara Nak Redeem Points Reward PLUSMiles

Cara nak redeem points Rewards PLUSMiles senang je hanya perlu pergi ke kaunter Pusat Khidmat Pelanggan dan bawa kad PLUSMiles. Bagitau je nak redeem point. Boleh je orang lain redeem kan sebab kad PLUSMiles Fiza husband yang redeem kan. Tak sampai 5 minit dah siap! Dah boleh enjoy guna kad Touch N Go dengan redeem points tu. Yeay! Points rewards tu katanya hanya valid setahun. So sebelum expired baiklah pergi redeem. kalau tak, rugi lah!

Kalau dulu Fiza beli kad PLUSMiles kat Stesen Minyak Petronas. Tak pasti samada sekarang masih ada jual atau hanya jual di Pusat Khidmat Pelanggan sahaja. Boleh je cuba tanya kat Petronas atau terus ke office Pusat Khidmat pelanggan PLUS. Selamat berPLUSMiles.

안녕 annyeong! Kembali bersama entry ALTHEA lagi. ALTHEA, bukan lagi nama baru dalam dunia kecantikan produk Korea. Kini, Althea telah berkembang ke serata negara Asia termasuklah Malaysia dan tahun ni je Althea dah berumur 3 tahun. Tahniah dan happy birthday Althea. Apa yang paling menyeronokkan Fiza terpilih sebagai salah seorang Althea Angels dalam bulan Jun yang lepas.


Yeay! Rasa excited sangat bila terpilih jadi Althea Angels. Tahniah juga untuk mereka yang terpilih. Lepas ni kau orang akan disajikan dengan barangan kecantikan dari Korea yang terbaru dalam blog ni. Jangan lupa singgah sini selalu kalau nak tahu tentang K beauty yang terkini dari Althea. Tak sabar nak cuba skincare dan produk makeup dari Athea. Mana tahu boleh add on skill make up dan kulit jadi lebih sihat dan cantik dengan produk kecantikan dari Korea, betul tak? 

Walaupun berita gembira ni agak dah basi untuk diceritakan tapi tetap nak cerita juga sebab lepas ni ada cerita banyak lagi tentang produk dari Althea. Kau orang tunggu ye. Janji jangan lari.

Thank you Mamasan Tammy Lin, Angel Syahira and Althea's family.
Tauhu begedil asyik lalu lalang dekat wall facebook. Aduhaiii, boleh buat jiwa kacau selagi tak dapat rasa tauhu begedil yang tengah viral sekarang ni. Gara-gara teringin sangat, kononlah cari penjual tauhu begedil berdekatan kalau ada. Kalau ada rezeki. untung-untung boleh merasalah kan. Dengan menggunakan hashtag #tauhubegedilseremban akhirnya jumpalah instagram @begedil_waghih.


Mulanya memang nak order tauhu begedil tapi memandangkan tauhu begedil kena order lebih awal, so tak jadilah. Kebetulan memang ada jual sekali begedil yang sememangnya ready stok dan ready to eat, apalagi terus order la. Rezeki Fiza stok masih ada yang last. Alhamdulillah. Alang-alang dah dekat dengan rumah tu Fiza Self pick up je lah. Fiza beli dua pack, 1 daging dan 1 lagi ayam


1 Pack ada 10 pcs begedil berharga RM8. Kira murah dan berbaloi beli daripada buat kalau semata-mata nak rasa je. Tapi kalau nak makan banyak dan lagi puas hati of courselah kena rajin buat sendiri. Tapi kalau kau dah sejenis yang malas nak buat dan nak cepat makan, haruslah terus pergi beli lebih senang dan mudah.


pada Fiza, sangat puas hati beli begedil dari @begedil_waghih sebab terasa semua bahan dalam begedil tu. Kentang, ayam dan sayur. Isi begedil yang sedap! Memang tak rugi beli orang kata. Kalau nak kira bahan beli dan buat tu memang lah agak murah dapat banyak tapi bila fikirkan nak membuat tu agak leceh. Jadi, membeli lebih lebih mudah bila betul-betul teringin nak makan. Lepas ni boleh cuba tauhu begedil pula. Selain tu ada juga jual tauhu sumbat ye. Kau orang boleh tengok kat instagram @begedil_waghih.